fbpx
Now Reading
Siap Bawa Setalam Nasi Arab, Gelagat Lelaki Membeli Makanan Di Bazar Ramadan Buat Ramai Terhibur [Video]

Siap Bawa Setalam Nasi Arab, Gelagat Lelaki Membeli Makanan Di Bazar Ramadan Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video kelihatan si ibu turut tersenyum apabila melihat gelagat lelaki berkenaan membawa setalam makanan masuk ke dalam kereta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap kali tibanya bulan puasa, tak dinafikan bazar Ramadan merupakan salah satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai.

Kemeriahan bazar Ramadan ini turut dapat dilihat apabila ramai yang berkunjung ke bazar berdekatan mereka untuk merasai dan memberi sokongan kepada peniaga di bulan mulia ini.

Apa yang lebih menarik, orang ramai dapat melihat pelbagai ragam peniaga serta pelanggan ketika berkunjung ke bazar Ramadan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: [Review] Litar Antarabangsa Sepang: Port Lumba Jadi Bazar Ramadan, Harga? Berpatutan!

BACA ARTIKEL BERKAITAN: ‘Fashion Show’ Dipercayai Kempen Elak Bazir Makanan Di Bazar Ramadan Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Lelaki jadi perhatian ketika beli nasi arab

Baru-baru ini, seorang lelaki turut menjadi perhatian ramai apabila ramai yang tidak sangka dengan apa yang dibelinya sewaktu berkunjung ke bazar Ramadan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Oshin di TikTok, awalnya kelihatan si suami yang berkunjung ke bazar Ramadan di Segamat datang ke kereta sambil membawa makanan yang dibeli.

Kelihatan suami wanita berkenaan awalnya membuka pintu belakang sebuah kereta MPV. Sewaktu pintu kereta dibuka, pada mulanya kelihatan tangan kanan lelaki tersebut memegang beberapa beg plastik berisi makanan.

Beli nasi arab siap bawa talam balik ke rumah

Namun apabila pintu dibuka dengan luas, rupanya lelaki tersebut tidak hanya membawa beg plastik tetapi turut membawa satu talam besar nasi arab yang dibungkus dari bazar terbabit.

Lelaki itu kemudiannya menyerahkan satu talam nasi arab berkenaan kepada ibu yang berada di tempat duduk belakang.

Turut kelihatan si ibu tersenyum melihat gelagat anaknya itu sambil menyambut nasi arab yang dihulurkan oleh lelaki terbabit.

Kedengaran Oshin turut terhibur dengan perkara itu apabila mentertawakan suaminya dan mengatakan itu adalah pertama kali dia melihat orang ke bazar membawa pulang talam.

“Ini first time saya nampak orang pergi bazar beli talam,” katanya sambil ketawa.

Ramai yang terhibur lihat gelagat lelaki

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut terhibur dengan gelagat lelaki terbabit yang membeli satu talam nasi arab.

Malah peniaga nasi arab berkenaan turut muncul di ruangan komen dengan mengucapkan terima kasih kerana membeli hidangan terbabit dari mereka.

Tidak kurang juga ada yang bertanya harga makanan tersebut adakah ia termasuk dengan harga talam terbabit.

Ada juga mengatakan pasti mereka dapat makan dengan puas memandangkan telah membeli satu talam nasi arab terbabit.

“Mesti sedap”

“Berapa ringgit lah tu, satu talam terus”

“Satu talam kau beli baru puas hati”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.