fbpx
Now Reading
“Undercover Ke” – Ramai Terhibur Lihat Wanita Disakat Gelandangan, Siap Usik Nak Melamar [Video]

“Undercover Ke” – Ramai Terhibur Lihat Wanita Disakat Gelandangan, Siap Usik Nak Melamar [Video]

Wanita itu pada mulanya menegur gelandangan tersebut kerana ingin memberi sebalang biskut raya kepadanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Dalam dunia yang penuh pancaroba ini, terdapat ramai individu yang diuji dengan musibah pada tahap yang lebih teruk berbanding orang lain.

Namun begitu, masih ada insan yang baik hati dan penuh rasa ihsan yang akan membantu mereka setakat upaya mereka.

Salah satunya adalah mereka yang gemar menyedekahkan makanan buat individu-individu gelandangan yang tidak mempunyai kediaman sendiri.

Baca Artikel Berkaitan: “Ramai Yang Buang Je” – Peniaga Dipuji Sedekah Nasi Beriani Extra Buat Pengunjung Bazar Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Orang Baik” – Wakaf Barang Keperluan Di Surau, Dua Sahabat Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kakak Beli Mainan Baru Kerana Tak Nak Berebut Dengan Adik, Sempat Bersedekah Lepas Keluar Kedai

Gelandangan Tolak Pemberian Biskut Raya Kerana Mahu Jumpa Wanita Banyak Kali

Sifat sedemikianlah yang ditonjolkan oleh pemilik syarikat Kunyahan, menerusi video di akaun TikTok (@kunyahan_), apabila dia menyedekahkan sebalang biskut raya kepada seorang gelandangan lelaki di ibu negara.

Namun tingkah laku gelandangan tersebut pula yang menarik perhatian orang ramai.

Di saat bermulanya video tersebut, kedengaran lelaki terbabit menasihati wanita itu agar berhati-hati dan berlari apabila melintas jalan raya.

Apa yang kelakarnya adalah apabila ditanya sama ada mahukan biskut raya, dia menolaknya. Sebaliknya dia seolah-olah mengorat wanita tadi dengan berkata, “Nak orangnya.”

Gelandangan itu juga menyuruh wanita tersebut menyimpan dan membawa balik biskut raya itu. Dia meminta agar wanita itu memberi biskut raya di masa lain kerana ingin bertemu dengannya banyak kali.

Lelaki Gelandangan Duduk Di Tepi Jalan Untuk ‘Tonton TV’

Lelaki tersebut pada akhirnya menerima juga balang berisi biskut raya dan memesan kepada wanita itu agar mengiram salam kepada ibunya. “Nak merisik,” tambahnya lagi.

Wanita itu hanya mentertawakan sahaja situasi tersebut tanpa berasa terancam. Malah dia sempat bertanyakan lagi kepada gelandangan berkenaan mengapakah dia duduk di tepi jalan tersebut.

Jawapannya memang amat mengejutkan apabila dia berkata kerana ingin menonton televisyen (lebih tepat lagi, Berita Harian) iaitu skrin iklan yang terletak di luar bangunan Kompleks Kota Raya.

Video itu telah mencecah 3.6 juta tontonan dengan lebih 200 ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.

@kunyahan_ #fypmalaysia🇲🇾 ♬ original sound – kunyahan_

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Puji Lelaki Gelandangan Penyayang

Orang ramai sememangnya berasa terhibur menonton situasi terbabit sehingga ruangan komen dibanjiri.

Ramai individu yang merasakan lelaki gelandangan itu seorang yang penyanyang apabila memesan kepada wanita tersebut agar berhati-hati di jalan raya. Malah tak kurang juga yang merasakan lelaki itu ‘sweet’.

Seorang wanita pula berpendapat mungkin lelaki itu pernah diuji sehingga terganggu jiwanya.

Dalam pada itu, beberapa pengguna media sosial bergurau senda bahawa lelaki itu sebenarnya seorang polis ‘undercover’ dan tidak boleh menerima kuih raya yang diberikan kerana bukan tugasannya.

Ada juga yang berseloroh gelandangan itu seolah-olah memiliki ruang tamu yang amat besar kerana dilihat santai di tengah kota raya.

Sumber: @kunyahan_/ TikTok

Bilangan Gelandangan Di Kota Raya Lebih Tinggi Berbanding Dilaporkan

Menurut laporan Sinar Harian, isu gelandangan telah menjadi masalah nasional sejak pandemik COVID-19 melanda.

Nation of Women National menganggarkan bahawa terdapat peningkatan sebanyak 20% hingga 30% dalam jumlah gelandangan di kota raya sejak itu.

Namun bilangan sebenar gelandangan tidak dapat dikenal pasti dan dianggarkan lebih tinggi berbanding yang dilaporkan.

Antara perkara yang dapat dikenal pasti sebagai punca kepada masalah gelandangan adalah:

  • Kemiskinan dan masalah ekonomi
  • Gangguan mental
  • Konflik keluarga
  • Kekurangan sokongan sosial
  • Masalah kesihatan sehingga tidak mampu bekerja
  • Sistem kebajikan dalam negara yang lemah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Terkedu Dimarahi Gelandangan Ketika Ingin Sedekah Makanan

Baca Artikel Berkaitan: “Serious Best Tak Tipu” – Ramai Terinspirasi Dengan Tindakan Sedekah Makan Buat Gelandangan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Allahu Malu Saya” – Ramai Sentap Lihat Nenek Jalan Membongkok Tetap Bersedekah Walau Uzur

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.