
“Nangis Pun Sumbang” – Ramai Bingung Dengar Single Bertajuk ‘Lagu Tersedih’ Dari Seberang [Video]
Single yang bertajuk Lagu Tersedih nyanyian pelawak stand-up comedy dari Indonesia, Arif Alfiansyah telah mula dikeluarkan sejak dua hari lalu di platform penstriman antaranya seperti Apple Music, Spotify, TikTok dan YouTube.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi masing-masing mempunyai jalan ceritanya tersendiri.
Kebiasaannya, kebanyakan lagu yang dihasilkan adalah mengenai kehidupan manusia seperti cinta atau perpisahan.
Malah, karya lagu yang dihasilkan oleh setiap anak seni pasti mempunyai lirik sebagai jalan penceritaan atau mesej sesebuah lagu itu.
Penyanyi & Pelawak Seberang Umum Single Terbaharu Bertajuk ‘Lagu Tersedih’
Namun, lain pula dengan lagu terbaharu dari penyanyi & pelawak komedi berdiri (stand-up comedy) Indonesia ini yang disifatkan agak unik serta berbeza dengan lagu biasa yang lain.
Menerusi video yang dikongsikan oleh penyanyi tersebut di TikTok @arif_alfiansyah, penyanyi dari seberang itu membuat pengumuman tentang single terbaharunya itu.
Single yang bertajuk Lagu Tersedih nyanyian oleh Arif Alfiansyah telah mula dikeluarkan sejak dua hari lalu di platform penstriman antaranya seperti Apple Music, Spotify, TikTok dan YouTube.
Malah, Arif turut berkongsikan sedutan muzik video rasmi dari lagu terbaharunya itu.
Lirik Penuh Puitis, Hanya Menangis Sebagai Jalan Cerita
Apa yang menjadi perhatian adalah liriknya yang penuh ‘puitis’ iaitu hanya dipenuhi dengan teriakan dan tangisan sepanjang lagu berkenaan.
Iya, hanya menangis dan tiada satu perkataan pun dalam lagu yang berdurasi hampir tiga saat itu.
Jelas Arif, lagu tersebut seolah-olah menggambarkan apa yang berlaku kepada dirinya sejak belakangan ini.
Malah difahamkan, lagu itu merupakan ciptaannya sendiri dengan kerjasama pengarah muzik dan composer, Achmad Bisri Affandi.
@arif_alfiansyah Sangat mewakili apa yang terjadi akhir – akhir ini. Arif Alfiansyah – Lagu Tersedih Eksekutif produser : arif alfiansyah Penyanyi : arif alfiansyah Tim produksi : dimas adriene & hafiel dwiky Editor : dedy irfanto Music director dan composer : achmad bisri affandi Cipt : arif alfiansyah
♬ original sound – Arif Alfiansyah – Arif Alfiansyah
Ramai Bingung, Siap Ada Yang Persoal Mana Lirik Lagu
Perkongsian yang telah mendapat lebih 646,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang bingung dan meluahkan rasa hairan apabila mendengar lagu tersebut.
Malah, ramai yang tertanya-tanya dan tertunggu bilakah lirik lagu yang sebenar akan muncul.
Tidak kurang juga ada yang menganggap ia terlalu puitis dengan hanya menggunakan tangisan sebagai lirik. Ada juga segelintir yang kagum kerana lagu sedemikian lengkap dengan video muzik.
Semakan kami mendapati lagu berkenaan bukanlah sekadar ‘content biasa’ sebaliknya ia satu produk ‘serius’ yang telah dimuat naik di Spotify dan Apple Music.
Sekadar info, ini bukanlah single pertama dari Arif. Sebaliknya, dia pernah melancarkan lagu Penyesalan dan Hancur.
Namun, nyanyiannya dalam kedua-dua single berkenaan dilihat begitu santai dan bersahaja, dan tidak mengutamakan kualiiy seorang penyanyi sebenar – tidak seperti single-single ‘meletup’ yang sinonim dengan pengkarya dari Indonesia.


Ini antara komen pengguna TikTok:
“Aku Ni Excited Orangnya, Ingat Nak Masuk Intro, Sampai Kesudah Gitu Je Lagu Sedihnya”

“Nangis Pun Sumbang”

“Dia Punya Sedih Sangat Sampai Nak Menyanyi Pun Tak Boleh Langsung Dah”

“Murung”

“Betapa Mudahnya Buat Lagu, Jom Siapa Nak Buat Lagu Kita Gelak Pula Dalam Lagu Tu”

“Liriknya Mana Bang? Nak Cover Tapi Takut Salah Lirik”

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki ‘Melayukan’ Lirik Lagu Korea Buat Ramai Geli Hati [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Portal Koreaboo Dakwa Kerajaan Malaysia Kritik Lirik Lagu APT, Ini Respon KKM
Baca Artikel Berkaitan: “Ayah Sayang Janda,” Kanak Kanak Ubah Lirik Lagu, Undang Dekah Netizen