
Ramai Terhibur, Influencer Kira Gaji Selesa Jika Nak Makan Ayam Gepuk Setiap Hari [Video]
Menurut influencer itu, jumlah untuk seorang adalah RM17.60 jika mengambil ayam gepuk set A (11.90) berserta pilihan tambahan keropok (RM1.00) dan air Extra Joss (RM4.70).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Membuat pengiraan dan anggaran kos yang akan ditanggung sebelum membeli atau terikat dengan komitmen jangka panjang adalah sesuatu yang sangat baik.
Pengiraan sebegini amat penting kerana ia dapat membuka mata serta fikiran mengenai kemampuan diri sebelum menangung segala kos pada masa akan datang.
Seperti di TikTok, terdapat seorang influencer dikenali sebagai Zarif sering membantu orang ramai mengira segala kos yang akan ditanggung setiap bulan untuk mengetahui berapakah gaji yang selesa untuk membeli sebuah kereta.
Tiba-tiba buat pengiraan gaji selesa kalau nak makan ayam gepuk setiap hari
Bagaimanapun, baru-baru ini, dia membuat kelainan apabila mencongak mengenai gaji yang selesa sekiranya seseorang ingin memakan ayam gepuk setiap hari.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, pengiraan itu dilakukan selepas salah seorang pengikutnya mengajukan soalan mengenai perkara terbabit.
“Abang, berapa pendapatan selesa kalau nak makan Ayam Gepuk Top Global setiap hari,” tanya pengikut itu.
RM528 untuk sebulan kalau nak makan ayam gepuk hari-hari
Menurut Zarif, jumlah untuk seorang adalah RM17.60 jika mengambil ayam gepuk set A (11.90) berserta pilihan tambahan keropok (RM1.00) dan air Extra Joss (RM4.70).
“Setiap kali makan aku akan habiskan dulu kuah kacang warna putih itu supaya boleh isi semula yang baru. Itulah seronoknya Ayam Gepuk Top Global, nasi dan sambal boleh ‘refill’.”
Jelasnya, kos harian untuk makan di sana yang dianggarkan berjumlah RM17.60 itu kemudiannya didarabkan pula dengan 30 hari menjadikan jumlah keseluruhan untuk sebulan adalah RM528.
Jadi berapa gaji yang selesa kalau nak makan ayam gepuk setiap hari?
Menurutnya lagi, jika hanya ingin menggunakan 30% daripada pendapatan, seseorang perlulah memiliki anggaran gaji kira-kira RM1,760 sebulan.
Kata Zarif, manakala jika hanya ingin menggunakan 20% daripada gaji pula, pendapatan yang harus dimiliki seseorang dalam sebulan mestilah sekitar RM2,640.
Berkongsi lanjut, dia bagaimanapun tidak menyarankan orang ramai untuk memakan ayam gepuk pada setiap hari demi menjaga kesihatan diri.
@zarifkira Replying to @Pikimi makan TopGlobal setiap hari berapa income selesa? #ayamgepuk #topglobal #mjesticofficial
♬ Trap, hip hop, dark beat ♪(963369) – Ninja_Muzik_Tokyo
Untuk info, Zarif bukan hanya mengira kos kereta, dia juga membuat pengiraan modal yang diperlukan jika seseorang ingin memulakan perniagaan seperti menjual air balang atau membuka gelanggang ‘pickleball’.
Netizen pakat terhibur, siap suruh buat kiraan yang lain pula
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial berasa terhibur melihat Zarif membuat pengiraan mengenai makanan itu.
Tidak kurang juga segelintir netizen yang berseloroh mendakwa Zarif sudah ‘rosak’ kerana mula membuat pengiraan perkara-perkara remeh sebegini.
Malah ada pengikutnya yang meminta dia membuat pengiraan-pengiraan lain pula seperti gaji yang selesa jika ingin ke bazar Ramadan setiap hari.



