fbpx
Now Reading
Peniaga Jual Kuih Apam Kampung Tapi Caj RM2.00 Untuk Kelapa Parut Buat Ramai Terkejut [Video]

Peniaga Jual Kuih Apam Kampung Tapi Caj RM2.00 Untuk Kelapa Parut Buat Ramai Terkejut [Video]

Empat potong kuih apam dijual dengan harga RM6 manakala tujuh potong kuih berkenaan berharga RM10.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Kuih tradisional antaranya seperti karipap, onde-onde, lepat pisang dan apam kampung sememangnya mempunyai peminat yang tersendiri.

Pada masa kini, sukar untuk menemui individu yang pandai menyediakannya. Walaupun bahan dan proses nampak mudah, ia bukanlah seperti yang disangka.

Oleh sebab itu, ramai lebih memilih untuk membeli sahaja daripada membuatnya. Namun, siapa sangka, harga kuih tradisional pada masa kini dilihat agak tidak masuk akal.

Malah, cara jualan segelintir peniaga juga turut menimbulkan persoalan. Manakan tidak, bahan yang sepatutnya dimakan bersama kuih tersebut dijual berasingan.

Peniaga Jual Apam Tanpa Kelapa, 4 Potong RM6

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai seorang peniaga kuih tradisional mengenai kuih jualannya, apam kampung.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @kl.foodie, kelihatan pengguna berkenaan telah datang ke gerai apam tersebut yang terletak di Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

Apa yang menjadi perhatian adalah harga jualan kuih tersebut yang agak mahal dari kebiasaan.

Jelas peniaga itu, empat potong kuih apam dijual dengan harga RM6 manakala tujuh potong kuih berkenaan berharga RM10. Ini menjadikan sepotong kuih tersebut bernilai anggaran RM1.40 ke RM1.50.

Caj RM2.00 Jika Pelanggan Mahu Tambah Kelapa Parut

Lebih mengejutkan, peniaga tersebut turut mengenakan caj tambahan sekiranya pelanggan mahu menambah kelapa parut yang sememangnya dinikmati bersama kuih tradisional itu.

Harganya pula dilihat tidak masuk akal iaitu pelanggan perlu membayar RM2 jika inginkan kelapa parut berkenaan.

@kl.foodie

Apam Talam 📍 Bazaar Ramadan TTDI KL

♬ original sound – klfoodie – klfoodie

Ramai Terkejut Peniaga Jual Kelapa Parut Berasingan

Video yang telah mendapat lebih 111,000 tontonan dan turut dikongsikan di platform X nyata menarik perhatian ramai.

Mengintai ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial terkejut dengan cara perniagaan kuih apam oleh peniaga berkenaan.

Ini kerana mereka berpendapat peniaga itu tidak sepatutnya menjual kelapa berasingan memandangkan kuih apam berkenaan selama ini sememangnya dinikmati bersama kelapa parut.

Tidak hanya itu, ada yang turut mengecam peniaga terbabit kerana merasakan harga kuih apam jualannya agak mahal jika dibandingkan dengan yang lain.

Harga Jualan Kuih Apam Di Pasaran RM3.50 Ke Atas Untuk 4 Biji

Sekadar info, hasil semakan kami di media sosial mendapati kebanyakan peniaga lain yang menjual kuih apam menjualnya dengan harga RM3.50 bagi empat biji.

Malah, kelapa juga akan diberi bagi setiap pembelian kuih berkenaan.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Nama Pun Apam Kampung, Bahan & Cara Nak Buat Pun Senang Tapi Kenapa Jual Mahal Sangat, Kelapa Kena Bayar Asing?”

“7 Potong RM10, Tambah Kelapa, Dekat Situ Sahaja RM12, Mahal Betul Kau Jual Apam Kampung Akak Oi”

“Janganla Ambil Untung Berlebihan, Kesian Pembeli”

“Kelapa Tambah RM2, Serius La? Jangan Lepas Ni Kuih Onde-Onde Pun Kelapa Kena Add On”

“Apam Kampung Harga Bandar, Kenapa Kelapa Kena Add On RM2? Kan Sebahagian Kuih Tu”

Baca Artikel Berkaitan: “Isi Angin” – Wanita Kecewa Beli Popia Harga RM6 Untuk 3 Biji Tapi Peniaga Kedekut Inti [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kecewa Peniaga Bazar Ramadan Di Kuantan Jual Karipap Inti Sudah Berkulat Dan Bau Sampah [Foto]

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kecewa Peniaga Bazar Ramadan Jual Kuih Berkulat [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.