fbpx
Now Reading
“Beli 2 Tak Cukup”- Gelagat Lelaki Beli 1 Papan Sup Bunjut Untuk Isteri Masak Buat Ramai Boleh Relate [Video]

“Beli 2 Tak Cukup”- Gelagat Lelaki Beli 1 Papan Sup Bunjut Untuk Isteri Masak Buat Ramai Boleh Relate [Video]

Menerusi video si suami mengatakan isterinya memaklumkan jumlah sebanyak dua pek sup bunjut yang dibeli sebelum ini terlalu sedikit menyebabkan dia membeli sepapan rempah berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap individu yang bergelar suami tentunya perlu memainkan peranan mereka sebagai ketua keluarga dan perlu menjalankan tanggungjawab dalam memberi nafkah kepada isteri serta anak-anak.

Antara tugas suami adalah membeli barangan dapur bagi memudahkan isterinya menyediakan makanan buat keluarga.

Namun adakalanya gelagat para suami turut mencuit hati orang ramai apabila ada segelintir dari mereka membeli barangan dapur terlalu banyak sehingga boleh menyimpan stok untuk beberapa bulan.

Suami beli satu papan sup bunjut untuk isteri masak raih perhatian

Baru-baru ini seorang lelaki yang juga suami turut melakukan perkara sama sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Asma Syuhada di TikTok, awalnya kelihatan si suami keluar dari sebuah kedai runcit dengan membawa satu papan rempah ratus.

Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, si suami dengan bangga menunjukkan yang dia telah membeli sepapan sup bunjut yang masih berisi penuh sambil mengatakan selepas ini hidangan mereka akan berasaskan sup.

Isteri complaint beli dua pek sikit, sekali suami beli terus satu papan

Ini kerana kebiasaannya, orang ramai akan membeli sup bunjut sekitar dua hingga lima bungkus sebagai stok untuk memasak.

“Ha ni hari-hari (boleh) makan sup. (Bila) beli dua (cakap) tak cukup. ‘Sikit je bang dua.’ Haa ambil-ambil,” kata si suami kepada Asma sambil bergurau dengan isterinya.

Gelagat si suami yang membeli satu papan sup bunjut dengan jumlah lebih dari 10 pek itu secara tidak langsung membuatkan isteri terhibur melihatnya.

“Kalau suruh orang lelaki beli barang,” tulis Asma di ruangan kapsyen.

Ramai para wanita alami pengalaman sama dengan Asma apabila suami beli terlalu banyak barangan yang diminta

Melihat di ruangan komen ramai wanita yang memahami situasi Asma malah turut berkongsi pengalaman sama mengenai suami mereka.

Ada yang mengatakan suami mereka turut melakukan perkara sama apabila diminta membeli barangan dapur seperti garam, ikan bilis dan sebagainya.

Ada juga memaklumkan apabila minta dibeli ada yang membeli terlalu banyak dan ada juga terlalu sedikit seperti cukup untuk sekali masak.

Gelagat suami Asma itu turut membuatkan ramai terhibur sehingga ada yang memintanya untuk mengingati pelanggan lain kerana sudah memborong sup bunjut sehingga satu papan.

Asma turut memaklumkan suaminya membeli satu papan sup bunjut tersebut dengan harga RM27 selepas ada yang bertanya mengenainya.

“Macam suami aku, garam habis. Suruh pergi beli, tiga bag terus dia beli. Nak suruh aku buat kenduri agaknya. Pastu tiga lain-lain jenis pula tu. Haishhh”
“Tinggal gantung dekat dapur je. Nak pakai tarik je nanti”
“Macam bapak aku, salah mak aku juga dia cakap ‘yang nanti beli bawang merah 2’. Nah balik-balik dua guni”
“Lepas ni teru pergi kilang dia bang.”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.