fbpx
Now Reading
“Aku Bukan Gegirl” – Lelaki Terkedu, Harapkan Kurta Tetapi Baju Kurung Yang Sampai Ke Rumah! [Video]

“Aku Bukan Gegirl” – Lelaki Terkedu, Harapkan Kurta Tetapi Baju Kurung Yang Sampai Ke Rumah! [Video]

Ada warganet yang percaya bahawa baju Kurta yang dibeli oleh lelaki dikenali sebagai Arep itu telah tertukar dengan parcel pembeli lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Menghampiri waktu-waktu akhir bulan Ramadan ini, sudah tentu ramai para Muslim sedang memecut bagi menunaikan seberapa banyak ibadah yang mampu dikerjakan. Dalam masa sama, ramai juga sedang melakukan persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Ada yang membeli-belah di bazar Raya, dan ramai juga tidak terlepas membeli menerusi platform dalam talian menggunakan pelbagai promosi ditawarkan.

Meskipun ramai yang tidak sabar menunggu parcel sampai ke rumah, tetapi segelintir pembeli meluahkan rasa kecewa dan tercengang melihat produk yang sudah diterima di depan mata.

Lelaki Tercengang Terima Baju Kurung & Bukannya Kurta Yang Dibeli

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@using99o) apabila seorang lelaki bernama Arep berasa bingung melihat baju raya yang tiba ke rumahnya.

Arep berkata, dia pada awalnya telah memesan sehelai baju Kurta berwarna hitam menerusi platform atas talian. Namun agak berbeza daripada jangkaannya, lain pula set baju diterima.

Menerusi video perkongsian, kelihatan pembeli itu telah menerima satu set Baju Kurung berwarna hitam.

“Aku kena scam. Aku beli Kurta ni (sambil menunjukkan gambar produk yang dibeli). Tapi sampai-sampai ni (Baju Kurung),” ujar Arep.

Sumber: TikTok (@using99o)

Arep Siap Pusing Bagaikan Penari Balet Sambil Sarungkan Baju Kurung

Perkara yang mencuri perhatian adalah Arep sempat menyarungkan Baju Kurung tersebut bagi menunjukkan bahawa dia menerima produk yang salah.

Dia juga dilihat mencekak pinggangnya seolah-olah pasrah dengan situasi itu. Siap berpusing macam penari balet!

Lebih menghiburkan, saiz baju itu sedang elok dan terletak pada badan Arep. Tidak terlalu longgar dan tidak terlampau ketat. Macam tahu-tahu sahaja saiznya.

“Tolonglah. Aku nak pakai raya ke-2 ni. Apasal sampai Baju Kurung, alahai,” katanya lagi di akhir perkongsian sambil memikirkan nasib tiada baju baharu pada hari kedua Syawal nanti.

@using99o @UQBAH ENTERPRISE ♬ original sound – arep99.2001

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Terhibur Lihat Arep Yang Pasrah Terima Baju Kurung

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat situasi Arep yang pening kepala melihat baju baharunya.

“Kan sopan tutup aurat tu. Nanti boleh padankan dengan shawal jenis beaded. Tengah trending. Makeup yang popular sekarang orang kata ‘ala-ala baru lepas mandi’ tu. Ngam dah,” sakat seorang individu.

Malah, ramai juga cuit hati selepas Arep menyarungkan Baju Kurung berkenaan.

“Nak kesian tapi part pusing tu macam vibe princess la bang,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, segelintir berpendapat bahawa pesanan Kurta milik Arep itu tertukar dengan pembeli wanita lain.

“Ni mesti tertukar order dengan perempuan mana ni 😭. Mesti menangis yang dapat baju Kurta kau dik 🤣,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@using99o)

Baca Artikel Berkaitan: “Cacamarba!” – Ramai Terhibur Lihat Warna Baju Raya 1 Keluarga Tak Sama Gara-Gara Beli Online [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming Tutup Kilang & Bawa Hampir 100 Staf Shopping Raya

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Zombie Apocalypse” – Wanita Tergamam Lihat Pengunjung Sepahkan Baju Raya Di Kedai

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.