
“Aku Berniaga Air Mineral & Tisu Je”- Tular Peniaga Berang Barang Jualan Dirampas Pihak Berkuasa [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan peniaga berkenaan meninggikan suara kepada dua individu dipercayai anggota penguat kuasa sewaktu barangan jualannya dirampas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu sentiasa dialu-alukan untuk melakukan perniagaan sebagai kerjaya sepenuh masa mahupun sambilan.
Malah perniagaan yang dilakukan juga dapat membantu ekonomi keluarga, diri sendiri termasuklah negara. Namun dalam menjalankan sebarang perniagaan seseorang individu itu perlu mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.
Sebagai contoh mendaftar perniagaan, mendapatkan lesen yang sah dan banyak lagi agar bisnes yang dilakukan sah serta tidak melanggar undang-undang.
Sekiranya ada pihak yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan lanjut kepada peniaga.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik Petai Bersyukur Isteri Akan Jalani Pembedahan Mata Percuma Selepas Dapat Tajaan Hospital Swasta
BACA ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Adil Salahkan PBT, Mereka Buat Kerja” – MB Negeri Sembilan Ulas Isu Peniaga Petai [Video]
Peniaga berang barangan jualan dirampas pihak berkuasa
Baru-baru ini, seorang peniaga air dan tisu menjadi perhatian apabila dia dilihat meninggikan suara kepada dua individu dipercayai anggota penguat kuasa selepas berang barang jualan dirampas.
Pihak berkuasa dipercayai bertindak merampas barangan berkenaan disebabkan peniaga yang membuat jualan di Dataran Merdeka itu tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, awalnya kelihatan lelaki berkenaan meninggikan suaranya kepada anggota penguat kuasa sebelum membaling sebotol air ke atas tanah.
Peniaga angkat troli dan keluarkan air mineral ke atas tanah
Bukan hanya itu, peniaga berkenaan turut dilihat mengangkat troli yang diisi dengan air botol mineral lalu dibuang ke atas tanah sambil menyuruh pihak berkuasa mengambil barangan tersebut.
Meskipun berdepan dengan situasi tegang seperti itu, namun dua anggota terbabit dilihat tenang dan mengutip semula botol air mineral sebelum beredar dari kawasan berkenaan.
“Aku berniaga air mineral dengan tisu je wei, aku berniaga air mineral dengan tisu je,” kata peniaga tersebut berulang kali sambil mengikuti penguat kuasa berkenaan.
@user62935921735153 I don’t know what’s going on here.😕 #dataranmerdeka #malaysia
♬ original sound – user62935921735153 – user62935921735153
Tindakan penguatkuasa rampas barang peniaga raih pelbagai reaksi
Melihat di ruangan komen, ramai yang menyifatkan peniaga perlulah mempunyai lesen atau permit sah sekiranya ingin berniaga.
Ada juga menyokong tindakan penguatkuasa kerana mereka hanya menjalankan tugas serta mengikut arahan.
Tidak kurang juga ada yang meminta pihak berkuasa untuk bertoleransi serta bertimbang rasa dengan peniaga berkenaan serta tidak merampas barangan jualan mereka.
“Terbaik petugas-petugas tak melawan, mengurangkan ketegangan. Ramai orang lain berniaga jual air mineral dekat tapak, mereka mohon permit dan bayar sewa tapak. Adil tak buat peniaga dekat tapak tu?”

“Makin ramai lah yang buat nanti.. Redah niaga, DBKL kacau. Viral, dapat bantuan kesian dari netizen”

“Kenapa penguatkuasa selalu kena maki atau sumpah sedangan dia orang bekerja ikut arahan? Kadang kesian juga dia orang sampai anak beranak kena sumpah seranah”
