
Umpama Iklan ‘Ikan Dilaut, Asam Didarat’, Dua Sekawan Bertemu Semula Setelah Terpisah Hampir 40 Tahun [Video]
Wanita yang dikenali sebagai Faridah mendedahkan persahabatan antara bapanya dan Uncle Raju mula terjalin ketika sama-sama tinggal di estet yang terletak di Batu Kawan, Pulau Pinang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Buat mereka yang membesar pada zaman 90an dan awal tahun 2000, pasti teringat iklan raya yang penuh dengan mesej dan menyentuh jiwa.
Antara yang paling diingati adalah iklan DeepaRaya dari pengarah terhebat, Allahyarham Yasmin Ahmad, iaitu ‘Ikan Dilaut, Asam Didarat’.
Walaupun hampir 20 tahun berlalu, iklan yang membawa mesej perpaduan dan persahabatan di antara dua individu berlainan bangsa sememangnya masih diingati sehingga kini.
Dua Sahabat Baik Terpisah 40 Tahun Bertemu Di Bazar Ramadan
Umpama seperti iklan raya tersebut, dua sekawan berlainan bangsa akhirnya berjumpa setelah terpisah hampir 40 tahun.
Momen menyentuh hati itu dikongsikan sendiri oleh anak salah seorang daripada mereka di TikTok @ferry.faridah.sal.
Kongsi wanita yang dikenali sebagai Faridah, pertemuan yang berlaku di Bazar Ramadan Batu Kawan, Pulau Pinang itu menyentuh hati kerana bapanya, Salleh serta rakan bapanya yang dipanggil Uncle Raju masing-masing boleh mengenali antara satu sama lain walaupun telah lama berpisah.
Kongsinya lagi, Uncle Raju siap menyentuh dagu ketika menyapa bapanya yang membuatkan dia sendiri tersentuh melihat momen sebegitu. Malah, kedua-dua mereka saling berpelukan antara satu sama lain.
Persahabatan Terjalin Ketika Sama-Sama Tinggal Di Estet
Bercerita kepada BuzzKini, Faridah mendedahkan persahabatan antara bapanya dan Uncle Raju mula terjalin ketika sama-sama tinggal di estet yang terletak di Batu Kawan.
Namun, mereka mula terpisah sebaik sahaja bapa Faridah berpindah ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
“Suparjoo, bila pelakon sebenar bertemu semula. Perancangan Allah hebat. Setelah hampir 40 tahun terpisah disebabkan tuntutan mencari rezeki.
“Pakat bercerita ramai kawan sebaya dah pergi selamanya. Semoga Uncle Raju dan Abah Salleh sihat selalu,” tulis wanita berkenaan.
@ferry.faridah.sal Ramadhan yg penuh bermakna. Pertemuan yg tidak disangka di bazar. #Ramadhan2025 #sahabatsejati #serumpun #melayucinaindia
♬ original sound – OhMeowKu – Menteri Kucing
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Tersentuh Lihat Persahabatan Dua Individu Berlainan Bangsa
Video yang telah mendapat lebih 1.2 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang tersentuh melihat persahabatan dua individu berlainan bangsa itu.
Apatah lagi, kedua-duanya terpisah hampir 40 tahun lamanya namun masih mengenali antara satu sama lain.
Malah, ramai juga yang kagum dengan persahabatan orang lama seperti mereka yang dilihat melambangkan perpaduan antara kaum.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Tengoklah Generasi Dulu, Melayu, India, Cina & Lain-Lain, Akrab Macam Saudara”

“Terbaik! 1 Malaysia”

“Arwah Datuk Saya Pun Ramai Kawan Berlainan Bangsa Tapi Rapatnya Mereka, Masya-Allah”

“Tengok Pun Sejuk Mata Memandang”

“Kenapa Aku Rasa Sedih Ni”

Baca Artikel Berkaitan: BFF Berlainan Bangsa Buat Pengantin Terharu, Bagi Gelang Emas Sebagai Hadiah Perkahwinan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Kita 1 Malaysia” – Wanita India Bantu Suap Makanan Kepada Pesakit Melayu Buat Ramai Sebak [Video]