fbpx
Now Reading
Wanita China Usia 103 Tahun Meninggal Dunia Selepas 80 Tahun Tunggu Kepulangan Suami

Wanita China Usia 103 Tahun Meninggal Dunia Selepas 80 Tahun Tunggu Kepulangan Suami

Menerusi surat yang dikirimkan dari Malaysia oleh suami wanita berkenaan, dia meminta isteri untuk memastikan anaknya mementingkan pelajaran meskipun keluarga mereka miskin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang bergelar suami isteri pastinya menyayangi hubungan perkahwinan yang dibina dan mahu ia berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Malah di zaman dahulu, kesetiaan pasangan yang berkahwin dapat dilihat apabila mereka sanggup menunggu bertahun-tahun kepulangan suami yang keluar bekerja menjadi tentera, belayar demi mencari rezeki.

Meskipun tahu berdepan dengan pelbagai cabaran seperti mungkin tidak akan berjumpa lagi dengan pasangan, namun mereka masih setia menunggu sosok tubuh yang disayangi pulang ke rumah dengan selamat.

Wanita usia 103 tahun meninggal dunia, 80 tahun tunggu suami pulang ke rumah

Baru-baru ini, seorang wanita warga emas dari China telah meninggal dunia di usia 103 tahun selepas menunggu kepulangan suami dicintainya selama 80 tahun.

Wanita yang dikenali sebagai sebagai Du Huzhen telah meninggal dunia dia rumahnya yang terletak di Guizhou di selatan China pada 8 Mac lalu. Walau bagaimanapun kematian warga emas itu tidak diketahui apakah puncanya.

Namun sebelum kematiannya, wanita itu telah memegang sarung bantal lama yang digunakannya sewaktu berkahwin pada tahun 1940, kata keluarganya dalam laporan Shanghai Morning Post.

Memetik laporan South China Morning Post, wanita itu berusia tiga tahun lebih tua daripada suaminya yang dikenali sebagai Huang Junfu.

Suami bekerja sebagai tentera

Selepas mereka berkahwin, Huang telah menyertai ketenteraan Kuomintang dan telah pergi meninggalkan negara untuk berjuang.

Namun pada tahun 1943, wanita itu menjumpai suaminya dan kembali duduk bersama sambil lelaki berkenaan menjalani perkhidmatan tenteranya.

Du kemudiannya mengandung dan pulang ke rumah untuk melahirkan anak lelakinya, Huang Fachang pada bulan Januari 1944.

Ada kirim surat pada tahun 1952 ketika bekerja di Malaysia

Selepas beberapa hari melahirkan anak lelakinya, Huang kemudian pulang ke rumah untuk menguruskan pengebumian ibunya sebelum pergi semula menjalani khidmat tentera. Namun dia difahamkan tidak lagi pulang selepas itu.

Walau bagaimanapun, Huang ada mengirim sepucuk surat dari Malaysia yang ditulis pada 15 Januari 1952.

“Untuk pendidikan Fachang, awak perlu memastikan dia mementingkan pelajaran walau bagaimana miskin sekalipun keluarga ini. Pasti akan ada masa untuk kita semula berkumpul semula,” tulis Huang dalam surat itu.

Surat yang digunakan oleh Huang menunjukkan dia sedang bekerja di sebuah syarikat pembinaan China di Malaysia.

Wanita sara keluarga dengan kerja di ladang untuk beri anak pendidikan yang baik seperti diamanahkan suami

Sepanjang ketiadaan suaminya, Du telah menyara keluarga dengan melakukan kerja ladang di waktu siang manakala di waktu petang hingga malam dia menyulam selipar jerami serta kain.

Kesetiaan Du menunggu suaminya itu turut dapat dilihat apabila dia juga menolak lamaran perkahwinan yang lain dengan mengatakan “bagaimana jika dia (suami) pulang suatu hari nanti?” soalnya.

“Nenek buta huruf dan hidup susah. Namun dia sentiasa optimis.

“Dia memberitahu ayah saya (anak Du) dan adik -beradik kami untuk belajar dengan rajin serta memberi sumbangan kepada negara, dan masyarakat apabila besar nanti,” kata cucu Du iaitu Huang Liying.

Anak lelaki Du berjaya jadi cikgu

Anak lelaki Du, menjadi seorang guru di sekolah menengah pada tahun 1970 selepas bersaing dengan ratusan calon namun dia meninggal dunia pada tahun 2022.

Dokumen daripada kerajaan daerah Zunyi yang berurusan dengan hal ehwal China di luar negara menunjukkan Huang telah menetap di Malaysia pada tahun 1950 sebelum berpindah ke Singapura beberapa tahun selepas itu.

Pihak berkuasa mengatakan mereka tidak mempunyai sebarang informasi lebih lagi mengenai Huang.

Namun keluarga Du telah cuba beberapa kali untuk mencari Huang termasuklah mengiklankan di dalam akhbar, melantik agensi asing namun semuanya sia-sia.

Huang Liying mengatakan neneknya dilihat meninggal dunia dengan tenang, seolah-olah melihat visinya untuk bertemu semula dengan suami tercinta.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.