fbpx
Now Reading
Niat Berbagi Rendang Di Indo Bertukar ‘Huru-hara’, Daging Belum Masak Licin Disapu [Video]

Niat Berbagi Rendang Di Indo Bertukar ‘Huru-hara’, Daging Belum Masak Licin Disapu [Video]

Menurut seorang anggota polis, individu-individu yang mengambil rendang daging yang belum siap dimasak itu menggunakan bekas seperti beg plastik, baldi serta gayung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Umum mengetahui, setiap kali tibanya bulan Ramadan pasti banyak pihak yang akan berkongsi makanan dan minuman kepada orang ramai yang berpuasa.

Hal ini kerana, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amalan seperti bersedekah ketika bulan mulia ini.

Maka tidak pelik lah jika ketika ini ramai orang termasuk golongan selebriti dan influencer yang bersedekah dengan berbagi makanan kepada orang ramai.

Rendang daging untuk disedekah lenyap sekelip mata

Bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan seorang influencer Indonesia dikenali sebagai Willie Salim selepas rendang daging yang ingin diberikannya kepada orang ramai lesap dengan sekelip mata ketika dia ke tandas.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Willie telah mengorbankan seekor lembu dengan anggaran berat daging 200Kg untuk dimasak rendang dan dikongsikan bersama masyarakat di Palembang.

Konten memasak rendang daging itu dilakukan secara terbuka sambil ditonton secara langsung oleh penduduk-penduduk di sana.

Difahamkan, Willie hanya ke tandas selama 10 minit sebelum kembali semula dan mendapati rendang yang belum siap dimasak telah habis diambil oleh orang ramai yang berada di kawasan itu.

Tak sampai satu minit, rendang daging satu kuali besar lincin diambil

Menurut seorang anggota polis yang menjaga kawasan itu, rendang terbabit lesap diambil orang ramai dalam masa kurang satu minit.

Katanya, dia dan beberapa anggota lain sudah berusaha untuk menghalang orang ramai daripada mengambilnya namun tidak berjaya.

Jelasnya lagi, individu-individu yang mengambil rendang daging terbabit menggunakan bekas seperti beg plastik, baldi serta gayung.

Ramai kecam, orang Indonesia sendiri berasa malu dengan kejadian itu

Kejadian ini kemudiannya tular dan mendapat reaksi pelbagai pihak di mana rata-rata mengecam tindakan individu-individu yang mengambil rendang daging yang belum siap dimasak itu.

Bahkan, mereka turut mempersoal sama ada orang yang mengambil itu tidak risau akan status makanan terbabit sama ada halal atau tidak memandangkan ia diambil sebelum diberi keizinan daripada pemiliknya.

Kebanyakan pengguna TikTok warga Indonesia juga berasa malu dengan perbuatan segelintir penduduk di Palembang itu kerana ia dilihat seolah-olah mereka tiada etika.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.