
Berlainan Agama Bukan Penghalang, Tindakan Lelaki Belanja Kanak-Kanak Baju Raya Raih Pujian [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan anak-anak kecil berkenaan begitu teruja apabila memasuki gedung pakaian tersebut bersama David sebelum memilih warna Baju Melayu kesukaan mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam selepas sebulan berpuasa.
Setiap kali tibanya hari istimewa ini pasti ramai yang akan membeli pakaian baru seperti Baju Melayu, Baju Kurung dan sebagainya untuk dipakai di pagi 1 Syawal.
Malah dapat dilihat ramai segak bergaya dengan pakaian tradisional yang menampilkan pelbagai warna.
Lelaki raih perhatian apabila belanja anak yatim baju raya
Baru-baru ini influencer yang dikenali sebagai The Davids telah meraih perhatian ramai apabila mengambil peluang untuk membelikan beberapa orang kanak-kanak dipercayai anak yatim baju baru untuk dipakai pada Hari Raya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh David di TikTok, awalnya kelihatan dia telah berkunjung ke gedung pakaian Hari-Hari di Senawang, Negeri Sembilan bersama sekumpulan kanak-kanak.
Malah ketika membawa kesemua kanak-kanak masuk ke kedai berkenaan David turut meminta memilih mana-mana sahaja warna baju yang disukai oleh mereka.
Kanak-kanak dilihat sibuk memilih dan mencuba pakaian, teruja dapat baju baharu
Kelihatan kanak-kanak berkenaan begitu teruja apabila masuk ke kedai dengan bersorak selain dilihat sibuk memilih serta mencuba pakaian yang disukai oleh mereka.
Salah seorang individu yang turut bersama dengan David juga memaklumkan pihak gedung pakaian Hari-Hari telah memberikan diskaun sebanyak 10% untuk pembelian oleh influencer itu.
Bukan sekadar Baju Melayu, David turut meminta kanak-kanak lelaki memilih songkok untuk dipakai pada Hari Raya kelak.
David faham perasaan anak yatim kerana membesar tanpa ayah
Sewaktu disoal apa yang dirasai olehnya apabila berbelanja untuk kanak-kanak tersebut, David mengatakan ketika melihat mereka dia seperti melihat dirinya semula ketika kecil.
“Bila saya tengok mereka ini, saya tengok diri saya balik masa saya kecil. Hari ni saya belanja, rasa macam nak nangislah tapi tak boleh menangis.
“Saya faham perasaan mereka, sebagai anak yatim saya faham apa yang mereka rasa. Jadi bila orang tanya awak tahu ke perasaan dia orang? Saya tahu.
“Sebab saya pernah lalui semua benda tu bang, sampai saya besar saya dah lalui segalanya. Jadi hari ini saya belanja saya gembira. Sebab setiap kali bang teringat ayah saya, saya faham perasaaan dia orang sebab saya pun anak yatim tiada ayah.
“Ibu yang besarkan saudara mara tak tolong,” katanya.
Jelasnya lagi, kanak-kanak itu berkenaan juga akan berasa gembira apabila melihat videonya. Malah ada seorang budak lelaki mengatakan dia ada melihat video yang dikongsikan oleh David di TikTok.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan David rasa teruja dan gembira apabila mengetahui mengenainya.
Bukan hanya itu, dia turut mengatakan mahu membuat lebih banyak lagi video dan akan berbelanja buat anak kecil berkenaan.
“Uncle buat TikTok lagi banyak, uncle belanja lagi ya,” katanya kepada kanak-kanak berkenaan.
Ramai puji tindakan David, doakan yang terbaik buatnya
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji usaha murni David apabila berbelanja untuk mengembirakan hati anak yatim sempena Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Tidak kurang juga ada yang berasa sebak melihat keikhlasan David dalam memberi kepada anak-anak yatim terbabit tanpa mengira bangsa dan agama.
Ada juga yang menyifatkan mereka dapat merasai kegembiraan kanak-kanak berkenaan sewaktu mendapat baju berkenaan.
Namun ini bukan pertama kali David menjadi tular, sebelum ini dia juga pernah mendapat perhatian apabila berbelanja kanak-kanak di bazar Ramadan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Influencer Non-Muslim Belanja Kanak-kanak Beli Makanan Di Bazar Ramadan Raih Pujian [Video]
Berikut komen menarik netizen:
“Tengah makan buka puasa sambil menangi tengok video TikTok ni. Mak aku tanya kenapa? Makanan dia masak tak sedap ke?”

“Tahniah dia, akak bangga dengan awal. Terharu sangat sebab anak akak tiga orang pun anak yatim. Akak dapat rasakan kegembiraan budak-budak ni.”

“Bro awak dah bahagiakan anak yatim. Tuhan akan bahagiakan awak nanti. Setiap apa kebaikan yang awak buat akan ada ‘hadiah’ untuk awak. All the best bro”

“Terbaik David, awak yang terbaik. Menolong anak-anak yatim. Semoga kamu diberi hidayah”
