fbpx
Now Reading
Elok Ke Panaskan Makanan Dalam Microwave Guna Bekas Plastik? Ini Penjelasan Doktor [Video]

Elok Ke Panaskan Makanan Dalam Microwave Guna Bekas Plastik? Ini Penjelasan Doktor [Video]

Dr Hakim berkata cara terbaik untuk panaskan makanan di dalam microwave adalah dengan meletakkannya di dalam bekas seramik atau kaca yang tahan panas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Untuk mengelakkan daripada berlakunya pembaziran, sesetengah orang pasti akan menyimpan makanan lebihan untuk dimakan semula pada kemudian harinya.

Apabila hendak memanaskan makanan itu, ramai yang akan memilih untuk menggunakan ketuhar gelombang atau ‘microwave’ kerana lebih mudah dan pantas berbading melakukan sedemikian di atas api dapur.

Pun begitu, orang ramai diingatkan agar menggunakan perkakas itu dengan betul agar tidak mendatangkan risiko kepada kesihatan.

Baca Artikel Berkaitan: Kerap Panaskan Makanan Dalam Microwave? Ini 7 Hidangan Yang Tak Elok ‘Reheat’ Semula

Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara ‘Defrost’ Bahan Mentah Beku Dengan Selamat

Baca Artikel Berkaitan: Microwave Tak Berfungsi Dengan Baik? Cuba Ganti ‘Mica Sheet’ Dahulu

Mikroplastik & Bahan Kimia Dibebaskan Apabila Bekas Plastik Dipanaskan Dalam Microwave

Dalam satu perkongsian di TikTok (@iamdrhakim), doktor perubatan yang dikenali sebagai Dr Hakim berkata orang ramai mungkin secara tidak sengaja telah makan berbilion mikroplastik tanpa sedar setiap hari.

Katanya, lebih-lebih lagi dalam kalangan mereka yang memanaskan lebihan makanan di dalam microwave menggunakan bekas plastik.

Dia menerangkan bahawa makanan yang dipanaskan di dalam bekas plastik sebenarnya telah ditambah ‘perisa rahsia’ iaitu mikroplastik dan bahan kimia bertoksik.

Untuk info, mikroplastik adalah zarah plastik yang sangat halus dan berukuran antara 0.1 hingga 5000 mikrometer (5mm) iaitu lebih kecil berbanding biji beras.

Mikroplastik boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu mikroplastik primer dan mikroplastik sekunder, berdasarkan sumbernya. 

  • Mikroplastik primer: Dilepaskan secara langsung ke alam sekitar sebagai partikel kecil.
  • Mikroplastik sekunder: Terhasil daripada pecahan plastik yang lebih besar seperti botol dan jala ikan.
Plastik yang terurai boleh menyebabkan mikroplastik dibebaskan ke alam sekitar. (Sumber gambar: Pexels)

Bekas Plastik ‘Microwave Safe’ Tak Jamin Bebas Dari Mikroplastik

Menurut Dr Hakim, kajian mendapati bahawa satu bekas plastik yang dipanaskan dalam microwave menggunakan suhu tinggi boleh melepaskan antara sejuta hingga berbilion mikroplastik ke dalam makanan.

Walaupun sesetengah bekas plastik mempunyai label ‘microwave safe’, tetapi ia hanyalah merujuk kepada keupayaan bekas plastik itu agar tidak mencair atau rosak apabila dipanaskan di dalam microwave.

Namun Dr Hakim berkata perkara ini sama sekali tidak menjamin bahawa bekas plastik tersebut bebas daripada mikroplastik mahupun bahan kimia.

Mikroplastik & Bahan Kimia Dalam Makanan Boleh Ganggu Hormon

Di samping itu, Dr Hakim turut berkongsi kesan terhadap tubuh badan daripada penggunaan bekas plastik yang mengandungi mikroplastik dan bahan kimia iaitu:

  • Mengganggu hormon.
  • Merosakkan sistem saraf.
  • Meningkatkan risiko kanser.
  • Meningkatkan risiko kemandulan.

Pun begitu, ini tidak bermakna makanan lebihan tidak boleh dipanaskan di dalam microwave. Sebaliknya makanan perlu diletakkan di dalam bekas kaca ataupun seramik yang boleh dipanaskan di dalam microwave.

@iamdrhakim

buat yang selalu panaskan makanan lebihan berbuka guna microwave untuk sahur tu, hati-hati dengan bahaya microplastik! #drhakim #klinikusraa #ramadankareem #microplastics

♬ original sound – Dr. Hakim – Dr. Hakim

Tonton video penuh [DI SINI].

Mikroplastik Bukan Sahaja Masuk Ke Tubuh Menerusi Pemakanan

Mikroplastik yang dibebaskan ke dalam makanan apabila dipanaskan di dalam bekas plastik akan memasuki tubuh badan apabila dimakan. Namun satu kajian mendapati mikroplastik bukan sahaja memasuki tubuh menerusi pemakanan dan peminuman, tetapi juga pernafasan!

Satu kajian lain menunjukkan bahawa seseorang lebih berisiko tertelan partikel plastik yang terkandung dalam habuk atau debu di rumah berbanding daripada makan kupang yang mengandungi mikroplastik.

Mikroplastik yang masuk ke tubuh badan pula boleh masuk ke dalam darah malah menembusi organ serta membran sel dan uri bergantung kepada saiznya.

Malah, terdapat kajian dijalankan membuktikan bahawa mikroplastik juga boleh memasuki susu badan.

Baca Artikel Berkaitan: Adakah Mikroplastik Boleh Memasuki Tubuh Badan Manusia?

Baca Artikel Berkaitan: Adakah Mikroplastik Boleh Memasuki Susu Badan?

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.