fbpx
Now Reading
Pelajar Duduk Di Pedalaman Tiada Elektrik, Hanya Berbekal 1 Lampu Solar Buat Ramai Sebak [Video]

Pelajar Duduk Di Pedalaman Tiada Elektrik, Hanya Berbekal 1 Lampu Solar Buat Ramai Sebak [Video]

Menurut Cikgu Amirul apa yang membuatkannya lebih sebak apabila melihat pelajarnya begitu gembira apabila melihat guru datang menziarahi mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap individu yang bergelar pendidik pasti ingin yang terbaik buat anak murid mereka. Bukan sekadar mengajar bahkan mereka juga prihatin dengan kehidupan pelajar.

Malah mereka mahu pelajar hidup dalam keadaan selesa serta lengkap dengan pelbagai fasiliti yang baik.

Bukan hanya itu, terdapat juga guru yang sanggup menghabiskan wang mereka demi menyalurkan bantuan untuk para pelajar yang memerlukan.

Guru simpati lihat pelajar hidup susah

Baru-baru ini seorang guru turut berasa simpati apabila melihat rumah yang didiami oleh pelajarnya serba kekurangan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Amirul Aiman di TikTok, awalnya kelihatan dia bersama rakan-rakan lain telah berjalan kaki memasuki kawasan seperti ladang sawit untuk menziarahi pelajarnya yang duduk di pedalaman.

Perjalanan ke rumah pelajar ambil masa 20 hingga 30 minit jalan kaki

Kelihatan perjalanan Amirul untuk ke rumah pelajar berkenaan penuh cabaran apabila tanah dilihat berlecak dan perjalanan mereka mengambil masa sekitar 20 hingga 30 minit untuk sampai ke destinasi.

Menurut Amirul laluan ke rumah pelajar berkenaan tidak boleh diakses menggunakan kereta memandangkan terdapat banyak lecak dan mereka perlu melalui jambatan kecil.

“Rumah tak ada elektrik, bayangkan pelajar saya hanya bergantung dengan satu lampu solar kecil sahaja, kipas pun tak ada.

“Setiap petang mereka dua beradik (pelajarnya) akan tolong ibu cari kayu api (untuk memasak).

“Perkara paling sebak apabila mereka nampak kami datang nak melawat dia orang. Dari jauh dah jerit panggil cikgu dan seronok sebab ada orang nak datang rumah dia orang.

“Kadangkala kita rasa hidup kita ni dah susah dan ada banyak masalah sampai kita terlupa untuk bersyukur, sedangkan ada orang dekat luar sana yang ditimpa ujian lebih berat daripada kita,” kata Amirul.

Cikgu harap kesusahan dialami pelajar diganti dengan kejayaan dan kehidupan yang lebih baik

Dalam video itu, kelihatan Amirul menziarahi pelajarnya yang duduk seperti di rumah papan.

Amirul turut berharap kesusahan yang dialami oleh pelajarnya itu digantikan dengan kejayaan serta kesenangan hidup di masa hadapan.

Dia juga memaklumkan mana-mana individu yang ingin membantu memberikan sumbangan seperti untuk persiapan raya juga boleh menghubunginya.

@mirul.aimn

Semoga Allah gantikan kesusahan yang dialami oleh anak murid saya ni dengan kejayaan & kesenangan pada masa hadapan 🥹✨ #fyp #abcxyz #viral #cikgu #educationmustwin #sarawak #malaysia

♬ original sound – محمد أميرول أيمان – محمد أميرول أيمان

Ramai sebak dan nak hulurkan sumbangan

Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak melihat kesusahan dialami pelajar berkenaan. Malah ada juga yang ingin menghulurkan sumbangan buat pelajar tersebut.

Tidak kurang juga ada yang ingin menyumbangkan pakaian terpakai dan banyak lagi.

Di ruangan komen cikgu tersebut turut memaklumkan pelajarnya itu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Belipat di Lawas, Sarawak.

Ada juga yang tidak dapat membayangkan cabaran dihadapi pelajar ini apabila perlu berjalan jauh untuk ke sekolah dalam keadaan yang begitu menyedihkan.

“Semoga dipermudahkan urusan cikgu dan anak murid. Terima kasih cikgu”
“Kadang-kadang budak ni tak tahu pun dia orang susah sebab dah biasa. Bila dah besar semua ini akan jadi kenangan dan pengalaman yang mahal”
“Betullah orang kata, cikgu-ciktu terutama cikgu yang direzekikan berkhidmat di pedalaman jadi mata, telinga untuk murid tahu tentang dunia luar.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.