fbpx
Now Reading
“Dah Banyak Tempat Dia Buat”- Lelaki Didakwa Cuba Scam Pekerja Kedai Tudung

“Dah Banyak Tempat Dia Buat”- Lelaki Didakwa Cuba Scam Pekerja Kedai Tudung

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan pemilik kedai tudung berkenaan dengan tegas meminta lelaki itu membuat pembayaran dan beredar dari premis tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Jenayah scam pada ketika ini berlaku seperti cendawan tumbuh apabila ia berlaku di banyak kawasan dari pelbagai peringkat umur.

Malah lebih memeningkan kepala lagi, mereka yang melakukan jenayah ini begitu licik serta mempunyai pelbagai taktik untuk mengelirukan orang ramai agar terperangkap dengan scam yang ditawarkan.

Perkara ini secara tidak langsung telah menyebabkan orang ramai mengalami kerugian sehingga puluhan ribu ringgit kerana terpedaya dengan tipu helah penjenayah.

Pekerja kedai tudung didakwa hampir jadi mangsa scam seorang lelaki

Baru-baru ini, sebuah premis yang menjual tudung juga dikatakan hampir menjadi mangsa scam oleh seorang lelaki yang kononnya datang untuk membeli sebelum cuba mengelirukan juruwang.

Menerusi video dari kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan oleh Kedai Dady di TikTok, awalnya kelihatan seorang lelaki yang dipercayai warga asing telah berkunjung ke kedai yang terletak di Pasir Gudang, Johor sedang berdiri depan kaunter untuk membuat bayaran.

Lelaki itu kemudiannya menghulurkan tudung yang ingin dibeli serta wang kertas bernilai RM100. Kelihatan juruwang mengambil wang berkenaan dan ingin memulangkan semula bakinya.

Cuba kelirukan juruwang ketika nak pulangkan baki

Sewaktu ingin memulangkan baki lelaki tersebut dilihat cuba untuk mengelirukan juruwang berkenaan dipercayai untuk mendapatkan pulangan baki yang lebih dari sepatutnya.

“Scammer bagi not RM100, staf pulangkan RM83- harga tudung RM17,” kata Dady.

Tidak lama kemudian kelihatan seorang wanita yang juga pelanggan di kedai tersebut memaklumkan kepada seorang lagi pekerja dia mengenali lelaki itu yang dipercayai sedang cuba untuk menipu juruwang.

Sebaik mengetahui perkara itu kelihatan pekerja wanita berkenaan segera mendekati juruwang untuk memaklumkan hal berkenaan.

“Dia cuba nak kelirukan staf, tak nak tudung, buat kira-kira. Dia buat kalut (modus operandi) dia. Staf terus panggil Dady, dary masa ni tengah live. Muka dia depan-depan Dady rakam. Dady suruh staf panggil polis.

“Scammer (lelaki itu) ni buat macam tiada masalah apa-apa. Benda ni jadi dalam live tadi.”

@kedaidady

Scammer ni dah sampai pasir gudang. Tak serik eh orang ni, nasib kedai dady kalini baik.. tapi tolong peniaga peniaga sekitar sini…please allert‼️‼️ Share video ni dekat kawan kawan korang supaya tak terkena. #scammer #pukau

♬ original sound – Kedai Dady – Kedai Dady

Pemilik minta lelaki bayar dan beredar dari kedainya

Dalam satu lagi video yang dikongsikan oleh kedai berkenaan, kedengaran Dady turut menyuruh lelaki itu membayar tudung yang sudah diambil dan beredar dari kedai kerana tidak mahu terpedaya dengan taktiknya.

Menerusi rakaman CCTV terbabit, insiden itu dipercayai berlaku pada 24 Mac yang lalu. Video perkongsian Dady kemudiannya menjadi tular serta menarik perhatian ramai.

@kedaidady

Tolonglah korang share biar dia famess… dan supaya ramai tak terkena. Ni dady tengah live kebetulan staff panggil, kata ada someting wrong dengan pelanggan. Nak cancel tudung. Dady cepat cepat datang dekat counter.. Rupanyaa… mamat scamer #scamer #pukau Btw.. Kedai Dady dekat Jalan Jambu 2 Taman Kota Masai Pasir Gudang Johor.

♬ original sound – Kedai Dady – Kedai Dady

Ramai dakwa lelaki terbabit ada scam kedai lain

Malah di ruangan komen, ramai yang mendakwa sebelum ini lelaki sama juga ada berkunjung ke beberapa kedai dan cuba menipu jurujual dengan taktik sama.

Perkara itu turut mendapat perhatian bekas Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Maszlee Malik yang meminta orang ramai untuk menceritakan mengenai kegiatan lelaki tersebut.

Di ruangan balas ramai yang berkongsi video lama terdapat peniaga lain yang didakwa turut menjadi mangsa scam lelaki berkenaan.

Video sama turut dilihat menjadi tular di X selepas dikongsikan oleh pengguna aplikasi berkenaan.

Berikut adalah komen dari netizen:

“Orang yang sama je ni, hari tu dekat Euphora”
“Nasib makcik tu kaki TikTok, kuasa makcik-makcik TikTok guys”
“Kak saya pun pernah kena dekat Mixue orang yang sama tak silap saya. Ada lagi CCTV, sumpah memang dia lah rasanya.”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.