
“Jadi Bini Kena Bijak” – Wanita Beli Baju Raya Dia RM400, Untuk Suami RM60
Perkongsian wanita itu nyata mendapat perhatian pengguna lain hingga ramai yang mengecam dan mengkritik kenyataanya tentang harga baju raya dia dan suaminya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pasti ramai yang tidak sabar menyambut ketibaan 1 Syawal yang bakal muncul tidak lama lagi
Lihat sahajalah ramai yang sudah mula membuat persiapan raya bagi menyambut hari lebaran yang akan kunjung tiba.
Malah pada hujung minggu ini, terdapat banyak bazar raya antaranya seperti Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya, Pasar Seloka Raya dan Riuh Raya Kita bagi memberi peluang kepada orang ramai melakukan persiapan.
Sudah pastilah baju raya menjadi antara barang ‘wajib’ dibeli bagi menyambut hari kemenangan umat Islam itu.
Harga Baju Raya Isteri Lagi Mahal Dari Suami
Baru-baru ini, seorang wanita menjadi perhatian ramai gara-gara kenyataannya tentang harga baju raya dibeli untuk diri sendiri dan suami.
Menerusi satu hantaran di Thread, wanita berkenaan seolah-olah membuat perbandingan harga baju raya serta baju pasangannya yang dilihat jauh lebih banyak perbezaannya.
“Beli baju raya sendiri harga RM400, lepas tu cari baju raya suami harga RM60 je kome (korang).
“Rasanya kalau ada yang lagi murah, mesti akan belikan yang lagi murah, nak jadi bini (isteri) kena bijak,” tulisnya.

Ramai Tak Senang Dengan Luahan Wanita Buat Perbandingan Harga Baju Raya
Perkongsiannya itu nyata mendapat perhatian pengguna Thread yang lain. Mengintai ke ruang balasan, ramai yang mengecam dan mengkritik kenyataan wanita berkenaan.
Mereka berpendapat ia bukanlah satu tindakan yang ‘bijak’ malah dianggap pentingkan diri serta dilihat mengambil kesempatan terhadap suami.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat sebagai isteri, dia seharusnya membahagiakan suami apatah lagi suami merupakan pencari nafkah utama dalam keluarga.
Wanita Pertahankan Kenyataan, Dakwa Harga Murah Lebih Elok Kualiti
Walaupun mendapat kritikan hebat, wanita berkenaan tetap tampil mempertahankan kenyataannya.
Menerusi balasan di ruangan komen, dia menjelaskan itu adalah permintaan suaminya sendiri yang mahukan baju murah namun berkualiti.
Malah, dia mendakwa suaminya gembira dengan pilihannya serta turut memuji kualiti baju berkenaan walaupun hanya berharga RM60.


Ini antara komen pengguna Thread:
“Bijak Ke Selfish?”

“Dengan Suami Sendiri Pun Nak Kedekut, Tak Faham, Awak Nak Suami Awak Layan Macam Queen, Awak Kena Layan Dia Macam King, Tu Baru Betul”

“Ada Juga Ye Isteri Bangga Dapat Beli Baju Murah Untuk Suami Sedangkan Baju Sendiri Harga Ratus-Ratus? Siap Cakap Kalau Ada Lagi Murah Nak Beli”

“Kalau Awak Bijak, Awak Potonglah Bajet Awak Yang Super Mahal RM400 Tu, Baju Raya RM300 Pun Dah Vogue, Tambahlah RM100 Dekat Husband”

Baca Artikel Berkaitan: Ini Baju Raya Bawah RM200 Buat Kaum Wanita Sebagai Persediaan Aidilfitri, Memang Murah!
Baca Artikel Berkaitan: Baju Raya ‘Ultraman’ Jadi Perhatian Ramai, Siap Tanya Harga!
Baca Artikel Berkaitan: “Cacamarba!” – Ramai Terhibur Lihat Warna Baju Raya 1 Keluarga Tak Sama Gara-Gara Beli Online [Video]