
“Tong Sampah Juga Kau Beli” – Reaksi Abang Courier Ini Buat Ramai Terhibur [Video]
Dalam banyak-banyak bungkusan yang ada di hub terbabit, kelihatan tong sampah beroda berwarna oren yang dibalut dengan plastik lutsinar itu yang paling besar dan menyerlah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri, pasti ramai yang sedang melakukan persiapan dengan membeli-belah bukan?
Selain meluangkan waktu hujung minggu di pusat membeli-belah, pasti ramai juga yang ‘shopping’ segala kelengkapan dan barangan menyambut hari raya secara dalam talian sahaja kerana lebih mudah.
Boleh dikatakan abang-abang penghantar barangan ketika ini pastinya sedang sibuk menghantaran bungkusan-bungkusan ke rumah pelanggan sehingga ada yang terpaksa berbuka puasa ketika bertugas pada waktu maghrib.
Baca Artikel Berkaitan: Hantar Parcel Ketika Waktu Berbuka, Keluarga Ini Ajak Rider Iftar Bersama Raih Pujian Ramai [Video]
Abang courier hairan pelanggan beli tong sampah beroda online
Selain sibuk menghantar bungkusan ke rumah pelanggan, melihat pelbagai bungkusan barangan yang dibeli oleh orang ramai secara dalam talian juga terkadang menarik perhatian mereka.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang penghantar barangan di Johor Bahru kehairanan melihat tong sampah beroda (wheeled bin) turut dibeli secara dalam talian.
“Apa benda ni, dalam banyak-banyak barang tong sampah juga kau beli,” kata lelaki itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@frdxzntzy).
Parcel tong sampah paling besar dan menyerlah
Dalam video sama, kelihatan hub pengumpulan dan pengoperasian sebuah syarikat J&T di Johor Bahru itu dipenuhi dengan timbunan bungkusan-bungkusan yang bakal dihantar kepada pelanggan.
Namun dalam banyak-banyak bungkusan itu, kelihatan tong sampah beroda berwarna oren yang dibalut dengan pembalut plastik lutsinar itu yang paling besar dan menyerlah di kawasan terbabit.
Sudah pasti bungkusan itu tidak boleh dihantar dengan menggunakan motosikal, sebaiknya hanya kereta, van atau lori sahaja.
@frdxzntzy Pagi2 Datang Parcel Besar Bas Gini Tunggu Depan Hub 😅 #jntexpress #jhr302222 #jntexpressmalaysia #raya2025 #fyp
♬ original sound – MUGICHAN – MUGICHAN
Netizen terhibur, siap kongsi pengalaman shopping online
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terhibur melihat bungkusan yang perlu dihantar lelaki itu.
Malah, mereka turut berkongsi pengalaman serta karenah masing-masing semasa membeli barang secara dalam talian.
Ada yang membeli sekecil-kecil benda dan ada pula yang beli sebarat-berat barangan hingga menyukarkan penghantar barangan menghantarnya.


