fbpx
Now Reading
Pelanggan Hilang Mood Makan Lepas Nampak Telur Lalat ‘Berkampung’ Atas Ayam Bakar [Video]

Pelanggan Hilang Mood Makan Lepas Nampak Telur Lalat ‘Berkampung’ Atas Ayam Bakar [Video]

Menurut pelanggan itu, dia berasa hampa kerana mendapat ayam bakar yang dipenuhi telur lalat selepas membeli juadah nasi kerabu dipercayai di sebuah bazar Ramadan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sejak kebekalangan ini, semakin ramai pelanggan mendedahkan juadah berbuka puasa yang tidak berkualiti selepas membelinya di gerai tepi jalan atau di bazar Ramadan.

Seperti sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang wanita meluahkan kekecewaannya kerana mendapat ayam bakar yang masih mentah di bahagian dalamnya.

Banyak bahagian yang tidak masak itu seolah-olah hidangan tersebut dimasak dengan begitu cepat dan tidak begitu diteliti oleh peniaga. Dia juga berasa berang dengan sikap peniaga yang cuai dan hanya memikirkan untung jualan semata-mata.

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Jual Kau Pun Nak Jual” – Wanita Kecewa Ayam Bakar Dibeli Di Bazar Ramadan Mentah

Pelanggan Jumpa Banyak Telur Lalat Pada Ayam Bakar

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@padinkopibatukawan) apabila seorang pelanggan berkongsi keadaan juadah yang dibeli dipercayai dari sebuah bazar Ramadan.

Menerusi video perkongsian, kelihatan terdapat sebungkus hidangan nasi kerabu di depan mata. Namun lain seperti jangkaannya, kelihatan terdapat telur lalat yang begitu banyak pada bahagian ayam bakar itu.

“Kitonyo craving tapi dapat macam ni,” kata pembeli itu.

Bukan sahaja pada satu bahagian, tetapi telur lalat itu dilihat berada di beberapa tempat juga.

“Promosi Ramadan beli nasi percuma telur lalat,” sindir pembeli tersebut.

Menurut individu berkenaan, perkara itu sekaligus membuatkannya hilang selera dan mood untuk berbuka puasa.

@padinkopibatukawan

Promo ramadhan beli nasi percuma teloq 🪰

♬ suara asli – malikmusikstudio1

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Bimbang Telur Lalat Boleh Undang Masalah Kesihatan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa geli melihat telur lalat yang begitu banyak pada ayam bakar itu.

Malah ramai yang berpendapat peniaga nasi kerabu itu tidak menutup juadah makanan yang djual semasa mempamerkannya di atas meja.

“Selalu nasi kerabu yang dibungkus dan terbuka memang lalat selalu masuk. Masa beli tak ada telur lalat, bukak-bukak ada surprise,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, ramai berkata pelanggan itu akan mengalami masalah kesihatan jika termakan telur lalat terbabit.

“Ni kalau termakan mesti tiga minggu muntah berak. Boleh bawa maut,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@padinkopibatukawan)

Lapor Kepada KKM Jika Makanan Dibeli Tak Berkualiti

Untuk makluman semua, anda boleh salurkan aduan kepada pihak berkuasa iaitu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sekiranya makanan yang dibeli di mana-mana premis tidak berkualiti, tercemar serta rosak.

  • Facebook BKKMHQ.
  • Aduan menerusi surat kepada Pejabat BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
  • Membuat aduan di Pejabat BKKM atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
  • Hubungi talian BKKM atau MyGCC: 03-8885 0797 atau 03-8000 8000.
Sumber: Malay Mail

Selain itu, pihak KKM turut memperkenalkan inisiatif baharu, WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan iaitu platform khusus bagi orang awam menyalurkan aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini.

Orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan menerusi talian 012-8484378.

Baca Artikel Berkaitan: “Result Titration Ke Ni?” – Kuah Cuka Bawang Penuh Air, Ramai Samakan Dengan Bahan Uji Kaji Sains

Baca Artikel Berkaitan: “Kau Letak Kari Kenapa?” – Wanita Kecewa Peniaga Bazar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.