
Pendedahan Dokumen Berkaitan JFK Dakwa CIA Ada 2 ‘Markas Rahsia’ Di Malaysia Suatu Masa Dahulu
Dokumen kerajaan AS yang didedahkan itu juga mendedahkan bahawa sejumlah besar ejen CIA ditempatkan di Kedutaan AS di Kuala Lumpur pada tahun 1970-an.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kita pasti pernah menonton filem-filem aksi antarabangsa yang berkaitan ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) bukan?
Rasa teruja bila dapat melihat ejen-ejen CIA ini menggunakan pelbagai cara dalam mendapatkan maklumat seseorang atau sesuatu pihak.
Kita juga selama ini mungkin menyangka bahawa ejen-ejen CIA ini hanya ada di luar negara sahaja seperti di dalam movie.
Ejen CIA ada 2 markas rahsia di Malaysia?
Bagaimanapun, pendedahan dokumen kerajaan Amerika Syarikat (AS) berkaitan pembunuhan Presiden AS ke-35, John F. Kennedy (JFK) pada baru-baru ini selepas diarahkan oleh Presiden Donald Trump telah membongkarkan mengenai dakwaan kewujudan pejabat lapangan CIA di Malaysia.
Pendedahan terbaharu daripada dinyahklafikasikan oleh CIA itu menunjukkan terdapat dua pejabat lapangan CIA di negara ini iaitu di Kuala Lumpur dan Kuching, Sarawak.
CIA 'secret bases' worldwide exposed by JFK Files
— RT (@RT_com) March 19, 2025
Is your city on the list? pic.twitter.com/Gh37fstX8C
Sejumlah besar ejen CIA ditempatkan di Kuala Lumpur?
Memetik New Straits Times, dokumen kerajaan AS yang didedahkan itu juga mendedahkan bahawa sejumlah besar ejen CIA ditempatkan di Kedutaan AS di Kuala Lumpur pada tahun 1970-an.
Maklumat ini terkandung dalam satu memorandum bertarikh 23 Jun 1975 daripada Jawatankuasa Pilihan Senat AS yang ketika itu sedang menyiasat operasi kerajaan.
Memo itu merujuk kepada permintaan maklumat daripada FBI dan Jabatan Kehakiman AS mengenai ‘legal attache’.
Dokumen itu menyebut bahawa “Kedutaan AS di Kuala Lumpur mempunyai bilangan ejen CIA yang luar biasa banyak, beroperasi secara terbuka dan rahsia”.
Ejen CIA di Kuala Lumpur boleh jejaskan hubungan diplomati
Selain itu, satu lagi memorandum daripada bekas pengarah perisikan FBI pada tahun 1970, E. S. Miller, turut membincangkan kehadiran ejen CIA di Kuala Lumpur.
Dokumen itu menyebut bahawa bilangan ejen CIA di Malaysia adalah luar biasa dan boleh menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan tempatan.
Duta AS pada ketika itu juga dilaporkan bimbang jika penambahan satu lagi agensi risikan di kedutaan akan menjejaskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.
Pertimbang pindah operasi risikan dari Kuala Lumpur ke Singapura
Bagi mengelakkan masalah diplomatik, Jabatan Negara AS telah mempertimbangkan untuk memindahkan operasi risikan dari Kuala Lumpur ke Singapura.
Dokumen itu menyatakan bahawa Singapura merupakan lokasi yang lebih strategik kerana ia adalah hab perjalanan antarabangsa utama.
Rekod yang didedahkan juga menunjukkan bahawa tujuan sebenar perluasan program ‘legal attache’ adalah untuk mengumpul risikan politik, sesuatu yang disembunyikan daripada Jabatan Negara AS sendiri.
Pendedahan terbaru ini memberikan gambaran tentang aktiviti perisikan era Perang Dingin serta peranan Asia Tenggara dalam operasi pengintipan AS pada masa itu.