
Gelagat Pelajar Pra Sekolah Balik Terus Basuh Periuk Belanga Raih Pujian [Video]
Dalam video tersebut, ibunya memaklumkan yang anaknya itu tidak boleh melihat sekirannya singki penuh kerana dia akan mengemas terlebih dahulu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kanak-kanak yang berusia sekitar dua hingga 12 tahun sememangnya akan sibuk meneroka dunia mereka seperti bermain, mencuba perkara baharu dan bermacam-macam lagi.
Oleh itu, sebagai ibu bapa mahupun penjaga kita perlulah sentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar mengenai perkara yang baik serta tidak untuk mereka berfikir kerana mereka boleh menyerap seperti span.
Bukan hanya itu, tingkah laku yang baik pastinya dapat membentuk jati diri kanak-kanak untuk menjadi lebih yakin, berdisiplin dan banyak lagi.
Kanak-kanak pra sekolah terus basuh pinggan, mangkuk, perkakas dapur sebaik pulang dari sekolah
Baru-baru ini, seorang kanak-kanak yang masih lagi berusia sekitar lima hingga enam tahun menjadi perhatian ramai apabila dilihat segera ke dapur untuk melakukan kerja rumah.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Norfaizahtamjis di TikTok, awalnya kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang sibuk di dapur untuk membasuh bahan perkakas memasak yang berada di dalam singki.
Siap berdiri atas kerusi sebab nak basuh lepas tengok singki penuh
Dalam video tersebut turut kelihatan kanak-kanak berkenaan berdiri di atas sebuah kerusi dan langsung membasuh perkakas yang ada di dalam singki sebaik dia pulang dari sekolah.
Perkara terbabit secara tidak langsung membuatkan si ibu terhibur melihat kerajianang anak lelakinya itu.
Menurut si ibu pada mulanya kanak-kanak berkenaan ingin makan sebelum bertindak membasuh perkakas yang ada di dalam singki selepas melihat kawasan itu penuh dengan barangan terbabit.
“Balik Pra sekolah terus pergi dapur, kata nak makan tadi. Nampak singki penuh, dia pergi basuh periuk belanga dulu,” kata ibunya.
@norfaizahtamjis Tak boleh tgk sinki penuh msti nak kasi clear dulu🤣 #anaksoleh
♬ 搞笑滑稽搞怪 – MrM
Tak boleh tengok singki penuh dengan barang perkakas dapur
Jelas ibunya lagi, anaknya itu tidak boleh melihat sekiranya singki tersebut penuh kerana dia pasti akan mengemas terlebih dahulu.
Dalam beberapa lagi video yang dikongsikan oleh si ibu kelihatan kanak-kanak berkenaan sememangnya suka megemas rumah seperti membasuh pinggan, menyiram bunga, dan banyak lagi.
“Bukan selalu basuh pinggan je, mengemas rumah pun dia suka. Lagi-lagi nak raya ni haa, dengar umi cakap ramai orang nak datang beraya.”
@norfaizahtamjis Selain basuh pinggan, haaa ji rutin die setiap hari sblm g sek🤣#anaksoleh
♬ selamat berhari – yayashiyo
Ramai puji kanak-kanak rajin bantu ibu
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji kanak-kanak tersebut apabila melihat kerajinannya membantu ibu meskipun baru berusia sekitar lima hingga enam tahun.
Tidak kurang juga ada yang bertanya apakah tip didikan yang diberikan oleh Faizah untuk mendidik anaknya.
Ada juga yang mengatakan sekiranya anak mereka yang berusia sekitar kanak-kanak tersebut mungkin mereka lebih kepada bermain buih berbanding membasuh pinggan.
“Bagusnya anak sis, anak mak mentua saya pinggan makan pun tak tahu angkat apa lagi nak cuci”

“Saya nak tahu cara akak didik anak akak nanti saya boleh praktis dekat anak saya”

“Rajinnya dia, bagus. Jadi anak soleh untuk ibu ya”
