
CEO Kaki Review Tampil Mohon Maaf Kepada Jason, Akui Emosi [Video]
Menurut CEO Kaki Review, video teguran kepada Jason yang dimuat naik olehnya sebelum ini dibuat dalam keadaan marah dan tidak dapat mengawal emosinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada bulan lalu, kecoh di media sosial mengenai seorang influencer dikenali sebagai CEO Kaki Review yang menegur ‘food reviewer’, Jason kerana memberi ulasan terlalu jujur yang menurutnya boleh ‘melingkupkan’ perniagaan orang lain.
Bagaimanapun, video yang dimuat naik oleh CEO Kaki Review yang juga ‘food reviewer’ itu mendapat kritikan hebat di mana kebanyakan orang tidak bersetuju dengan pendapatnya.
Sejak kejadian itu, kebanyakan orang mula meninggalkan komen-komen negatif seperti sindiran di setiap video yang dimuat naik oleh CEO Kaki Review.
CEO Kaki Review tampil mohon maaf kepada Jason
Terbaharu, setelah lebih sebulan isu ini tercetus, CEO Kaki Review akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Jason.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya pada semalam (13 Mac), dia berkata ada menghubungi Jason mengenai perkara itu.
Menurutnya, dia juga memohon maaf kepada semua pengikut-pengikut Jason di media sosial yang turut terkesan dengan isu sebelum ini.
Akui kesilapan, muat naik video dalam keadaan marah dan gagal kawal emosi
Berkongsi lanjut, dia juga mengakui kesilapannya tempoh hari semasa memuat naik video teguran kepada Jason itu.
Menurutnya lagi, video terbabit dibuat olehnya dalam keadaan marah dan tidak dapat mengawal emosinya.
“Aku CEO Kaki Review dengan rasa rendah diri, aku ingin memohon maaf kepada Jason dengan apa yang berlaku sebelum ini. Hari itu aku emosi, aku tak dapat kawal, aku minta maaf Jason.”
@ceokakireview assalammualaikum,ak ceo kaki review dengan rasa rendah diri,aku ingin mohon maaf pada jason dengan apa yang berlaku sebelum ni..haritu aku emosi,aku tak kawal..aku minta maaf jason..
♬ original sound – KAKI REVIEW 🇲🇾 – KAKI REVIEW 🇲🇾
Jason yang melihat video itu kemudiannya tampil di ruangan komen memaafkan CEO Kaki Review selain mengucapkan selamat berbuka puasa.

Jason tampil pertahan haknya untuk review secara jujur
Terdahulu, Jason tampil menerusi satu video balas yang mempertahankan haknya untuk melakukan ulasan makanan secara jujur untuk dikongsikan kepada orang ramai.
Kebanyakan pengguna media sosial memberikan sokongan terhadap Jason dan mengakui mereka menggemari ulasan jujur yang diberikan oleh ‘food influencer’ itu berbanding pempengaruh lain.
Baca Artikel Berkaitan: Dituduh Review Terlalu Jujur Hingga ‘Jahanamkan’ Peniaga, Jason Tampil Beri Penjelasan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Tetapkan Syarat” – Pemilik Restoran Dedah Pernah Hubungi Jason Untuk Review [Video]