fbpx
Now Reading
“Kucing Pun Judge” – Ramai Geli Hati Lihat Reaksi Si Bulus Perhati Ramai Buka Puasa Di Parkir [Video]

“Kucing Pun Judge” – Ramai Geli Hati Lihat Reaksi Si Bulus Perhati Ramai Buka Puasa Di Parkir [Video]

Menerusi video tular, kelihatan kucing berwarna kelabu itu seolah-olah berasa pelik melihat orang ramai yang sedang menjamu selera di parkir bawah tanah Dataran Merdeka itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Selepas lebih dua minggu berbuka puasa dengan ahli keluarga di rumah, segelintir individu pasti mahu ambil angin dengan melakukan sesi iftar bersama rakan-rakan pula.

Bak kata orang, nak merapatkan ukhwah sesama insan tersayang. Antara lokasi hotspot golongan anak muda adalah di kawasan terbuka seperti di Dataran Merdeka, Dataran Putrajaya dan banyak lagi.

Bahkan tempat sebegini turut dimeriahkan dengan kedatangan pengunjung bukan non-Muslim yang mahu merasai pengalaman berbuka puasa dengan umat Islam yang lain di bulan Ramadan.

Baca Artikel Berkaitan: “Seronok Semua Harmoni” – Non-Muslim Sertai Buka Puasa Di Dataran Putrajaya Raih Perhatian

Ramai Berbuka Puasa Di Tempat Parkir Kerana Hujan Di Dataran Merdeka

Terbaharu, tular satu hantaran di laman X (Twitter @kamaghul) menyaksikan beberapa kumpulan individu sedang berbuka puasa dengan kenalan terdekat.

Kebiasaannya, orang ramai akan menempah tempat di mana-mana restoran atau beriftar di tempat terbuka seperti mana ia sudah menjadi satu trend sejak kebelakangan ini.

Namun lain pula buat sekumpulan individu tersebut apabila mereka dilihat menjamu selera di kawasan parkir bawah tanah Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Menerusi video perkongsian, kelihatan geng-geng itu membentangkan tikar dan menjamah makanan bersebelahan dengan kenderaan yang diletakkan di sana.

Menurut perakam video, mereka semua pada ketika itu mahu berbuka puasa di dataran, namun disebabkan cuaca hujan, mereka terpaksa menggunakan ruangan itu untuk berbuka puasa.

Kucing Kelabu Perhati Ramai Individu Makan Di Parkir

Lebih mencuri perhatian adalah terdapat seekor kucing berwarna kelabu sedang memerhatikan gelagat semua individu yang iftar di sana.

Reaksi muka si bulus seolah-olah keliru mengapa tempat meletakkan kenderaan dipenuhi dengan ramai manusia yang sedang bersila untuk makan.

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Individu Buka Puasa Di Parkir Bawah Tanah

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai mempersoalkan tindakan individu yang berbuka puasa di kawasan parkir.

“Kalau aku, sanggup makan dekat dalam kereta dari duduk dekat parking lot. Udara dalam parking lot sangat tak bersih sebab banyak asap kereta,” kata seorang wanita.

Ada juga yang berkata kawasan parkir tidak sesuai dijadikan tempat makan kerana terlalu bahang.

“Parking lot Dataran Merdeka ni kedap teruk weh. Aku lepak sebab nak berteduh kejap bawah ni hari tu pun lencun (sebab panas). Rasa nak lemas, korang boleh lepak makan,” ujar seorang netizen.

Sementara itu, segelintir warganet juga terhibur melihat reaksi muka si bulus yang terkedu melihat orang ramai di kawasan parkir.

“Kucing pun culture tengok ramai-ramai dekat bawah tu,” kata seorang pengguna TikTok.

“Dia (kucing) pun macam terkejut. Kenapa diorang ni dekat sini ya. Banyak-banyak tempat nak berbuka kenapa sini ya,” kata seorang lagi wanita.

Sumber: X (@kamaghul)

Tiga Wanita Hanya Mampu Pasrah Ketika Hujan Turun Semasa Berbuka Puasa

Sebenarnya isu sebegini iaitu hujan mengejut di dataran memang sudah banyak kali terjadi sebelum ini. Seperti kumpulan individu di parkir itu, mereka bernasib baik kerana sempat mengelakkan diri daripada basah lencun.

Bagaimanapun, ada juga segelintir individu yang berbuka puasa dalam keadaan hujan. Seperti sebelum ini, tiga orang gadis dilihat pasrah selepas hujan tiba-tiba turun di sebuah dataran dipercayai sekitar Kuantan.

Langit juga dilihat sangat mendung dan gelap menunjukkan tanda bahawa hujan lebih lebat akan tiba tidak lama lagi.

Pun begitu, perkara yang mencuit hati apabila gadis-gadis ini tetap husnuzon dengan berkata ia hanyalah ‘passing cloud’ dan mereka tidak akan kuyup dek hujan.

“Hujan guys, ya Allah. Tak apa, sekejap je. Passing cloud je ni,” kata salah seorang daripada mereka yang mengharapkan hujan berhenti dengan segera.

Selepas ni kalau nak lepak di tempat terbuka, jangan lupa periksa ramalan cuaca dulu!

Baca Artikel Berkaitan: “Passing Cloud Je Ni..” – Gelagat Sekumpulan Gadis Buka Puasa Dalam Hujan Buat Ramai Geli Hati

Baca Artikel Berkaitan: Ini Senarai Masjid Berhampiran MRT, LRT & Monorel Sekitar Lembah Klang Untuk Berbuka Puasa

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.