
“Mentaliti A” – Ramai Kagum Lihat Keadaan Persekitaran Flat Bersih & Tiada Sampah [Video]
Lebih menarik, bahagian tangga yang kebiasaannya akan dipenuhi dengan sampah sarap dan puntung rokok langsung tidak kelihatan di flat berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bila sebut sahaja tentang flat, pasti ramai yang dah terbayang keadaan persekitaran kediaman sebegini yang terlalu sesak dengan kenderaan.
Malah, ada di antaranya terkenal dengan suasana persekitaran yang tidak bersih serta dipenuhi dengan sampah sarap.
Tidak ada hanya itu, ada segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab dilihat selamba membuat pengubahsuaian tanpa kebenaran.
Keadaan sebegini sememangnya memberikan imej dan pandangan negatif orang ramai tentang flat.
Balkoni Bersih, Siap Boleh Nampak Saluran Air
Namun, lain pula dengan suasana flat di Taman Sri Cheras, Kuala Lumpur ini yang keadaannya dilihat amat bersih dan berada dalam keadaan terjaga.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @ninjacollectible, kelihatan pengguna yang merupakan seorang penghantar makanan meluahkan rasa kagumnya sewaktu menghantar makanan di flat tersebut.
“Flat terbersih yang pernah aku masuk selama hantar makanan,” tulisnya di video tersebut.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat lantai kaki lima perumahan itu bersih dan tiada sampah malah siap boleh nampak saluran air di balkoni tersebut.
“Banyak-banyak flat aku pergi kan, flat ni aku rasa macam bersih sebab sampah tiada, table top depan rumah tiada, saluran air ada, tak basah (lantai),” katanya sambil menunjukkan keadaan sekeliling di kediaman itu.
Pengguna Dakwa Susah Nak Jumpa Flat Bersih, Kagum Dengan Keadaan Flat
Lebih menarik, bahagian tangga yang kebiasaannya akan dipenuhi dengan sampah sarap dan puntung rokok langsung tidak kelihatan di flat berkenaan.
“Tangga bersih, nampak. Susah tahu nak nampak flat bersih-bersih macam ini. Ini maknanya Badan Pengurusan Bersama (JMB) diorang buat kerja. Nampak mana ada sampah.
“Ini kalau tempat lain, puntung rokok sahaja dekat sini (tangga),” kongsinya.
Malah, keadaan longkang juga amat bersih sehingga tiada sampah atau rumput yang terdapat di situ.
Pada masa yang sama, dia turut meluahkan rasa kagum sewaktu melihat keadaan tersebut.
“Tengok longkang dia guys, bapak bersih gila. Ya Allah, aku respect gila flat ni,” katanya lagi.
@ninjacollectible Tiada renovation yang menganggu masyarakat
♬ original sound – NINJA COLLECTIBLE – NINJA COLLECTIBLE
Ramai Luah Rasa Kagum, Ada Yang Buat Perbandingan Dengan Flat Lain
Video yang telah mendapat lebih 700,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai sependapat dengan pengguna berkenaan dan meluahkan rasa kagum melihat suasana flat tersebut.
Mereka berpendapat, amat susah untuk menemui kediaman sebegitu dalam keadaan sedemikian rupa.
Malah, ada yang turut membuat perbandingan dengan keadaan flat lain yang keadaan kebersihannya jauh berbeza.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Mesti Penduduk Flat Ini Orang-Orang Pemikiran T20, Tahniah Penduduk Situ, Biar Susah Tapi Beriman”

“Abang Kena Pergi Flat Pulau Pinang”

“Ini Bukti Penduduk Flat Sentiasa Bayar Maintenance & Management Sangat Bagus”

“Seronoknya, Kalau Tak, Sofa Pun Ada Dekat Depan, Meja Makan Pun Ada, Kita Nak Lalu Kadang Buat Tak Tahu Je”

“Kalau Semua Penduduk Mentaliti A, Mesti Bersih”

Baca Artikel Berkaitan: Penduduk Padat & Kemudahan Terhad Antara Penyumbang Aktiviti Vandalisme Di Flat Kos Rendah
Baca Artikel Berkaitan: “Dia extend rumah kenapa?” – Nota Penyewa Rumah Flat Minta Kereta Parkir Jauh Dari Pagar Rumah Undang Kecaman [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Terus Jadi Kondo”- Penduduk PPR Bersatu Cantikkan Kediaman Raih Pujian