
Wanita Pening Kepala, Samping Suami Renyuk Gara-gara Dibasuh [Video]
Menurut Delisha, dia sama sekali tidak tahu yang samping tidak boleh dibasuh dan ia adalah insiden yang tak disengajakan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pejam celik sudah dua minggu umat Islam menjalani ibadah berpuasa, dalam sibuk melakukan ibadah tak dinafikan pasti ada juga yang mula membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Antara perkara yang dilakukan pastinya menghias rumah, membersihkan baju-baju yang masih boleh dipakai untuk digunakan di Hari Raya kelak.
Yelah Raya kan sebulan, maka tak hairanlah jika ada yang masih menggunakan baju lama. Selain itu, ada juga yang akan menggunakan semula samping dalam simpanan memandangkan ia boleh dipakai berulang kali mengikut kesesuaian warna dan tema baju.
Ini kerana samping harganya agak mahal apatah lagi jika ia ditenun harganya boleh mencecah kepada ribuan ringgit.
Wanita pening kepala, samping suami rosak akibat dicuci
Baru-baru ini, seorang wanita telah meminta bantuan daripada orang ramai di dalam media sosial dengan bertanya apa yang perlu dilakukan selepas samping milik suaminya dilihat renyuk akibat dibasuh.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @delishaaurelia87 di TikTok, awalnya kelihatan dia telah menjemur samping milik suaminya berwarna putih dengan sulaman biru, ungu, merah dan coklat sebagai corak bunganya.
Namun apa yang menarik perhatian kelihatan samping berkenaan renyuk serta tidak dalam keadaan asal sebaik ia dicuci.
“Tolong aku wei, aku cuci samping suami aku jadi macam ni,” tanya Delisha kepada orang ramai.
Cuba tanya apa perlu dilakukan untuk kembalikan samping pada keadaan asal
Di ruangan kapsyen, dia turut bertanya sekiranya ada cara untuk mengembalikan samping kepada rupa bentuk asalnya. Malah dia tidak tahu bagaimana cara untuk memaklumkan kepada suami kelak mengenai samping terbabit.
Menurut Delisha, dia memaklumkan kepada BuzzKini perkara itu adalah tidak disengajakan serta tidak tahu samping sebenarnya tidak boleh dicuci.
@delishaurelia87 Macam mana nk bg sampin nie lurus balik!! Mateeii la aku..knp jadi mcm nie..😭😭😭😭
♬ Eh eh eh eh ehh ehhhhh ehhhhh – Ako si Mon
Ramai cuba berikan tips cara untuk cuci samping
Melihat di ruangan komen ramai yang yang menasihatkan samping tidak sepatutnya dicuci sebaliknya ia perlu dihantar ke dobi bagi proses cucian kering atau dipanggil dry cleaning.
Bukan hanya itu, ada juga mengatakan samping tidak boleh dibasuh menggunakan mesin namun perlu dibasuh secara manual menggunakan tangan.
Tidak kurang juga ada yang meminta Delisha untuk cuba mengosok samping terbabit terlebih dahulu untuk melihat sama ada ia boleh kembali ke bantuk asal atau sebaliknya.
Ada juga bekas pekerja dobi memberitahu sekiranya ia adalah samping dari songket yang mahal maka ia tidak boleh diselamatkan lagi.
Ada yang cuba mententeramkan hati wanita itu dengan mengatakan samping itu masih boleh diselamatkan.
Tips untuk basuh dan cara menyimpan sampin dengan baik
Mungkin ada di antara kita mempunyai banyak koleksi samping, dan sangatlah sayang jika ia tidak dijaga dengan betul kerana harganya tidak murah apatah lagi jika ia adalah tenun.
Ini kerana samping mempunyai fabrik yang sensitif dan perlu dijaga dengan baik agar tidak rosak.
Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat sekiranya anda ingin mencuci samping antaranya:
- Samping hanya boleh direndam dalam tempoh sekitar satu jam dan tidak terlalu lama.
- Rendaman yang terlalu lama boleh menyebabkan benang mengembang seteruskan merosakkan teksturnya.
- Rendam dengan menggunakan pelembut dan jangan sama sekali meletak bahan seperti peluntur dan sebagainya.
- Dibasuh menggunakan tangan dan dibilas dengan cepat.
- Ganti air sabun dengan air yang bersih bagi menghilangkan kesan air sabun.
- Sebaik selesai dibasuh, ia perlu diangkat dengan segera untuk dijemur.
- Jangan sesekali memerah kain samping kerana ia boleh menyebabkan benang pada samping putus.
- Jemur di tempat yang teduh dan berangin. Dilarang menjemur di bawah matahari kerana suhu yang panas boleh merosakkan kain songket.
- Pastikan ia benar-benar kering sebelum diangkat.
- Gunakan suhu yang rendah ketika ingin menggunakan setrika (iron).
- Untuk lebih mudah anda juga boleh hantar ke dobi untuk membuat proses pembersihan kering iaitu dry cleaning.
Bagi cara menyimpan samping pula adalah sebaiknya kain tersebut disimpan di kawasan yang bersih, tidak terdedah pada mahatari serta tidak dihempap dengan mana-mana fabrik lain.
Bagi penjagaan rapi adalah baik jika samping itu digulung bersama kertas minyak dalam posisi berdiri.
@kassyafexclusive Cara penjagaan samping / songket yang betul ! Tak semua tahu dan ini sangat penting tauuu, jom share ❤️ #kassyafexclusive #pekanrabu #fyp #sampingviral #alorsetar #fypシ
♬ suara asli – 🎧Suke Dhana🎧 – 🎧Suke Dhana🎧
Berikut adalah kome dari netizen:
“Samping ni biasanya kena cuci dry clean kan.”

“Sebagai bekas pekerja dobi terhormat. Kalau songket mahal kirim salam raya jelah sis. Sebab kena basuh dry cleaning untuk semua jenis baju atau apa-apa bersongket ni”

“Lipat elok-elok simpan dalam almari. Nanti bawa keluar depan suami buat-buat terkejut. Eh kenapa ni?”

“Guna iron steam sis nanti okay balik. Songket tak boleh basuh mesin”
