fbpx
Now Reading
Hidangan Untuk Moreh Begitu Meriah Siap Ada Kambing Golek, Surau Ini Raih Perhatian Ramai [Video]

Hidangan Untuk Moreh Begitu Meriah Siap Ada Kambing Golek, Surau Ini Raih Perhatian Ramai [Video]

Menurut lelaki berkenaan, surau di Elmina Garden itu turut melakukan selingan seperti tazkirah selepas melakukan empat rakaat tarawih sebelum menyambung lagi empat rakaat dan witir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia serta mempunyai banyak ganjaran pahala buat mereka yang beribadah dan melakukan kebaikan.

Malah di bulan mulia ini ada yang mengambil peluang untuk melakukan tarawih di masjid atau surau secara berjemaah untuk mengumpul pahala yang lebih banyak lagi.

Kemeriahan ini turut diraikan lagi dengan hidangan moreh buat para jemaah yang sering disediakan di mana-mana masjid atau surau.

Lelaki kongsi surau sediakan moreh meriah siap ada kambing golek

Baru-baru ini, sebuah surau di Lembah Klang turut menjadi perhatian orang ramai apabila menyediakan makanan yang begitu meriah untuk moreh para jemaahnya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Ariff Ashman di TikTok, awalnya dia telah berkunjung ke Surau Elmina Garden untuk merasai pengalaman tarawih di surau berkenaan.

Menurut Ariff, dia ke surau tersebut selepas ramai pengikutnya memintanya ke surau yang sering dikunjungi golongan T20 sekadar untuk meninjau suasana.

Ariff sebelum ini sememangnya ada membuat konten menziarahi pelbagai jenis masjid dan surau sepanjang 30 hari Ramadan.

Sebaik berada di surau berkenaan, Ariff menunjukkan surau terbabit menyediakan pelbagai hidangan moreh yang begitu meriah buat para jemaahnya.

Kelihatan terdapat makanan seperti kambing bakar, roti canai, dan kerang bakar telah dihidangkan buat mereka yang datang melakukan tarawih di surau terbabit.

Turut selitkan tazkirah sebagai selingan tarawih

Menurutnya di surau itu mereka menjalankan sebanyak lapan rakaat tarawih dan juga witir. Namun ia dijalankan berserta dengan selingan tazkirah iaitu jemaah akan melakukan empat rakaat kemudian berehat sambil mendengar tazkirah sebelum empat lagi rakaat disambung bersama witir.

Bukan hanya itu, Ariff turut merakam suara lunak imam membacakan ayat suci al-Quran sewaktu tarawih berjemaah di surau berkenaan.

Menerusi pemerhatian yang dilakukan oleh Ariff, dia turut menyifatkan surau berkenaan bersih serta kemas.

Dalam beberapa lagi video yang dikongsikan, kelihatan Ariff telah mengunjungi beberapa masjid lain seperti:

  • Masjid Al Sultan Abdullah di Menara 118
  • Masjid Wilayah
  • Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak
  • Masjid Kg Nakhoda,
  • Masjid Putra dan banyak lagi.
@ariffash

Antara masjid dengan content paling menarik di tt. @Masjid Kg Nakhoda @Geng Masjid Kg Nakhoda #masjid #ramadan #solat #masjidhopping #CapCut

♬ original sound – Ariff Ashman – Ariff Ashman
@ariffash

Imam agak gemuruh harini, tersilap rakaat semasa terawih. #masjid #ramadan #solat #masjidhopping

♬ original sound – Ariff Ashman – Ariff Ashman

Netizen maklum ada iftar perdana, hari lain tak semewah itu

Melihat di ruangan komen ramai yang tertarik melihat menu moreh yang dihidangkan di surau berkenaan.

Ada juga yang memaklumkan difahamkan pada hari berkenaan terdapat program berbuka puasa perdana dan kerana itu ada kambing bakar disediakan. Jelasnya kebiasaannya ia tidak semewah itu.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman menyediakan hidangan untuk surau atau masjid T20 lain dan memaklumkan adakalanya ketika sahur mereka meminta menu seperti chicken chop namun kesemua jemaah mempunyai sifat yang baik.

Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka pernah solat di surau sekitar kawasan T20 dan kagum melihat jemaah penuh.

Bukan hanya itu, ada juga mendoakan individu yang menyumbang di surau itu dimurahkan rezeki.

“Hari ni ada iftar perdana tu yang ada kambing bakar. Hari biasa tak ada mewah macam ni”
“Saya pun hidangkan untuk surau atau masjid T20. Sahur-sahur pun minta sediakan Chicken Chop western. Tapi dia orang baik sangat, tak ada yang berlagak pun, elok je semua. Datang solat pakai Porche, Tesla dan banyak lagi”
“Sebenarnya syok pergi masjid yang ramai T20. Boleh tanya dia orang macam mana mereka berjaya. Insya-Allah banyak tips dan nasihat”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.