fbpx
Now Reading
Wanita Didakwa Calarkan Kereta Gara-gara Tak Puas Hati Parkir Dicopnya Tetap Diambil [Video]

Wanita Didakwa Calarkan Kereta Gara-gara Tak Puas Hati Parkir Dicopnya Tetap Diambil [Video]

Kejadian dikatakan berlaku di kawasan parkir di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya pada 16 Mac lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Isu ‘cop parking’ bukanlah sesuatu yang baru, sejak dahulu lagi perkara sebegini sudah mula berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Meskipun telah berulang kali diberi peringatan, masih ada segelintir yang tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan sama.

Lebih teruk lagi apabila ada individu yang tidak berpuas hati jika parkir yang bukanlah miliknya itu diambil, walhal itu sememangnya menyalahi undang-undang.

Tak puas hati tak berjaya cop parkir, wanita didakwa calarkan kereta

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita didakwa sengaja mencalarkan sebuah kereta hanya kerana tidak berpuas hati kotak parkir yang sedang dicopnya tetap diambil oleh pemandu kenderaan itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok dashcam.my, kejadian dikatakan berlaku di kawasan parkir di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya pada 16 Mac lalu.

Menurut pemilik dashcam, kenderaannya itu parkir di kawasan berkenaan pada pukul 3 sehinga pukul 5 petang dan kejadian guris kereta terbabit berlaku sekitar pukul 4 petang.

“Ada yang kenal? Harap boleh berhubung sebab pemilik dashcam nak berbincang,” tulis di ruangan kapsyen.

Dah berdiri dalam kotak parkir tetap kena ambil

Dalam video tersebut, jelas kelihatan wanita terbabit bersama seorang kanak-kanak dipercayai anaknya berdiri di dalam sebuah kotak parkir di pusat membeli-belah itu.

Bagaimanapun, pemilik dashcam tidak mempedulikannya dan tetap memasuki kotak parkir terbabit menyebabkan kedua-dua individu itu terpaksa beredar ke tepi.

Klip rakaman kamera litar tertutup di kawasan parkir terbabit juga menunjukkan seorang individu berada berdekatan kereta berkenaan, namun tidak jelas apa yang dilakukannya.

Di penghujung video, pemilik dashcam pula menunjukkan beberapa gambar keadaan keretanya yang diguris di bahagian tepi kiri dan kanan serta bonet belakang.

@xkuchen

Kejadian di One Utama This was at 1 utama level 4 new wing parking. Parked there last Sunday (16 Mar) from 3pm (exact time shown on dashcam) until 5 pm. They scratched it around 4 pm (as shown in cctv) The police said “tak nampak”. So im trying to find witnesses Ada yang kenal harap boleh berhubung sebab owner DC nak berbincang. #dashcamvideo #malaysiamemes #dashcamvideos #dashcamera #dashcams #dashcam #dashcameracarcrash #dashcammalaysia #dashcameralessons #malaysia #malaysiareaction #malaysiasong #多少柔情多少泪 #malaysiaboleh #malaysian #malaysiaboleh #dashcamcarcrash #malaySiameme #malaysianupdate #malaysiamemestamil

♬ original sound – xkuchen – xkuchen

Baca Artikel Berkaitan: “Wujud Lagi Spesies Ni?” – Tular Lelaki ‘Cop Parking’ Raih Kecaman Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Sikap Segelintir Penduduk Flat Guna Botol Air Untuk Cop Parking Buat Netizen Berang [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.