fbpx
Now Reading
Mat Salleh Dedah, Nombor Plat ‘1M’ Milik Kedutaan Malaysia Antara Yang Termahal Di UK [Video]

Mat Salleh Dedah, Nombor Plat ‘1M’ Milik Kedutaan Malaysia Antara Yang Termahal Di UK [Video]

Menurut lelaki itu, nombor pendaftaran yang digunakan pada kenderaan rasmi kedutaan Malaysia ini tidak boleh dijual beli.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Kita semua pasti tahu bahawa nombor pendaftaran kenderaan yang memiliki angka atau huruf sedikit atau unik akan dijual pada harga yang tinggi di Malaysia.

Ini kerana nombor plat sebegini kebiasaannya lebih ‘bersinar’ dan akan mendapat perhatian orang ramai yang melihatnya baik berada di atas jalan raya mahupun ketika diparkir.

Bukan hanya masyarakat di Malaysia sahaja yang gemar dengan nombor plat sebegini, ternyata penduduk-penduduk di United Kingdom (UK) juga sama.

Mat Salleh dedah nombor plat antara termahal di UK dimiliki kerajaan Malaysia

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial video seorang lelaki dari UK mendedahkan mengenai salah satu nombor pendaftaran yang termahal di negara itu iaitu ‘1M’ yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @numberplatehistory, nombor pendaftaran yang digunakan pada kenderaan rasmi kedutaan Malaysia ini tidak boleh dijual beli.

“Nombor plat ini dalam format tanpa tarikh telah dikeluarkan khas untuk kedutaan Malaysia. Memandangkan ia adalah plat kedutaan, ia tidak boleh dipindahkan ke kenderaan lain di luar pemilikan mereka,” katanya.

Nombor plat 1M digunakan sejak 1974, bernilai lebih RM5 juta ketika ini

Menurutnya, meskipun sukar untuk menentukan bilakah nombor pendaftaran ini dikeluarkan, namun dokumen hasil penyelidikan Noel Woodall menunjukkan ia sudah digunakan sejak tahun 1974.

Kata lelaki itu, jika nombor pendaftaran ini boleh dijual pada waktu ini, harganya mungkin melebihi tujuh angka menjadikannya plat bernilai £1 juta (kira-kira RM5,729,490).

“Nilainya terletak pada huruf awal, nombor dan panjang karakter,” jelas lelaki itu lagi.

@numberplatehistory

£1M Plate You will never be able to buy! This number plate, with a dateless format, was especially issued to the Malaysian Embassy. As it an embassy plate, it is non transferable outside of their vehicles. Over the years, it has been on a variety of vehicles from London Taxis to Mercedes Benz S Classes, currently sitting on an S450. Although it is impossible to say when the registration was issued, documents tell us it was already in use by 1974 through the amazing researcher late Noel Woodall. If this registration ever came to market, not that it can, it would likely sell for over seven figures – or a million pound number plate! It’s value comes inherently from it’s initial, number, and character length. Number Plates / Registration value can be established by a few factors: 🔴 Popularity of Initials 🔴 Number of Characters 🔴 Quality of Numbers As it is impossible in the United Kingdom to have a two digit number plate, this is the shortest possible M alongside the privately owned M1. If you would like to find out more about number plates, check out my other videos! I am not associated nor apart of this plates sale, this video is a showcase of a unique plate. #foryoupage #fyp #cars #privatenumberplate #privateplate #licenseplates #numberplate #licenseplatetok #carcontent #numberplates

♬ Paris – Else
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.