fbpx
Now Reading
Suami & Anak Tidur Lena Kerana Penat, Wanita Terpaksa Call Bomba Untuk Buka Pintu Lepas Tunggu Sejam [Video]

Suami & Anak Tidur Lena Kerana Penat, Wanita Terpaksa Call Bomba Untuk Buka Pintu Lepas Tunggu Sejam [Video]

Menerusi video yang dikongsikan kelihatan pihak bomba telah datang ke rumah wanita berkenaan untuk membuka pintu jeriji besi di rumahnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap pasangan yang bergelar suami isteri pasti mengetahui mereka mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam membentuk sebuah keluarga khususnya jika mereka sudah dikurniakan anak.

Oleh itu, setiap tanggungjawab itu perlu dilakukan bersama-sama seperti menguruskan rumah, menjaga anak dan sebagainya.

Maka tidak hairanlah jika ada suami atau isteri yang bergilir-gilir menjaga anak untuk memikul tanggungjawab mendidik serta mengasuh anak bersama.

Wanita terpaksa hubungi bomba selepas suami dan anak-anak tidur tak sedarkan diri

Baru-baru ini, sepasang suami isteri turut melakukan perkara yang sama apabila suami telah mengambil peranan untuk menjaga anak-anak sementara si isteri bekerja.

Namun insiden yang berlaku selepas isteri pulang bekerja telah menarik perhatian ramai apabila wanita itu terpaksa menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat untuk memasuki rumahnya sendiri.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Amira Roseli di TikTok, awalnya kelihatan satu trak bomba telah datang ke rumah selepas dia menghubungi pihak berkenaan untuk membuka pintu.

Suami ambil anak-anak dari rumah kakak untuk jaga di rumah

Menurut Amira yang bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat, suaminya telah mengambil anak mereka dari rumah kakaknya untuk dijaga di rumah memandangkan mereka sedang cuti sekolah.

Namun apa yang membuatkannya panik, sebaik pulang ke rumah suami dan empat orang anak tidur terlalu lena sehingga tidak sedarkan diri. Perkara itu membuatkan dia terpaksa menghubungi bomba untuk membukakan pintu jeriji besi.

Sejam tunggu diluar rumah untuk suami atau anak buka pintu

Katanya, dia telah menunggu di luar rumah untuk tempoh sejam serta cuba untuk memanggil anak-anak serta suami namun tiada seorang pun yang menyahut panggilannya.

Tidak mahu menunggu lama kerana bimbang akan keselamatan suami serta anak-anak sekiranya ada perkara yang tak diingini berlaku, maka Amira dengan segera menghubungi pihak bomba untuk membuka pintu.

“Kelmarin saya bekerja dan suami sepatutnya cuti tapi dia masuk kerja dan buat kerja tambahan (Overtime) separuh hari. Pada 17 Mac, malam itu saya dan keluarga tidur di rumah kakak saya sebab minta dia tolong jagakan anak sebab cuti sekolah dan pengasuh bayi juga bercuti. Kemudian selepas sahur saya dan suami balik rumah dan bersiap untuk pergi bekerja.

“Suami saya habis kerja tengah hari, dia lalu datang ke pejabat saya untuk tukar kerata kerana saya minta dia ambil anak-anak di rumah kakak. Kemudian selepas dia ambil anak terus balik rumah dan suami bawa anak tidur di bilik atas,” ujarnya kepada BuzzKini untuk menjelaskan punca dia mengapa memanggil bomba.

Kerana bimbangkan bayi yang sedang tidur, wanita hubungi bomba untuk buka pintu

Jelas Amira lagi, dia sebenarnya mempunyai kunci rumah pendua sendiri bagaimanapun ianya tertinggal di dalam kereta yang dibawa oleh suami untuk menjemput anak-anak mereka. Perkara itu menyebabkan dia tidak mempunyai kunci untuk masuk ke dalam rumah.

“Jam 4.50 petang dia (suami) dah mesej tanya dah balik atau belum, dia tunggu nak buka pintu. Dalam 5.10 petang saya sampai bagi salam dia tak buka pintu, jerit panggil macam tiada siapa yang bangun.

“Sebab saya fikirkan bayi tidur dekat atas takut dia terjaga dan nangis sebab suami dah tidur dan tak terjaga maka saya hubungi Bomba di Balai Batu Kawan untuk minta tolong buka kunci pintu besi (di rumah) berkenaan,” ujarnya lagi.

Dalam video itu kelihatan sebaik pintu dibuka dilihat anak serta suami Amira sedang tidur di dalam bilik dengan begitu lena.

Amira turut memaklumkan anak dan suaminya berada dalam keadaan selamat dan tiada sebarang pekara tak diingini yang berlaku.

Ketika ditanya apakah reaksi suami serta anak-anak apabila bomba datang ke rumah? Kata Amira, suaminya hanya bertanya mengapa anggota bomba berkenaan datang sebelum menyambung semula tidur kerana terlalu penat.

“Dari sahur sampai ke petang (suami) tak tidur dan rehat langsung. Lepas tidurkan bayi dengan abang dia pun tertidur.”

@amiraroseli_

bagi suami jaga anak hari ni sebab semua cuti.. ammie kerja hari ni balik tak ada sapa tolong buka pintu.. terpaksa panggil abg bomba tolong bukakan pintu 😭😭 4 beranak boleh tido tak sedar apa..

♬ original sound – Mamyra – Mamyra

Video wanita panggil bomba turut raih perhatian orang ramai

Melihat di ruangan komen, video tersebut telah menarik perhatian ramai apabila ada yang menyifatkan sang suami terlalu penat sehingga tidak sedarkan diri.

Ada juga berpendapat tindakan Amira memanggil bomba adalah tepat kerana bimbang sekiranya berlaku sebarang perkara tak diingini selepas dia menunggu sejam di luar rumah.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan apabila bersama bapa anak-anak mudah untuk tidur di waktu petang namun apabila bersama ibu pula sebaliknya.

“Letih kot anak ramai, bagus juga bini dia ambil langkah pencegahan awal panggil bomba.”
“Bunyi bomba tak bangun, suara emak tak bangun, masa ambil gambar pun tak bangun. Macam mana mereka bangun?”
“Ramai yang bitter kena hubungi bomba. Tapi betul dah tu sebab kejut tak bangun-bangun. Kita tak tahu tidur ke pengsan semua kan. Mana tahu terhidu gas ke apa sampai pengsan. Tapi alhamdulillah semua selamat.”
“Kecohlah grup WhatsApp taman”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.