
“Macam Dekat Malaysia Tapi Ada Beza” – Konsep ‘Nasi Campur’ Di Amerika Curi Perhatian [Video]
Lelaki yang berasal dari Amerika itu berkata, konsep hidangan Nasi Campur juga boleh dijumpai di kawasan perkampungan negara tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum sedia maklum, rakyat Malaysia dengan nasi memang berpisah tiada. Ada juga di kalangan masyarakat yang tidak boleh meninggalkan nasinya pada setiap kali waktu makan ini termasuklah sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam.
Pada waktu tengahari, kebiasaannya individu akan memilih hidangan ‘Nasi Campur’ iaitu nasi putih bersama dengan pelbagai jenis pilihan lauk. Kalau anda mengunjungi mana-mana restoran, ada juga yang menyajikan sampai 100 jenis lauk.
Namun siapa sangka Nasi Campur yang menjadi kegemaran penduduk di negara ini turut disajikan di negara Barat dengan sedikit sentuhan berbeza.

Mat Saleh Tunjuk ‘Nasi Campur’ Versi Amerika
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@motomatsallehclips) apabila pasangan suami isteri dari Amerika Syarikat (AS) berkongsi suasana masyarakat menjamu selera di negara tersebut.
Difahamkan, si suami merupakan bekas pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) pada sebelum ini, sekaligus membuatkannya fasih berbahasa Melayu.
Membandingkan konsep makan di Malaysia dan di negaranya, lelaki itu berkata AS juga mempunyai ‘Nasi Campur’ yang digemari rata-rata masyarakat tempatan.
Menurut lelaki tersebut, Nasi Campur ala Barat itu kebanyakannya tersedia di restoran kawasan kampung di AS.
“Macam Nasi Campur Melayu. Tapi ada beza. Kita masuk kedai lepas tu pilih lauk. Ada ayam, daging, sayur dan duduk makan di situ,” kata lelaki berkenaan.
Beza Nasi Campur Di Malaysia & Di Amerika
Namun begitu, konsep Nasi Campur di sana mempunyai satu perbezaan ketara berbanding dengan di Malaysia iaitu mereka tidak disajikan dengan nasi. Hal ini kerana nasi bukanlah makanan ruji bagi penduduk AS.

“Itu sahaja beza. Orang sini (AS) kurang makan nasi,” tambah lelaki tersebut di akhir perkongsian.
@motomatsallehclips Nasi campur di Amerika? Tapi ada yang kurang🍚🤔 #amerika #nasicampur #motomatsalleh ♬ original sound – MotoMatsalleh Clips
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Mat Saleh Perkenal ‘Nasi Campur’ Di AS
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berpendapat juadah ditunjukkan oleh pasangan suami isteri itu lebih kepada ‘lauk campur’.
“Bukan kedai nasi campur la kalau begitu. Kedai lauk campur 😂,” kata seorang pengguna TikTok.
Ramai juga berkata makanan utama di Amerika diganti dengan makanan berasaskan gandum atau karbohidrat yang lain.
“Diorang makan kentang lenyek (mashed potato), kentang goreng, roti macamtu karbohidrat diorang,” ujar seorang netizen.
Sementara itu, ramai juga memuji kefasihan lelaki berkenaan dalam berbahasa Melayu. Ada juga yang berkata cara percakapannya adalah lebih bagus berbanding segelintir rakyat Malaysia sendiri.
“Kalau tak ada bini dia dekat sebelah tu. Memang aku fikir dia orang Melayu (sebab fasih bertutur Bahasa Melayu),” kata seorang lelaki.





Baca Artikel Berkaitan: [Video] Siap Bawa Serbuk Teh Dari Malaysia, Mat Salleh Perkenalkan Teh Tarik Pada Keluarga Di UK
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mat Saleh Cuba Menu Five Guys Di UK, Katanya Cawangan Di Malaysia Lagi Sedap
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Remaja Mat Salleh Tunjuk Kemahiran Masak Nasi Goreng, Ramai Rakyat Malaysia ‘Approve’