
“Tak Menyempat Tukar Baju Sekolah”- Ibu Syukur Anak Suka Tolong Di Dapur Walau Baru Usia 9 Tahun [Video]
Menurut si ibu, anak lelakinya yang dikenali sebagai Adam telah mula membantunya di dapur sejak berusia tujuh tahun lagi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap ibu bapa pastinya ingin mendidik anak-anak mereka untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara serta mempunyai jati diri yang bagus.
Oleh itu, semua perkara itu perlulah bermula di rumah sejak dari kecil di mana mereka diajar menghormati orang lain, menolong ibu bapa, sentiasa bersopan-santun serta banyak lagi.
Malah kelakuan anak-anak yang didik dengan betul akan menjadi keperibadian mereka dan perkara itu akan dibawa sehingga besar.
Budak lelaki suka bantu ibu di dapur raih perhatian
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang suka membantu ibunya di dapur sehingga meraih perhatian.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Raehana Roslan, awalnya kelihatan anak lelaki keduanya yang masih berpakaian uniform sekolah sedang sibuk membantu ibunya di dapur.
Menurut si ibu, sebaik sahaja pulang dari sekolah anak lelaki dikenali sebagai Adam itu lantas bertanya kepada ibunya apakah menu yang ingin dimasak oleh ibu pada hari tersebut.
Terus siapkan bahan lepas tanya ibu nak masak apa
Ibu lalu memaklumkan ingin membuat menu hidangan berasaskan kerang dan juga ikan keli.
“Zasss! Tak menyempat buka baju sekolah terus pergi dapur tolong ibu cairkan ikan dan kerang nak masak sekejap lagi,” ujar si ibu.
Menurut Raehana sebelum ini dia pernah terfikir tidak akan mempunyai ‘geng’ untuk memasak memandangkan semua anak-anaknya adalah lelaki.
Namun percaturan Allah itu lebih baik dan Maha Mengetahui apabila Adam menjadi gengnya ketika beraksi di dapur untuk menyiapkan juadah buat keluarga.
Menerusi video itu, kelihatan Adam begitu sibuk membasuh bahan-bahan berkenaan di dalam sinki.
Ibu kongsi gelagat Adam masak sambal kerang
Dalam beberapa lagi video yang dimuat naik, si ibu turut berkongsi aksi Adam ketika memasak di dapur.
Meskipun baru berusia 9 tahun namun dia kelihatan lansung tidak kekok sewaktu memasak sambal kerang. Malah dia juga boleh memasak sambil merakam videonya sendiri.
Malah kelihatan Adam juga seorang anak yang prihatin apabila tidak membenarkan ibunya membawa barangan berat ketika mereka membeli barangan dapur.
Kata si ibu ketika ditemubual BuzzKini, anaknya itu sudah mula belajar untuk masuk ke dapur sejak berusia tujuh tahun lagi.
“Dari tujuh tahun, apabila saya memasak dia memang suka intai-intai. Sebab si Adam ni memang suka makan, makanan kalau kurang rasa masin atau rasa, dia mudah kesan.
“Walhal selalunya budak-budak ni makan sahaja kan, makanan tak sedap pun,” jelas ibu.
Ramai puji ibu didik anak dengan betul
Melihat di ruangan komen ramai yang memuji dua beranak ini sebaik melihat Adam yang rajin membantu ibunya.
Ada yang menyifatkan didikan yang betul diberikan oleh ibu akan dapat dilihat menerusi tingkah laku anaknya.
Tidak kurang juga ada yang memaklumkan anak mereka juga seperti Adam yang rajin membantu di dapur.
“Anak-anak saya semua lelaki. Semua boleh buat kerja rumah termasuk masak. Jangan biasa rajakan anak lelaki tapi hambakan anak perempuan. Sedih anak-anak perempuan.”

“Anak nombor 2, selain perangai lain macam. Dia rajin bab tolong masak-masak ni”

“Untungnya ibu”

“Lepas tingkatan tiga hantar sekolah teknik yang ada kulinari.”
