fbpx
Now Reading
DIY Mesin Bakar Lemang, Idea Kreatif Peniaga Mudahkan Proses Memasak Buat Ramai Kagum [Video]

DIY Mesin Bakar Lemang, Idea Kreatif Peniaga Mudahkan Proses Memasak Buat Ramai Kagum [Video]

Kongsi peniaga lemang berkenaan di ruangan komen, dia hanya menggunakan bahan yang ada di kediamannya dan kos yang dibelanjakan untuk membuat mesin bakar lemang itu hanyalah berjumlah RM1,000 lebih.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Begitu cepatnya masa berlalu, kurang dari seminggu sahaja lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut ketibaan 1 Syawal.

Sudah semestinya ramai yang teruja dan membuat persiapan bagi meraikan hari kemenangan itu.

Bila sebut sahaja tentang Hari Raya Aidilfitri, pasti ramai sudah terbayang menu wajib iaitu rendang dan lemang.

Namun bagi kebanyakan individu, proses membuat menu utama Hari Raya Aidilfitri ini bukanlah mudah khususnya lemang.

Dari mencari buluh sehinggalah proses membakarnya, semua itu memerlukan masa dan tenaga.

Peniaga Kreatif Hasilkan Mesin Bakar Lemang, Tin & Rantai Motor Antara Bahan Digunakan

Namun berbeza pula dengan seorang peniaga lemang di Tanjung Piandang, Perak apabila berjaya menghasilkan mesin bakar lemang ciptaannya sendiri.

Inovasi secara Do-it-yourself (DIY) itu sekaligus dapat menjimatkan masa malah tidak memerlukan tenaga yang banyak. Perkara itu dikongsikan oleh peniaga itu di TikTok @badcarbon.

Menerusi perkongsian berkenaan, dapat dilihat mesin bakar lemang itu menggunakan tin susu sebagai tempat untuk letak lemang manakala rantai yang dipercayai rantai motor berfungsi menggerakkan tin susu tersebut yang disambungkan pada penjana berhampiran.

Boleh Bakar 63 Lemang Dalam Satu Masa, Modal Hanya RM1,000 Lebih

Kongsi peniaga lemang berkenaan di ruangan komen, dia hanya menggunakan bahan yang ada di kediamannya dan kos yang dibelanjakan hanyalah berjumlah RM1,000 lebih.

Malah difahamkan, mesin bakar lemang yang bergerak secara automatik itu boleh memasak 63 batang lemang dalam satu masa dan mengambil tempoh tiga hingga empat jam untuk siap dimasak.

Difahamkan, peniaga berkenaan menjual lemang dengan harga RM16 dan RM17 jika lemang bersaiz kecil manakala RM20 untuk yang bersaiz besar.

@badcarbon

Lemang padu Tanjong piandang mula operasi dah 🥰 #bismillahirrahmanirrahim #lemang #padu #fyp

♬ Raya Raya Raya – DOLLA

Pengguna Media Sosial Kagum & Teruja, Anggap Mesin Memudahkan Urusan Bakar Lemang

Video yang telah mendapat lebih 490,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum melihat hasil inovasi dan idea kreatif penjual lemang berkenaan.

Malah, ramai yang memuji hasil ciptaan peniaga itu yang dilihat memudahkan kerana tidak perlu mengggunakan tenaga manusia yang banyak.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Bagus, Inovatifnya Kreatif”

“Bagus Ideanya, Cuma Kena Jaga Api Je, Lemang Gerenti Elok Masak Sekata”

“Ini Tinggal Kita Jaga Api Je Ni, Mantap”

“Wow Berpusing-Pusing, Kreatif Betul Depa, Confirm Lemang Tak Hangit”

“Ini Confirm Masak Cantik, Tak De Hangus-Hangus, Mantap Idea Ni”

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Subway Surfers” – Cara Kreatif Peniaga Jual Air Balang Buat Ramai Kagum [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Blippi” – Aksi Bertenaga Peniaga Gula-Gula Kapas Untuk Tarik Pelanggan Buat Ramai Terhibur [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Berhenti! Elak Makan Atau Beli Lemang Periuk Kera!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.