fbpx
Now Reading
Reaksi Khairul Aming Pening Kepala Lihat Ramai Gagal Ikut Resipi Dikongsikannya Buat Ramai Terhibur [Video]

Reaksi Khairul Aming Pening Kepala Lihat Ramai Gagal Ikut Resipi Dikongsikannya Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video dikongsikan, kelihatan Khairul Aming seperti tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan apabila masih ada yang gagal mengikuti resipinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap kali tibanya bulan Ramadan tak dinafikan ramai yang ternanti-nantikan resipi daripada Influencer dan usahawan, Khairul Aming.

Malah resipi yang dikongsikan oleh Khairul Aming turut menjadi fenomena apabila sering mendapat perhatian dan cuba diikuti oleh orang ramai.

Bukan hanya itu, tempias daripada fenomena terbabit turut menyebabkan ada barangan di pasar raya habis kerana ramai yang ingin mencuba untuk membuat resipinya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Buat Luahan Kepada Khairul Aming, Isteri Beli Bahan Tapi Tak Masak-Masak Buat Ramai Terhibur [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: [Video] Reaksi Khairul Aming Lihat Peminat Gagal Ikut Resepi Buat Ramai Terhibur

Khairul Aming pening kepala tengok gelagat pengikutnya cuba buat resipi dikongsikan sepanjang Ramadan

Namun pada bulan Ramadan tahun ini, kelihatan influencer ini seperti pusing kepala apabila melihat pelbagai ragam yang ditunjukkan oleh pengikut ketika ingin mencuba resipinya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Khairul Aming di TikTok, sebelum ini dia telah berkongsi beberapa resipi masakan seperti puding caramel, kek pisang, roti bawang putih, colek, serta banyak lagi.

Namun setiap hari ada sahaja ragam orang ramai yang dilihat gagal membuat setiap resipi yang dikongsikan.

Ada yang puding tak jadi, roti hangus, lesung batu pecah dan banyak lagi

Dalam video tersebut, kelihatan terdapat individu yang cuba membuat puding caramel namun tidak menjadi apabila terdapat puding yang melekat sehingga menyebabkan ia berlubang serta tidak cantik.

Ada juga kek pisang tidak menjadi apabila isinya terkeluar daripada loyang sewaktu dibakar di dalam ketuhar.

Tidak kurang ada yang berkongsi cubaan untuk membuat roti bawang putih namun gagal apabila roti yang dibakar menjadi hitam pada bahagian atas mugkin kerana suhu ketuhar terlalu panas.

Lebih mencuri tumpuan, ada pengikut yang menunjukkan lesung batu digunakan untuk menumbuk cili terbelah dua ketika ingin membuat resipi Khairul Aming.

Bukan hanya itu, apa yang membuatkan influencer itu lebih pening apabila ada juga kejadian seperti dapur hampir terbakar dan banyak lagi.

Minta orang ramai doakan batch kali ni

Malah Khairul Aming turut meminta orang ramai untuk mendoakan batch (kumpulan) pada tahun ini menjadi lebih baik.

Dek kerana banyak menerima respon orang ramai yang gagal membuat resipi dikongsikannya, Khairul Aming turut mengambil langkah untuk membuat ‘kelas tambahan’ dengar mengajar secara live cara untuk membuat resipi dikongsikan.

Ramai terhibur lihat ragam orang ramai cuba ikut resipi KA

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat pengikut Khairul Aming yang gagal mengikuti resipi influencer terbabit.

Malah ada yang mengatakan ia tidak mudah untuk mengajar kerana setiap murid mempunyai pelbagai keupayaan.

Tidak kurang ada yang memberi semangat agar Khairul Aming tidak putus semangat untuk terus mengajar dan berkongsi resipi bersama orang ramai.

“Aduu aku yang penat. Dia tak tengok aku masak lagi. Lagi teruk”
“Sebab tu nak mengajar kena ada pelbagai cara. Murid ada pelbagai keupayaan. Saya cadangkan untuk satu resipi. Khairul Aming kena buat beberapa video berbeza. Sebab tu bila mengajar dalam kelas ada dapat A ada dapat G.”
“Aku paling tak boleh terima lesung batu terbelah dua”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.