fbpx
Now Reading
“Ambil Sahaja” – Lelaki Raih Pujian, Buka ‘Free Market’ & Sediakan Baju Melayu Percuma Untuk Yang Memerlukan [Video]

“Ambil Sahaja” – Lelaki Raih Pujian, Buka ‘Free Market’ & Sediakan Baju Melayu Percuma Untuk Yang Memerlukan [Video]

Difahamkan, inisiatif ‘free market’ ini diadakan di Bazar Ramadan Yayasan Johor bagi memberi peluang kepada golongan kurang mampu mendapatkan baju Melayu secara percuma.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Tidak dinafikan, masih ada segelintir peniaga di Malaysia yang meletakkan harga tinggi demi meraih keuntungan lebih.

Namun, ada juga individu berhati mulia yang sanggup berkongsi rezeki dengan memberikan barangan secara percuma kepada mereka yang memerlukan.

Baru-baru ini, tular kisah seorang lelaki yang menganjurkan ‘free market’ di Bazar Ramadan Yayasan Johor, di mana dia menyediakan baju Melayu secara percuma untuk golongan kurang mampu.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Tahu Nak Derma Baju Di Mana? Ini Tips Untuk Anda

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Demi Nak Bantu Keluarga Kurang Berkemampuan, Peniaga Jual Baju Sekolah 3 Helai RM10

Sediakan Baju Melayu Percuma Untuk Orang Ramai

Menerusi perkongsian di laman TikTok (@mufarizam), video yang tular itu memaparkan suasana di pasar percuma tersebut yang menarik kehadiran ramai orang, terutamanya golongan warga emas.

Kelihatan pakcik-pakcik dan makcik-makcik memilih pakaian yang disediakan, ada yang tekun membelek baju, malah ada juga yang meminta pendapat pasangan mereka sebelum membuat keputusan mengambil baju yang disediakan.

Selain baju Melayu, terdapat juga jubah dan pakaian lain dalam pelbagai saiz serta warna, membolehkan lebih ramai orang menerima manfaat daripada inisiatif ini.

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Terharu Dengan Inisiatif Lelaki Ini, Mahu Sama-Sama Beri Sumbangan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih atas inisiatif murni ini yang sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan.

Sumber: TikTok @mufarizam
Sumber: TikTok @mufarizam
Sumber: TikTok @mufarizam

Tidak kurang juga yang terinspirasi untuk melakukan perkara sama, malah ada yang bertanya di mana mereka boleh menyumbangkan baju terpakai untuk diberikan kepada orang lain.

Sumber: TikTok @mufarizam

Baca Artikel Berkaitan: [Video] UAI Dedah Sedekah Baju Dapat Elak Daripada Berbogel Ketika Di Padang Masyar

Baca Artikel Berkaitan: Benarkah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.