fbpx
Now Reading
[Review] ‘Lock Up Raya’ Beri Wajah Baru Penjara Lama Di Johor Bahru, Siap Boleh Shopping Lebaran

[Review] ‘Lock Up Raya’ Beri Wajah Baru Penjara Lama Di Johor Bahru, Siap Boleh Shopping Lebaran

Turut kelihatan Penjara lama Ayer Moleh ini masih dikekalkan bangunannya untuk memberikan nilai keasliannya yang bakal menarik pengunjung untuk membeli serta bergambar di Kotajail ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Tak dinafikan setiap kali tiba sahaja Ramadan, selain beribadah dan mengejar pahala bulan mulia, orang ramai juga turut membuat persiapan di Hari Raya.

Malah ada segelintir yang membuat persiapan sebelum tibanya bulan puasa kerana ingin fokus kepada ibadah dan sebagainya.

Namun dalam beramal di bulan Ramadan, ada juga yang mengambil kesempatan untuk melawat ke kawasan yang membuat jualan sempena Aidilfitri untuk membeli barangan serta ingin merasai ba

Penjara lama diubah suai sebagai bazar raya

Baru-baru ini, kami telah berkesempatan untuk melawat ke salah satu bazar raya yang berlangsung di Kotajail iaitu Penjara Ayer Molek di Johor Bahru.

Apa yang menarik di sini adalah Kotajail merupakan salah satu bangunan penjara lama yang tidak lagi digunakan. Namun ia telah diubah suai serta kini menjadi salah satu kawasan acara seperti bazar Lock Up Raya.

Bazar Lock Up Raya di Kotajail ini berlangsung dari 14 sehingga 30 Mac dan akan beroperasi setiap hari jam 3 petang sehingga 12 malam.

Dari segi bangunannya, kelihatan kawasan penjara lama ini telah dibersihkan dan ada juga beberapa kawasan yang masih lagi diubah suai.

Memberikan nilai estetik dengan struktur penjara lama yang masih dikekalkan

Namun kelihatan ia tidak diubah suai sepenuhnya memandangkan kawasan ini merupakan bangunan lama di mana nilai struktur bangunannya perlulah dikekalkan.

Perkara ini secara tidak langsung memberikan nilai estetik kepada para pengunjung. Bukan hanya itu, ramai juga yang berkunjung di sini untuk merakam gambar bersama rakan dan keluarga.

Bazar ini turut menawarkan pelbagai jualan menarik seperti makanan dan minuman, pakaian, samping, baju kanak-kanak, aksesori dan banyak lagi.

Bukan hanya itu, korang yang mungkin sedang mencari kawasan moreh dan nak lepak santai bersama kawan-kawan juga boleh berkunjung ke Kotajail kerana ia menyediakan banyak meja bersesuaian untuk orang ramai.

Antara vendor yang ada di bazar Lock Up Raya ini adalah:

#1 Matcha Lalu

Jika korang adalah peminat matcha, mungkin ini adalah antara kafe yang korang cari. Matcha Lalu merupakan salah satu kedai yang ada di Kotajail.

Di sini mereka menyediakan pelbagai jenis Matcha yang boleh korang cuba seperti Caramel Matcha Latte, Pistachio Matcha Latte, Mango Matcha Latte, Strawberry Matcha Latte, Classic Matcha Latte, dan Classic Matcha.

Mereka juga turut menggunakan serbuk matcha yang berkualiti iaitu Niko Neko. Jika korang sememangnya peminat matcha pasti tahu ini antara serbuk yang turut menjadi pilihan ramai.

#2 Vendor makanan & minuman

Di sini juga terdapat beberapa peniaga kecil yang menjalankan perniagaan menjual makanan seperti manisan, minuman termasuklah kuih raya.

Malah korang juga boleh duduk lepak santai di kawasan yang disediakan bersama kawan-kawan.

Kawasan ini boleh dikatakan luas dan terbuka, jadi sangat sesuai untuk korang yang mencari tempat nak borak-borak kerana ia tidak sempit.

#3 Pakaian & aksesori

Bukan sekadar makanan dan minuman, bahkan di sini juga terdapat beberapa peniaga yang menjual pakaian, beg tangan, aksesori termasuklah barangan raya.

Jika di antara korang yang masih mencari barangan raya seperti samping dan baju kurung, di sini juga ada dijual.

Bukan hanya itu, umum pasti mengetahui Johor juga turut terkenal dengan pakaian terpakai mereka.

Jadi jika korang ada yang sukakan barangan bundle, di sini juga terdapat beberapa peniaga yang menjual pakaian terpakai dengan pelbagai harga mengikut jenama.

Selain itu, nak raya ini pasti ada yang nak kelihatan cantik dengan tambahan aksesori seperti rantai, anting-anting, cincin dan banyak lagi. Jadi para wanita di sini juga anda boleh dapatkan pelbagai aksesori cantik untuk dipakai di pagi raya nanti.

#4 Kedai bunga

Selain itu, di sini juga terdapat kedai bunga. Jadi jika datang bersama kekasih atau insan istimewa seperti ibu bolehlah korang hadiahkan bunga.

Menerusi tinjauan kami florist di sini mempunyai pelbagai jenis bunga antaranya sudah tentulah bunga ros.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.