
“Layanan Tip-Top Tak Kira Bangsa” – Guru SJKC Sanggup Berpayung Bantu Murid Ketika Hujan [Video]
Menerusi video tersebut, guru-guru di sebuah SJKC di Johor dilihat sedia berpayung bagi membantu murid masuk ke kenderaan tanpa ibu bapa perlu keluar. Sikap prihatin ini meraih pujian ramai.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada zaman ini, semakin ramai ibu bapa memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) atau sekolah antarabangsa kerana sistem pendidikan yang lebih menarik. Selain akademik, faktor disiplin dan kemudahan juga menjadi pertimbangan utama.
Pengurusan sekolah yang tersusun dan sikap guru yang berdedikasi turut mempengaruhi keputusan ibu bapa. Mereka mahukan persekitaran pembelajaran yang lebih teratur untuk anak-anak.
Hal ini terbukti dalam satu perkongsian tular mengenai layanan guru di sebuah SJKC, di mana mereka sanggup berpayung demi membantu murid ketika hujan lebat.
Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Anak Murid Buat Kejutan Sempena Persaraan Guru Undang Sebak [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Syarikat Arak Taja Sekolah Cina Bukan Baharu, Akan Jelaskan Pada Jemaah Menteri Esok” – Anthony Loke
Guru Berpayung Pastikan Murid Selamat
Menerusi satu perkongsian di TikTok (@syifacarryalls), seorang ibu berkongsi pengalaman mengambil anaknya di sebuah SJKC di Johor. Ketika itu, hujan lebat sedang melanda, namun sesuatu yang luar biasa menarik perhatiannya.
Di hadapan sekolah, beberapa orang guru berdiri sambil memegang payung. Mereka bukan sahaja memastikan keselamatan murid, malah membantu mereka masuk ke kereta dan bas tanpa perlu ibu bapa turun dari kenderaan.
Menurut pemilik video, layanan ini bukanlah sesuatu yang asing di sekolah tersebut.
“Memang setiap hari hantar anak, memang akan ada cikgu yang tunggu depan sekolah untuk bukakan pintu dan iring anak masuk pagar sekolah.
“Setiap kali hujan, lagi ramai lah cikgu-cikgu yang tunggu depan sekolah untuk iring anak-anak masuk kereta.”
Lebih mengharukan, guru terbabit langsung tidak memilih siapakah pelajar yang akan dipayunginya.
“Tak kisah student darjah 1 ke darjah 6 ke, tanpa mengira bangsa dan agama. Saya sangat terharu dan appreciate this act of service!”
@syifacarryalls Ramai orang bash/condemn SJKC until I sendiri hantar anak ke SJKC sebab my husband insists nak hantar ke SJKC juga. Pengalaman hantar anak ke SJKC membuka mata saya dari fasiliti & management sekolah. Memang setiap hari hantar anak, memang akan ada cikgu yang tunggu di depan sekolah untuk bukakan pintu & iring anak masuk pagar sekolah. Setiap kali hari hujan, lagi ramai lah cikgu dia berpayung dekat depan ni untuk payungkan student. 🥹 Tak kisah student darjah 1 ke darjah 6 ke, tanpa mengira bangsa dan agama. Tak ada seorang parents pun turun payungkan anak sampai jammed depan sekolah. Saya sangat terharu & I appreciate this act of service! Kudos to all teachers SJKCKB, thank you so much! 🫡🤍 Marilah kita raikan kebaikkan semua guru tak kisah SJKC / SK 🙏🏻🙏🏻 Hidup 1 Malaysia! 🇲🇾 #malaysianegaraku #malaysia #sjkc #bestteacher
♬ original sound – officialnohsalleh – Noh Salleh
Ramai Terpegun dengan Sikap Guru
Perkongsian ini mencetuskan reaksi positif dalam kalangan netizen. Ramai yang meluahkan perasaan tersentuh mereka melihat keprihatinan guru-guru di sekolah tersebut di ruangan komen.
Turut ada yang berkongsi pengalaman serupa menghantar anak-anak mereka di SJKC yang sering dipandang serong oleh segelintir masyarakat kerana statusnya sebagai sekolah vernakular.




Sikap guru-guru SJKC ini menjadi bukti bahawa pendidikan bukan hanya soal akademik, tetapi juga soal kemanusiaan. Mereka sanggup berkorban masa dan tenaga demi memastikan keselesaan serta keselamatan murid-murid.
Marilah kita raikan kebaikan semua guru, tidak kira di mana mereka mengajar. Mereka adalah insan yang membentuk generasi masa depan dengan penuh kasih sayang dan dedikasi.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Guru Kreatif Ajar Topik Pembiakan Manusia Guna Lagu, Tapi Ramai Jadikan Ia Jenaka
Baca Artikel Berkaitan: Guru Perlu Dapatkan Kebenaran Jika Mahu Buat Kerja Sambilan – Menteri Pendidikan