fbpx
Now Reading
“Ini Cikgu Paling Garang” – Gelagat Tengku Ampuan Pahang Bertemu Bekas Guru Raih Perhatian Ramai [Video]

“Ini Cikgu Paling Garang” – Gelagat Tengku Ampuan Pahang Bertemu Bekas Guru Raih Perhatian Ramai [Video]

Tunku Azizah mengakui karakter gurunya yang garang itulah membuatkan baginda kini mahir memasak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Jika diimbau kembali kenangan zaman persekolahan, antara perkara yang paling tidak dilupakan adalah momen bersama rakan baik.

Dari waktu pembelajaran, hari sukan dan waktu bermain, semua itu pasti ada kenangan yang tersendiri.

Selain kenangan lama bersama rakan tersayang, sudah pastilah saat bersama guru juga tidak akan dilupakan.

Ada guru yang baik dan lemah lembut dalam mengajar. Namun, cikgu yang garang dan tegas juga turut membuatkan seseorang itu teringat walaupun usia telah menginjak dewasa.

Tengku Ampuan Pahang Berjumpa Bekas Gurunya Yang Dianggap Garang

Bukan hanya orang biasa sahaja, orang kenamaan seperti Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut tidak terkecuali dari mengingati momen ketika zaman persekolahan.

Lebih-lebih lagi, bekas guru yang mengajar subjek Sains Rumah Tangga sewaktu zaman sekolah menengah disifatkan garang oleh baginda.

Menerusi satu video tular yang dikongsikan di Facebook Mingguan Wanita, kelihatan Tunku Azizah berbual mesra bersama bekas gurunya selepas baginda selesai berangkat ke Program World #QuranHour 2025 di Masjid Sultan Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak semalam (25 Mac).

Guru Pernah Suruh Sental Lantai Setiap Hari

Apa yang menjadi perhatian adalah pendedahan baginda tentang sikap gurunya yang dianggap garang itu nyata mencuit hati ramai.

“You’re so (anda sangat) garang, you make me scrub the floor everyday (anda membuat saya menyental lantai setiap hari),” seloroh baginda ketika sesi pertemuan itu.

Namun, Tunku Azizah mengakui karakter gurunya yang garang itulah membuatkan baginda kini mahir memasak.

“Tiap-tiap hari lepas masak, saya disuruh (duduk) atas lutut ni, berus lantai dapur dari depan sampai belakang, garang ni. Tetapi sebab ini saya pandai masak,” titah baginda.

Malah, hasil didikan pendidik itu juga menyebabkan baginda turut mengaplikasikan didikan itu kepada pekerjanya.

Difahamkan, guru yang dikenali sebagai Raja Norshiah Raja Mohd Nor dan berumur 79 tahun itu pernah mengajar baginda subjek Sains Rumah Tangga sewaktu baginda berada di tingkatan tiga di Sekolah Tun Fatimah, Johor.

Tengku Ampuan Pahang Disapa Bekas Guru

“You are so garang, you made me scrub the floor everyday” Telatah comel Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar apabila disapa oleh bekas gurunya, Raja Norshiah Raja Mohd Nor, 79, sambil menyifatkan beliau antara guru yang paling garang. Buat pengetahuan, Raja Norshiah pernah mengajar baginda mata pelajaran sains rumah tangga semasa tingkatan 3 di Sekolah Tun Fatimah, Johor suatu ketika dahulu. #mingguanwanita #majalahnona

Posted by Mingguan Wanita on Tuesday 25 March 2025

Ramai Terhibur Lihat Gelagat Tunku Azizah & Guru, Ada Yang Mengaitkan Dengan Situasi Masa Kini

Video yang telah mendapat lebih 1 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat dan telatah Tunku Azizah bersama bekas gurunya itu.

Namun dalam masa yang sama, ada yang kagum dengan didikan guru zaman dahulu serta ibu bapa yang tidak kisah walaupun guru bersikap garang atas tujuan mendidik anak murid.

Malah, ada segelintir pengguna media sosial yang membuat perbandingan sikap ibu bapa masa kini yang dilihat cepat melatah apabila mengetahui guru tegas terhadap anak mereka.

Ini antara komen pengguna Facebook:

“Macam Itulah Pendidik, Tidak Kira Siapa, Didikan Berkat Sepanjang Hayat”

“Puteri Raja Pun Kena Scrub Lantai, Budak Sekarang Ni Nak Suruh Sapu Sampah Pun Cikgu Kena Marah Balik”

“Garang Dengan Cucu Sultan Pun, Sultan Okay Je, Tapi Sekarang Kalau Guru Garang Dengan Anak Murid, Mak Ayah Datang Serang Guru”

“Cucu Sultan Pun Rileks Je Kena Buat Apa Cikgu Suruh”

“Cikgu Rumah Tangga Memang Garang Weh Siapa Pun, Dia Level Mak, Kena Make Sure Budak Pandai”

“Guru Yang Paling Saya Ingat Pun, Guru Yang Paling Garang. Mereka Didik Ikhlas Hati, Nak Kita Jadi Manusia Berguna”

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Pendidik Sebenar” – Guru Jadikan Lagu Viral Sebagai Cara Ajak Murid Berzikir Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Layanan Tip-Top Tak Kira Bangsa” – Guru SJKC Sanggup Berpayung Bantu Murid Ketika Hujan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Kakak Tak Dapat Fokus”- Netizen Tersentuh Lihat Guru Sanggup Tawar Diri Jadi Pengasuh [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.