fbpx
Now Reading
Leka Sangat Main Telefon Hingga Nyaris Langgar Anggota JPJ, Pemandu Wanita Disaman [Video]

Leka Sangat Main Telefon Hingga Nyaris Langgar Anggota JPJ, Pemandu Wanita Disaman [Video]

Kejadian berlaku semasa anggota JPJ itu cuba menahan pemandu wanita terbabit selepas didapati memandu dalam keadaan menggunakan telefon bimbit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Peraturan dan undang-undang jalan raya yang ada di Malaysia diwujudkan untuk memastikan keselamatan pengguna termasuk pemandu kenderaan, penunggang motosikal dan pejalan kaki.

Bagaimanapun, tidak dinafikan sehingga hari ini masih ada segelintir pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab enggan mematuhi undang-undang yang mudah ini.

Kegagalan mengikuti peraturan yang ditetapkan ini bukan hanya boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain, malah anggota penguat kuasa yang sedang bertugas.

Pemandu wanita leka main telefon nyaris terlanggar abang JPJ

Begitulah yang terjadi dalam satu video tular semalam (13 Mac) yang memaparkan seorang anggota JPJ Bahagian Penguatkuasaan negeri Pulau Pinang bermotosikal yang nyaris dilanggar seorang wanita leka bermain telefon bimbit semasa memandu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @falconjpjpenang, kejadian dipercayai berlaku semasa anggota terbabit sedang melakukan rondaan untuk menahan pemandu atau penunggang motosikal yang melakukan tujuh kesalahan utama yang tidak dibenarkan kompaun.

7 kesalahan utama itu adalah:

  1. Memotong barisan
  2. Memotong di garisan berkembar
  3. Tidak mematuhi isyarat lampu merah
  4. Memandu melebihi had laju
  5. Penggunaan telefon bimbit semasa memandu
  6. Tidak memakai tali pinggang atau topi keledar
  7. Memandu di lorong kecemasan

Hampir kena langgar ketika cuba tahan wanita leka guna telefon semasa memandu

Dalam video tersebut, kelihatan anggota berkenaan yang sedar dengan kesalahan yang dilakukan oleh wanita terbabit cuba menahannya dengan mengarahkan pemandu itu berhenti di tepi jalan.

Bagaimanapun, wanita terbabit terlalu leka menggunakan telefon bimbitnya semasa memandu sehingga tidak sedar akan kehadiran anggota JPJ itu sehingga nyaris berlaku perlanggaran di antara mereka.

“Antara risiko yang perlu dilalui anggota penguat kuasa..” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Anggota JPJ terus ‘sound’ dan bagi saman

Selepas pemandu terbabit berhenti di tepi jalan, anggota berkenaan terus menegur sikap tidak bertanggungjawab wanita itu yang memandu sambil menggunakan telefon bimbit yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

“Awak main telefon sampai nak langgar saya, sikit lagi nak kena, kalau awak langgar saya sampai jatuh awak boleh cakap maaf macam itu sahaja ke?

“Boleh ke memandu sambil main telefon? Bahaya betul. Saya saman awak sebab guna telefon,” kata anggota JPJ itu.

Guna telefon semasa memandu boleh didenda dan dipenjara

Sekadar info, menurut Kaedah 17A di dalam Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, menggunakan telefon bimbit ketika memandu adalah dilarang kecuali jika ia digunakan dengan pemegang (holder) atau alat bebas tangan.

Kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 (minimum RM300) atau hukuman penjara maksimum selama tiga bulan.

Sekiranya pemandu melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua, dia boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Baca Artikel Berkaitan: Pegang Atau Letak Telefon Bimbit Di Riba Ketika Memandu Adalah Satu Kesalahan – PDRM

Baca Artikel Berkaitan: “Baru Nak Pakai Kasut?” – JPJ Johor Saman Pemandu Bas Pandu Di Lorong Kanan Secara Berterusan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular JPJ Johor Saman Pemandu Potong Di Garisan Berkembar, Siap Ada Yang Minta ‘Kawtim’ [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.