
“Mihrab Arah Lain” – Lelaki Dedah Masjid Di Indonesia 35 Tahun Salah Arah Kiblat [Video]
Masjid Nurul Huda di Pulau Sebatik ini dibina sejak 1989 dan baru sahaja dibetulkan arah kiblat selepas 35 tahun tersasar arah mihrabnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umat Islam diwajibkan untuk menunaikan solat menghadap arah kiblat kerana ia merupakan salah satu syarat sah sembahyang bagi yang berkemampuan.
Di masjid mahupun surau, kita pasti yakin dengan arah kiblat yang telah ditetapkan berbanding kawasan-kawasan lain yang harus dicari dahulu arah kiblat.
Namun, dalam kes terpencil, masjid juga tidak lari daripada melakukan kesilapan dalam menentukan arah kiblat selama berpuluh tahun.
Masjid Nurul Huda di Pulau Sebatik salah arah kiblat
Begitulah yang terjadi pada Masjid Nurul Huda, Pulau Sebatik, Indonesia yang telah diarah memperbetulkan semula arah kiblat selepas 35 tahun.
Kisah masjid tersebut dikongsikan oleh seorang pengembara lelaki dikenali sebagai Tom di akaun TikTok miliknya (@tomfitree).
Menurutnya, beliau dan rakan-rakannya singgah di masjid tersebut sewaktu berada di sana kerana tertarik dengan kecantikan masjid terbabit.
Jelas Tom, perkarangan masjid yang dibina pada tahun 1989 itu sangat cantik dan bersih selain terdapat pelbagai ukiran serta kaligrafi indah di dalamnya.
Mihrab dan garis karpet tak selari
Bagaimanapun, kelihatan garis karpet yang ada di dalam masjid tersebut adalah tidak selari dengan kedudukan mihrab.
Tidak hanya itu, mimbar juga dilihat berada pada kedudukan yang tidak sama menunjukkan bahawa arah kiblat tidak menghadap ke arah mihrab.
“Bila kita tanya orang tempatan yang ada dekat sini, masjid ini baru sahaja diarahkan untuk ubah arah kiblat selepas 35 tahun salah kiblat,” katanya.
Menurutnya lagi, perkara terbabit berkemungkinan berlaku kerana waktu dahulu tiada alat khusus untuk mengukur arah kiblat.
“Sekarang dah ada teknologi, Alhamdulilah arah kiblat dah berjaya dibetulkan. Sebab itu kalau korang datang dekat sini, korang kena solat ikut arah karpet,” katanya lagi.
@tomfitree Masjid dibina sejak 35 tahun lepas. Masjid yang cantik dan ada keunikan tersendiri. #bosstom #tomthetraveller #voluntourism #yayasanikhlas #pulausebatik #visitindonesia #masjid
♬ Islam – Lafina
Tak perlu qada semula solat jika masjid, surau atau premis betulkan arah kiblat
Sementara itu, menurut laporan Berita Harian pada 2023 dahulu, solat yang sebelum ini dilakukan di mana-mana premis seperti masjid, surau atau rumah sebelum arah kiblatnya diperbetulkan, tidak perlu diqada semula.
Bagaimanapun kawasan tanah perkuburan yang sudah dibetulkan arah kiblatnya, jenazah yang sudah dikebumikan sebelum pembetulan dibuat wajib dipalingkan semula ke arah kiblat yang betul, melainkan jika jenazah sudah rosak dan berubah.
Perkara itu merupakan inti pati khutbah Jumaat yang bertajuk ‘Satu Kiblat Yang Sama’ disediakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Masjid di Malaysia juga pernah salah arah kiblat
Sekadar info, insiden serupa juga pernah berlaku melibatkan puluhan masjid warisan di Melaka, Malaysia.
Menurut Jabatan Mufti Melaka (JMM) pada 2023, sebanyak 28 daripada 55 masjid warisan di negeri itu didapati tersasar dari arah kiblat sebenar.
Sehubungan itu, semua masjid terbabit telah diperbetulkan kiblatnya sebagaimana diputuskan JMM.
Baca Artikel Berkaitan: Unik! Rumah Dua Negara, Bahagian Dapur Di Malaysia & Ruang Tamu Di Indonesia