fbpx
Now Reading
Pakcik Petai Bersyukur Isteri Akan Jalani Pembedahan Mata Percuma Selepas Dapat Tajaan Hospital Swasta

Pakcik Petai Bersyukur Isteri Akan Jalani Pembedahan Mata Percuma Selepas Dapat Tajaan Hospital Swasta

Menurut isteri kepada pakcik ‘petai’ sebelum ini mereka asyik menangguhkan pembedahan mata sebelah kanannya disebabkan tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung kos prosedur itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sebelum ini kecoh di media sosial kisah seorang warga emas yang juga peniaga petai bertindak melempar barangan jualannya kerana tidak dibenarkan berniaga oleh anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson, Negeri Sembilan.

Video itu kemudiannya mendapat perhatian ramai pihak yang kasihan melihatnya yang dikatakan berniaga untuk mencari wang bagi penampung pembedahan membuat selaput mata isterinya di hospital kerajaan bernilai sekitar RM1,500.

Isu itu bagaimanapun selesai selepas MPPD bersetuju memberikan lesen sementara manakala jualannya pada hari itu diganti oleh wakil Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Adil Salahkan PBT, Mereka Buat Kerja” – MB Negeri Sembilan Ulas Isu Peniaga Petai [Video]

Isteri akan jalani pembedahan mata bulan depan, dapat tajaan hospital swasta

Terbaharu, warga emas itu meluahkan rasa lega apabila ada pihak yang menampung kos pembedahan mata isteri kesayangannya selepas hasrat untuk menjalani prosedur tersebut tertangguh sekitar dua tahun disebabkan kesempitan hidup.

Kata Mohd Noor Saad, dia bersyukur isterinya, Astiah Yaakob, 63 akan menjalani pembedahan terbabit pada bulan hadapan di sebuah hospital swasta.

Jelas pakcik berkenaan lagi, dia menganggap insiden yang berlaku diantaranya dan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) semasa menjalankan perniagaan itu ada hikmah tersendiri.

Ucap terima kasih pada media dan hospital swasta yang tawar bantuan

Bahkan dia mengucapkan terima kasih kepada media serta beberapa hospital swasta yang tampil ingin membantu isterinya untuk menjalani pembedahan berkenaan secara percuma.

“Kami ini orang susah.. saya kerja kampung sahaja pada usia sebegini serta menghidap penyakit darah tinggi. Untuk mencari sesuap nasi, masih stabil. Saya mendapat bantuan RM500 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Sudah lama saya tunggu detik ini sebab sebelum ini kumpul duit tetapi tidak kesampaian. Hari ini, ada pihak membantu.. saya bersyukur sangat,” ujarnya, lapor Berita Harian.

Asyik tangguh pembedahan kerana tak cukup duit

Dalam pada itu, isteri pakcik berkenaan turut memaklumkan sebaik selesai mendirikan solat dia sentiasa berdoa dimurahkan rezeki serta dapat menjalani pembedahan mata kanan yang sudah tak berfungsi disebabkan katarak.

“Saya pernah menjalani pembedahan mata kiri kira-kira enam tahun lalu. Sekitar dua tahun lalu, mata kanan pula mula kabur dan kemudian tidak nampak langsung. Oleh itu saya hanya bergantung pada mata kiri sepenuhnya.

“Sebelum ini, doktor memang ada memberi cadangan supaya menjalani pembedahan mata tetapi kami asyik tangguhkan kerana tidak cukup duit untuk menampung kos.”

Manakala anak kepada pasangan ini dikenali sebagai Siti Nor Hidayu Mohd Noor, 30, menyatakan keluarganya menerima panggilan daripada empat hospital swasta termasuklah dari ibu negara yang ingin menawarkan bantuan terbabit.

Jelasnya, mereka kemudian memilih sebuah hospital swasta di Seremban sebaik mempertimbangkan pelbagai aspek termasuklah kos pengangkutan.

Turut difahamkan kos pembedahan berkenaan dianggarkan mencecah sehingga RM4,000 dan akan dilakukan pada 10 April depan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.