
Persis Arwah Ibu, Pemuda Simpan Hasrat Mahu Bertemu Pelakon Wan Maimunah
Kongsi lelaki itu lagi, walaupun ibunya telah pergi 19 tahun yang lalu, namun rasa bersalah masih menghantui dirinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bagi kebanyakan orang, kehilangan orang tersayang khususnya ibu atau bapa sememangnya menyakitkan.
Manakan tidak, pemergian mereka menandakan terputuslah hubungan di dunia dan yang tinggal hanyalah kenangan bersama.
Ada segelintir individu yang masih tidak dapat menerima walaupun pemergian itu sudah bertahun lamanya.
Apatah lagi, jika yang tersayang pergi meninggalkan seseorang dalam keadaan yang tidak diduga.
Persis Wajah Ibu, Pemuda Mahu Jumpa Pelakon Wan Maimunah
Baru-baru ini, seorang lelaki menjadi perhatian selepas meluahkan hasratnya mahu bertemu pelakon veteran, Wan Maimunah.
Menerusi hantaran di Thread yang dikongsikan di akaun @syukriesufian, pemuda yang dikenali sebagai Syukrie itu mahu berjumpa dengan pelakon berkenaan kerana wajah pelakon itu yang didakwa sama seperti arwah ibunya selain mengubati rasa rindu.
“Assalamualaikum. Tahun ini saya nak tebal muka sikit. Saya tahu Wan Maimunah ada dekat Terengganu niaga ayam bakar, tapi agak-agak raya tahun ni beliau ada dekat mana ye? Saya teringin nak jumpa dia sebab wajah dia persis arwah mak,” tulis lelaki itu.
Rasa Bersalah Menghantui Diri, Mahu Lepaskan Beban Yang Dipikul
Kongsi lelaki itu lagi, walaupun ibunya telah pergi 19 tahun yang lalu, namun rasa bersalah masih menghantui dirinya.
Malah, dia berharap pertemuan dengan pelakon berkenaan dapat melegakan beban yang dipikul selama ini.
Ada Harapan Berjumpa Dengan Wan Maimunah
Menariknya, menerusi hantaran terbaharu, lelaki berkenaan memaklumkan harapannya untuk bertemu pelakon utama drama Quran Buruk itu cerah.
“Moga diberi kesempatan. Anak kepada Wan Maimunah dah respon dekat Facebook. Terima kasih semua,” tulisnya lagi.
Malah, pada bio di akaun Thread lelaki berkenaan, turut tertera perkataan melambangkan hasratnya yang serius mahu berjumpa pelakon berkenaan.
“Mudah-mudahan raya tahun ini dapat jumpa Wan Maimunah,” tulisnya lagi.
Wan Maimunah Sedia Penuhi Hasrat Syukrie
Memetik Utusan Malaysia, Wan Maimunah sedia untuk berjumpa dengan lelaki yang ingin bertemu dengannya bagi melepaskan kerinduan terhadap arwah ibu.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh anak lelaki pelakon berkenaan, Muhammad Shah Muhammad, selepas tular hantaran mengenai hasrat lelaki itu di media sosial.
Jelas Muhammad Shah yang berusia 45 tahun, dia menyedari perkara tersebut setelah dihubungi oleh beberapa kenalan mengenai perkara itu.
“Saya terkejut apabila dapat tahu kisah lelaki itu yang kesal kerana tidak dapat memohon kemaafan dari ibunya yang meninggal dunia 19 tahun lalu.
“Lelaki itu mendakwa wajah arwah ibunya sangat mirip dengan Wan Maimunah dan begitu teringin berjumpa untuk melepaskan kerinduan.
“Insya-Allah, ibu (Wan Maimunah) akan berada di gerai ayam golek Ferris Wheel dekat Pengadang Baru selepas solat Asar petang ini (14 Mac) dan lelaki itu boleh datang berjumpa dengan ibu,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sebak Lelaki Berbuka Di Kubur Ibu, Siap Bawa Makanan Kesukaan Insan Tersayang [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tular Rider Sering Baring Di Kubur, Rupanya Rindu Arwah Ibu
Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Tak Reda, Tapi Rindu” – Lelaki Sebak Jamah Hidangan Terakhir Air Tangan Arwah Ibu [Video]