
“Mak Bapa Tak Ajar Adab Ke Dik?” – Gadis Seloroh Nama Tukang ‘Jockey’ Kereta Teruk Dikecam Ramai [Video]
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @_AmranFans, gadis tersebut dilihat seolah-olah sedang menari sambil mempersenda nama lelaki itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
“Nak bergurau ada masa dan hadnya.”
Kita pasti pernah dengar ayat ini bukan? Hakikatnya kata-kata sedemikian adalah benar kerana tidak semua perkara boleh dibawa bergurau.
Bahkan melawak juga perlulah mempunyai batasnya, jika tidak dikawal ia mungkin boleh menyakitkan hati seseorang tanpa disedari atau mengundang perasaan kurang senang orang ramai.
Gadis didakwa persenda nama lelaki teruk dikecam ramai
Seperti baru-baru ini, seorang gadis teruk dikecam ramai selepas tular videonya didakwa mempersenda nama seorang pekerja parkir valet di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @_AmranFans, gadis tersebut dilihat seolah-olah sedang menari sambil mempersenda nama lelaki itu.
“Mak bapa kau memang tak ajar adab ke dik? Biadap gila main-main nama orang begitu. Pangkat-pangkat ayah kau dah (lelaki) itu,” tulis di kapsyen.
Gadis siap tanya, “memang nama Kannan ke?”
Dalam video sama, turut kedengaran gadis berkenaan bertanya kepada lelaki terbabit berhubung nama individu itu.
“Memang nama ‘Kannan’ ke? Kiri siapa kiri?” kata gadis terbabit sebelum kedengaran suara individu tertawa di belakang dipercayai rakan-rakannya.
Malah, gadis terbabit turut berseloroh dengan menggelar dirinya sebagai ‘Kiri’ semasa berbual-bual dengan lelaki itu.
Mak bapak kau memang tak ajar adab ke dik?
— Amran Fans (@_AmranFans) March 20, 2025
Biadab gila duk main-main nama orang gitu. Pangkat-pangkat ayah kau dah tu. pic.twitter.com/yAZsOTCqhR
Ramai kecam, tak setuju nama orang dijadikan bahan gurauan
Perkongsian video berkenaan kemudiannya mendapat perhatian ramai pihak di mana rata-rata pengguna X mengecam tindakan gadis terbabit.
Kebanyakan orang berpendapat bahawa nama seseorang tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan atau hinaan kerana ia disifatkan sebagai sesuatu yang sensetif.
Malah, mereka juga menyatakan bahawa perbuatan gadis terbabit langsung tidak kelihatan kelakar, sebaliknya biadap.
Mungkin niat gadis itu hanya ingin bergurau, namun tidak bersesuaian apabila melibatkan nama seseorang apatah lagi individu itu jauh lebih berusia berbanding dirinya.



