
Ramai Berang Pemandu BMW Memotong Secara Bahaya & Langgar Penunggang Motosikal [Video]
Menerusi video yang dikongsikan kelihatan penunggang motosikal berkenaan jatuh berguling di atas jalan selepas dilanggar kereta mewah terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sudah menjadi satu kewajipan buat semua pengguna jalan raya di seluruh dunia untuk memandu kenderaan secara berhemah dan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.
Namun masih ada lagi sikap segelintir pemandu yang masih mementingkan diri apabila memandu secara semborono sehingga menyebabkan kemalangan.
Apa yang lebih menyakitkan hati, dek kerana sikap mementingkan diri mereka pengguna lain pula yang terpaksa menanggung akibatnya apabila menjadi mangsa kemalangan.
Pemandu BMW memotong secara berbahaya
Baru-baru ini, sebuah kereta dipercayai jenama BMW yang memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan di sebuah lebuh raya.
Menerusi video dashcam yang tular di X, awalnya kelihatan kereta BMW berkenaan telah meluncur laju dari arah belakang untuk memotong di lorong kanan.
Namun sebaik melihat terdapat kenderaan di hadapannya, kereta BMW itu segera menukar laluannya ke lorong tengah.
Tidak lama kemudian pemandu terbabit dilihat dengan segera menukar lagi laluannya dengan masuk ke lorong kiri untuk memotong dengan cepat.
Pemandu itu dilihat seperti memotong dengan cara zig-zag dalam keadaan laju dan berbahaya.
Bergesel dengan motosikal sehingga menyebabkannya jatuh di atas jalan
Sewaktu sedang memotong dan ingin masuk ke lorong kiri semula, pemandu kereta berkenaan secara tidak langsung telah bergesel dengan sebuah motosikal yang berada di lorong terbabit.
Perkara itu secara tidak langsung telah menyebabkan penunggang motosikal terjatuh ke atas jalan.
Apa yang lebih menjadi perhatian, kelihatan penunggang motosikal itu jatuh dalam keadaan berguling di atas jalan.
Sedar telah melanggar penunggang motosikal berkenaan, pemandu kereta itu kemudiannya dilihat berhenti di bahu jalan.
Turut kelihatan pemilik dashcam juga memberhentikan kenderaannya di hadapan kereta BMW berkenaan mungkin kerana ingin membantu penunggang tersebut.
Menerusi dashcam terbabit, insiden membabitkan pemandu BMW dan penunggang motosikal itu dipercayai berlaku pada 17 Mac lalu sekitar jam 12.22 pagi.
TRIGGER WARNING pic.twitter.com/eCtz3zdtHg
— @ (@anthraxxx781) March 20, 2025
Ramai berang dengan sikap pemandu kereta
Melihat di ruangan komen, ramai yang berang dengan cara pemanduan kereta terbabit serta mahukan hukuman yang setimpal kepada pemandunya.
Tidak kurang juga ada yang bersimpati dengan nasib menimpa penunggang motosikal berkenaan kerana terpaksa menanggung rasa sakit disebabkan sikap tidak bertanggungjawab orang lain.
Ada juga yang meminta agar pihak berkuasa menarik semula lesen memandu pemandu berkenaan kerana cara pemanduan yang bahaya.
“Rasanya kerajaan Malaysia dah boleh buka satu penjara khas untuk kesalahan trafik. Boleh penuh penjara woi”

“Jangan bagi lepas manusia macam ni menyusahkan orang lain sampai kemalangan macam ni, kesian yang bawa motor tu dan harap tak teruk sangat. Geram tengok!”

“Sanggup elak demi jaga kereta kemik dari keselamatan motor tu.”
