fbpx
Now Reading
[Review] Loaf Adam Tawar Sajian Moreh Sempena Ramadan Dengan Konsep Nostalgia

[Review] Loaf Adam Tawar Sajian Moreh Sempena Ramadan Dengan Konsep Nostalgia

Selain ada pencuci mulut korang pun boleh juga beli dan rasa kuih raya yang dijual di sini sambil makan manisan meriah moreh di Loaf Adam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Moreh merupakan aktiviti makan pada waktu malam yang sering dilakukan orang ramai untuk mencari makanan ringan ketika di bulan puasa.

Sebenarnya konsep moreh ini sama sahaja seperti supper yang ramai lakukan beberapa jam sebelum waktu tidur.

Namun spesialnya moreh ini, kebiasaannya masjid atau surau atau di rumah akan menyediakan makanan seperti kuih dan sebagainya.

Yelah selepas bertungkus-lumus tarawih 20 rakaat nak juga legakan tekak dengan sedikit manisan atau makanan savoury.

Loaf Adam tampil dengan konsep nostalgia sempena Ramadan ini

Baru-baru ini, BuzzKini telah meneroka ke satu restoran yang terkenal dengan pastrinya iaitu Loaf Adam yang terletak di Larkin, Johor Bharu.

Jika di hari biasa khususnya hujung minggu ramai juga pengunjung yang akan ke restoran ini untuk merasai pastri mereka seperti croissant, canelé, medaline, biskut lembut (soft cookies) dan banyak lagi.

Namun pada Ramadan kali ini, Loaf Adam kembali dengan Meriah Moreh untuk tahun keduanya dengan membawakan konsep nostalgia pada menu serta restorannya.

Sampai sahaja di hadapan restoran ini, kelihatan Loaf Adam telah meletakkan meja dan payung yang dihiasi dengan lampu kelip untuk memberikan vibes seperti di kampung.

Malah khemah yang diletakkan ini khas buat mereka yang inginkan suasana santai di luar sambil melepak bersama kawan dan keluarga.

kawasan luar

Restoran ini dilengkapi dengan tiga aras, jom kita mulakan dengan aras pertama.

Jual pelbagai jenis kuih raya

Untuk aras pertama, pemilik mengkhaskan untuk mereka yang ingin membeli kuih raya yang turut dijual. Malah Loaf Adam tidak sekadar mempunyai produk mereka bahkan turut menjadi vendor kuih raya.

Apa yang menarik, di sini juga pelanggan boleh mencari kuih tradisional sehinggalah moden. Yang paling best memandangkan ia dibuka waktu moreh, korang bolehlah rasa dan buat pilihan yang tepat untuk beli kuih raya nanti.

Bukan hanya itu, di ruangan ini ia dihiasi dengan konsep seperti zaman 50-an yang menggunakan kain batik serta tulisan jawi untuk papan tandanya.

Namun sekiranya korang mahukan suasana yang lebih selesa dengan penghawa dingin serta konsep moden, korang boleh ke tingkat dua.

Bahagian dalam aras 2

Selain kuih raya, Loaf Adam tawar menu spesial sempena Ramadan

Bagi mereka yang lahir di zaman 80-an dan 90-an pasti korang pernah makan Banana Split Ice Cream, puding roti, dan brownies bersama ais krim.

Kali ini, Loaf Adam membawa semula menu ini untuk mengembalikan kenangan di zaman lalu dengan manisan seperti ini.

Malah selain manisan ini, Loaf Adam turut tidak ketinggalan memperkenalkan tiga jenis tiramisu yang semakin menjadi kegilaan ramai.

Antara jenis Tiramisu yang dibawa sempena meriah moreh ini adalah Tiramisu original, Strawberry Matcha dan juga Pistachio termasuk dua jenis air spesial iaitu Matcha Gula Melaka serta Strawberry Bandung Soda.

Selain menu ini, Loaf Adam turut menyediakan menu biasa mereka seperti pastri dan biskut lembut yang sentiasa mendapat permintaan ramai.

Untuk menu meriah moreh ini kami berpeluang untuk merasa tiga jenis menu iaitu:

#1 Croissant Bread Pudding

Kebiasaannya jika di kedai ramai yang menjual bread butter pudding dengan menggunakan roti gandum putih, namun Loaf Adam tampil dengan keistimewaan tersendiri dengan menukarnya kepada croissant iaitu menggunakan doh pastri.

Rasa croissant bread pudding ini begitu lembut dan ia turut dilengkapi dengan coklat cair, taburan coklat butang di atasnya termasuk sos kastard.

Rasanya begitu lembut dan untuk sos kastard ia tidak manis memandangkan ia sudah dilengkapi dengan coklat butang yang akan memberikan rasa lemak manis pada manisan ini.

Ia juga dihidang pada suhu suam dan sesuai untuk dimakan seisi sekeluarga. Untuk manisan ini kami rate 7/10.

#2 Tiramisu Pistachio

Ini pula adalah Tiramisu Pistachio, tak dinafikan sejak akhir-akhir ini ramai yang suka manisan daripada kacang pistachio ini.

Bagi korang yang peminat tiramisu dan juga pistachio mungkin ini antara manisan yang perlu korang cuba. Ini kerana dua kombinasi ini memberikan satu rasa baharu iaitu gabungan kopi dan lemak kacang pistachio.

Tiramisu ini turut menggunakan krim keju jenis mascarpone dan di atasnya dihiasi dengan taburan kacang pistachio.

Bagi penulis, rasa kedua ini sedikit pelik namun korang dapat rasakan aroma kopi yang dicelup pada biskut jejarinya.

Selain itu, rasanya juga agak manis. Untuk korang yang sukakan makanan manis, ini mungkin bersesuaian dengan korang. Namun tekstur untuk tiramisu ini lembut dan mudah untuk dimakan.

Untuk manisan ini kami rate 5/10.

#3 Matcha Strawberry

Bagi mereka yang meminati matcha latte, atau teh hijau ini antara air yang wajib korang cuba.

Kenapa? Sebab rasa matcha yang seimbang dengan puri strawberi sangat refreshing apabila diminum.

Selain itu, di dalam minuman ini ia turut dilengkapi dengan buah strawberi yang sudah dikeringkan. Apabila dikacau dengan rata, rasanya sangat sedap kerana ada manis dan masam.

Jadi tidaklah muak apabila korang minum. Untuk air ini kami rate 9/10.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.