fbpx
Now Reading
Wanita Kongsi Detik Cemas, Hampir Langgar Lori Berhenti Tengah Jalan Ketika Lalu Lebuh Raya Yang Gelap [Video]

Wanita Kongsi Detik Cemas, Hampir Langgar Lori Berhenti Tengah Jalan Ketika Lalu Lebuh Raya Yang Gelap [Video]

Menerusi rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsikan, kelihatan kereta yang dipandu oleh suami wanita itu pada mulanya berada di lorong kiri dengan kadar kelajuan 110 kilometer per jam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap pengguna jalan raya seringkali diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Pemandu khususnya harus sentiasa peka dan fokus ketika pemanduan bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

Ini kerana kadangkala ada kejadian yang tidak terduga boleh berlaku ketika perjalanan dan sikap sebegitulah yang dapat membantu seseorang daripada terlibat dari kejadian seperti kemalangan jalan raya.

Wanita Kongsi Detik Cemas, Nyaris Langgar Lori Berhenti Tengah Jalan

Baru-baru ini, tular di media sosial detik cemas seorang wanita dan keluarganya yang nyaris merempuh sebuah lori ketika berada di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) berhampiran Lancang, Terengganu.

Menerusi rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsikan di TikTok @nikazimah_nl, kelihatan kereta yang dipandu oleh suami wanita itu pada mulanya berada di lorong kiri dengan kadar kelajuan 110 kilometer per jam.

Lori Nampak Macam Bergerak Perlahan Tapi Sebenarnya Berhenti

Namun, suami wanita itu kemudiannya dilihat mengalihkan kenderaan ke laluan sebelah kanan bagi memotong sebuah lori yang berada di lorong kiri.

Apa yang menjadi berhatian adalah lori berkenaan rupanya sedang berhenti dan sebahagian badan serta kepala telah masuk ke lorong kanan.

Sempat Brek Dari Langgar Lori Tersebut

Dengan izin Allah SWT, wanita itu bernasib baik kerana suaminya sempat menekan brek daripada melanggar kenderaan tersebut.

“Perjalanan balik kampung di LPT, nak luruh jantung tengah laju nak memotong, tiba tiba ada lori kat depan berhenti, Alhamdulillah syukur Allah jaga. Suami sempat tekan brek.

“Lori tak pasti rosak kenapa, maybe elak sesuatu, nampak kesan brek. Hati-hati memandu nak balik kampung terutama bulan Ramadan ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Kongsi wanita itu, dia bersyukur kerana tidak berlakunya perkara yang tidak diingini malah turut meminta orang ramai berhati-hati ketika memandu.

“Allahuakbar, mata memang mengantuk terutama kalau gerak lepas waktu berbuka. Semoga selamat semua, hati-hati ya. Doa naik kenderaan, selawat jangan lupa, semoga Allah jaga,” tulisnya lagi.

Jelasnya lagi, dia sendiri pun tidak pasti sebab sebenar mengapa lori itu bertindak sedemikian.

Malah, difahamkan dalam kejadian pada 15 Mac itu, ramai pemandu lori yang lain turut berhenti membantu lori berkenaan.

Manakala, dia tidak dapat menunggu lama kerana terdapat anak kecil dan konvoi bersama dengan keluarga yang lain.

Ramai Tarik Nafas Lega, Ada Yang Turut Persoal Suasana Highway Terlalu Gelap

Video yang telah mendapat lebih 115,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang menarik nafas lega apabila mengetahui wanita serta keluarganya selamat dan tiada kejadian buruk yang berlaku.

Malah, ada yang meluahkan rasa gerun kerana bimbang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Ada juga segelintir pengguna media sosial mempersoal suasana lebuh raya yang terlalu gelap hingga mengehadkan penglihatan si pemandu.

Tidak hanya itu, ada yang mempersoal tindakan pemandu lori kerana tidak membuka lampu atau memberikan amaran kepada pengguna jalan raya lain bagi mengelakkan dari berlakunya kejadian tidak diingini.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Allahuakbar! Rasa Berhenti Jantung Saya Walaupun Tengok Dari Phone Je”

“Teruk Highway Malaysia Ni, Lampu Jalan Pun Tak Boleh Pasang”

“Kenapa Lori Tiada Lampu Sisi Dekat Muatan Dia Tu?”

“Dulu Pernah Terfikir Nak Drive Malam, Nak Rasa Suasana Malam Atas Highway, Last-Last Serik Dah”

“Bahayanya, Takut Kereta Langgar Dari Belakang”

“LPT Memang Gelap, Pernah Sekali Pergi Dari Gambang Sampai Kuala Terengganu, Sepanjang Jalan Gelap, Serik Rasanya”

Baca Artikel Berkaitan: Leka Sangat Main Telefon Hingga Nyaris Langgar Anggota JPJ, Pemandu Wanita Disaman [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pengantin Nyaris Dilanggar Kereta Api Ketika Bergambar Di Guillemard Bridge [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Sikit Lagi Mati Katak” – Rider Nyaris Dilanggar Kereta Selepas Bawa Lari Bekas Duit Jualan Gerai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.