fbpx
Now Reading
Paluan Kerantung Sebagai Tanda Waktu Berbuka Puasa Buat Ramai Rindu Suasana Zaman Dahulu [Video]

Paluan Kerantung Sebagai Tanda Waktu Berbuka Puasa Buat Ramai Rindu Suasana Zaman Dahulu [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pakcik memukul kerantung terbabit beberapa kali sebagai tanda sudah masuk waktu berbuka puasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Tidak dinafikan jika nak dibandingkan berpuasa di zaman 60-an sehingga sekarang terdapat banyak perbezaannya.

Malah dapat dilihat di masa kini teknologi dan juga peredaran zaman secara tidak langsung telah mengubah corak kehidupan seseorang.

Perkara ini secara tidak langsung membuatkan segelintir dari kita rindu untuk merasai semula suasana di zaman lalu seperti bunyi beduk menandakan waktu berbuka, bermain bunga api di kampung serta banyak lagi.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Bersihkan 30 Surau Sempena Bulan Ramadan Raih Pujian Ramai [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Masih ada kampung mainkan kerantung sebagai tanda berbuka puasa

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan masyarakat di sebuah kampung yang masih mengamalkan pukulan bunyi kerantung sebagai tanda waktu berbuka puasa.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Norazman Md Noh, awalnya kelihatan orang ramai sedang duduk di meja masing-masing sambil menunggu waktu berbuka.

Kelihatan mereka dipercayai berada di kawasan kantin bahagian surau di Kampung Ulu Piul, Manong, Perak.

Tidak lama kemudian kelihatan kelibat seorang pakcik memakai baju hijau berdiri di sebelah kerantung sedang menunggu masa untuk memukul alat berkenaan.

Sebaik sahaja sudah dimaklumkan waktu berbuka, kelihatan pakcik tersebut memberikan tanda ‘thumbs up’ sebelum bertindak memukul kerantung berkenaan.

Pakcik itu dilihat membunyikan kerantung itu dengan dua cara, awalnya dia meletakkan pemukul di bahagian lubang tengah alatan tersebut sebelum memukul pada tepi alatan berkenaan beberapa kali.

Sebaik selesai memukul kelihatan orang ramai kemudiannya menadah tangan untuk membaca doa sebelum mula makan untuk berbuka puasa.

“Suasana iftar (berbuka puasa) di Kampung Ulu Piul, Manong. Kerantong dipukul menandakan masuk waktu Maghrib,” tulis Norazman di dalam video.

Ramai tertarik pukulan kerantung dan terkenang zaman dahulu

Melihat di ruangan komen, ramai yang suka melihat video tersebut malah merindukan zaman dahulu apabila alat itu dibunyikan sebagai tanda waktu berbuka.

Tidak kurang juga ada yang memaklumkan masih terdapat kawasan yang masih melakukan budaya itu.

Ada juga memaklumkan alat terbabit turut dipukul setiap kali masuknya waktu solat dan juga khutbah di hari Jumaat.

“Bestnya masa kecil-kecil je dengar bunyi kerantung ni kalau nak azan Maghrib. Sekarang dah tak ada. Rindu suasana puasa dan raya dulu-dulu.”
“Dulu dekat kampung, masa khutbah Jumaat pun ada dia orang ketul. Masa nak masuk khutbah kedua”

“Lama tak dengar bunyi kerantung, sekarang dah tak ada”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.