
Kenapa Ada Gajah Naik Lori Pandang Ke Belakang? Ini Sebabnya [Video]
Menurut Unit Tangkapan Gajah (UTG) negeri Pahang, orang ramai perlu berhati-hati sekiranya ingin memotong lori yang membawa gajah memandang ke belakang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Gajah merupakan salah seekor haiwan liar yang banyak terdapat di Malaysia. Malah, ia turut boleh dilihat di sekitar lebuh raya berhampiran kawasan hutan.
Dalam situasi tertentu, terdapat juga gajah yang tersesat sehingga memasuki kawasan perumahan serta merosakkan tanaman, harta benda dan sebagainya.
Oleh itu, gajah terbabit akan dipindahkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) ke tempat yang lebih selamat untuknya dan juga orang ramai.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Sedih Lihat Gajah Sesat Masuk Kawasan Perumahan Di Kluang
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Kongsi Detik Cemas Kereta Digoncang Gajah Raih Pelbagai Reaksi Orang Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Beranak Lalui Detik Cemas, Gajah Rempuh Kereta Di Atas Lebuh Raya
Gajah Naik Lori PERHILITAN Pandang Ke Belakang Adalah Liar
Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik ke TikTok (@pokteh_gajah) menyaksikan seekor gajah sedang berada di atas lori PERHILITAN.
Kelihatan telinga gajah itu berkibas-kibas akibat ditiup angin. Dia juga dilihat mengangkat belalainya.
Difahamkan individu yang memuat naik video tersebut merupakan kakitangan Unit Tangkapan Gajah (UTG) negeri Pahang.
Dia mengingatkan orang ramai agar berhati-hati jika mahu memotong lori yang sedang mengangkut gajah.
Katanya, jika kepala gajah tersebut menghala ke belakang, ini bermakna ia adalah seekor gajah liar dan bukan gajah denak yang jinak sifatnya.
@pokteh_gajah hati2 semasa memotong kami..kami sedang bawa gajah liar..terima kasih selalu bg kerja sama di ats jalan raya. #PERHILITAN #MERGASTUA #UNIT_TANGKAPAN_GAJAH_PHG #UTG_PAHANG
♬ Meow number 16 – The kitten’s nose – AtilaKw
Tonton video penuh [DI SINI].
Gajah Denak Akan Pandang Ke Depan Di Atas Lori
Sebaliknya, gajah denak akan menghalakan kepalanya ke depan apabila menaiki lori.
Tidak pasti mengapa gajah liar akan memandang ke belakang ketika di dalam lori, namun ada yang berpendapat ia mungkin dibuat untuk membezakan antara kedua-dua gajah agar orang sekeliling berhati-hati.
Ada juga yang berkata gajah liar itu ‘diheret’ oleh gajah denak dan telah menaiki lori secara mengundur.



Ramai Teruja Lihat Gajah Naik Lori Pandang Ke Belakang
Dalam pada itu, orang ramai turut tertarik dengan gajah tersebut yang dibawa menaiki lori dan berkata mereka akan mengekori sahaja lori itu di belakang tanpa memintasnya.
Tidak kurang juga yang berjenaka dengan situasi gajah terbabit yang dikatakan pasti seronok menaiki lori itu.
“Dia macam seronok je dapat naik lori. Sebelum ni dia tahan kenderaan sebab nak tumpang je, tapi semua lari,” seloroh seorang individu.








Kenapa Perlu Ada Gajah Denak Untuk Uruskan Gajah Liar?
Untuk info, apabila gajah liar perlu dipindahkan, ia akan diiringi oleh gajah denak iaitu gajah pemikat yang telah dilatih untuk melakukan perkara tersebut.
Seperti pada awal bulan ini, dua ekor gajah denak telah mengiringi seekor gajah liar yang ingin dipindahkan dari Kampung Orang Asli Talang, Pos Perwor, Sungai Siput, di Perak.
Kebiasaannya, gajah denak akan bekerja secara berpasangan untuk membantu memindahkan gajah liar.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] 30 Gajah Tidur Atas Jalan Raya, Trafik Di Tasik Temenggor Terhenti 2 Jam
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Dapat Tengok Gajah Di Zoo, Pekerja Shell Happy Gajah Sering ‘Singgah’ Di Stesen
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gajah Naik Bukit Petanda Bencana Alam?