fbpx
Now Reading
Lelaki Nasihat Jangan Politikkan Isu Masjid Kristal Bernilai RM22 Juta Tak Boleh Solat Jumaat [Video]

Lelaki Nasihat Jangan Politikkan Isu Masjid Kristal Bernilai RM22 Juta Tak Boleh Solat Jumaat [Video]

Menurut lelaki itu, Masjid Kristal tidak dijadikan tempat solat Jumaat kerana tidak mencukupi syarat sah solat Jumaat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Terengganu merupakan antara negeri yang mempunyai pelbagai daya tarikan buat para pelancong dari dalam dan luar negara.

Selain keindahan alam semula jadi, negeri Pantai Timur itu juga terkenal dengan keunikan seni bina masjid dan suraunya.

Salah satu rumah ibadah umat Islam yang popular dan menjadi tumpuan pelancong di Terengganu adalah Masjid Kristal.

Baca Artikel Berkaitan: Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Lelaki nasihat isu Masjid Kristal tak boleh solat Jumaat jangan dipolitikkan

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki mendakwa bahawa ada individu yang mempolitikkan isu masjid tersebut yang tidak dijadikan tempat solat Jumaat meskipun kos pembinaannya menelan belanja RM22 juta.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @Abang.ZK, lelaki yang menetap di Terengganu itu menasihati orang ramai agar mempolitikkan perkara yang berkaitan agama.

Menurutnya, Masjid Kristal yang terletak di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, Kuala Terengganu itu tidak dijadikan tempat solat Jumaat kerana tidak mencukupi syarat sah solat Jumaat.

Syarat sah solat Jumaat adalah seperti berikut:

  1. Didirikan di dalam waktu Zuhur
  2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di sesuatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
  3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang beriman yang tinggal tetap di kawasan itu (menurut Mazhab Syafie).
  4. Didahului dengan dua khutbah khusus.

Masjid Kristal juga jadi tempat orang bukan Muslim kunjungi

Jelasnya, masjid ini juga dibina sebagai tarikan pelancong termasuk pengunjung bukan Muslim lawati dan lihat tempat di mana umat Islam berkumpul serta bersembahyang.

“Dalam hadis pun ada sebut, tempat yang paling Allah suka dalam dunia ini adalah masjid,” katanya.

Lelaki itu turut memberitahu bahawa pada bahagian atas khutbah masjid berkenaan sememangnya mempunyai kristal.

@abang..zk

Terengganu mmg luar biasa , Alhamdulillah masjid2 yg dibina subhanaAllah.. . @Jeti Pak Awang | Ahmadbasri terima kasih beri saya rasa , pengalaman berbuka atas bot…fuhh biasa buka atas padang je. . Korang nak iftar kat terengganu kena try iftar atas bos jeti pak awang..

♬ original sound – Abang.ZK – Abang.ZK

Pada 2018, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman berkata, lokasi Masjid Kristal yang jauh daripada penempatan orang ramai merupakan sebab utama tiada solat Jumaat di situ.

Malah, pada waktu itu timbul cadangan untuk membuka sebuah pusat tahfiz bertujuan untuk menghidupkan lagi persekitaran di Masjid Kristal itu sekali gus mewujudkan penempatan di kawasan itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.