
Tangan Wanita Tersekat Di Dalam Mulut Teman Lelaki Selepas Cuba Buat Video Kelakar Di Media Sosial
Doktor di China turut memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak memasksa rahang seseorang terbuka dengan luas kerana boleh menyebabkan kerosakan saraf atau rahang terkehel.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Media sosial di masa kini sememangnya sudah menjadi pilihan kebanyakan masyarakat sebagai hiburan harian menerusi beberapa aplikasi seperti Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan banyak lagi.
Malah kita juga dapat melihat pelbagai konten dikongsikan oleh pengguna di media sosial, ada yang menghiburkan dan ada juga yang mengerikan sehingga meraih perhatian ramai.
Bukan hanya itu, konten yang menarik turut menjadi trend di media sosial serta sehingga diikuti oleh orang ramai sebagai hiburan dan sebagainya.
Tangan wanita tersekat dalam mulut teman lelaki selepas cuba buat video kelakar
Perkara sama turut cuba dilakukan oleh pasangan kekasih di China ini apabila mereka cuba untuk merakam video kelakar namun ia berakhir dengan satu tragedi yang tak diinginkan.
Menurut laporan Oddity Central, pasangan kekasih itu terpaksa ke hospital disebabkan tangan wanita itu telah tersekat di dalam mulut teman lelakinya semasa mereka ingin merakam konten berkenaan.
Malah turut tular foto dan juga video di seluruh China memaparkan pasangan berkenaan sedang berjalan masuk ke dalam wad kecemasan di sebuah hospital di Jilin.
Pasangan itu dikatakan cuba untuk merakamkan video kelakar untuk dikongsikan di media sosial dengan cuba memasukkan tangan wanita yang dilihat bersaiz kecil ke dalam mulut teman lelakinya.
Otot pada bahagian mulut jadi kaku, menyebabkan pasangan kekasih terpaksa ke hospital
Pad awalnya wanita itu berjaya memasukkan tangan ke dalam mulut lelaki berkenaan namun ia tersekat sewaktu ingin dikeluarkan.
Perkara itu berlaku disebabkan otot pada bahagian mulut teman lelakinya itu menjadi kaku serta menyebabkan tangan tidak boleh dikeluarkan.
Selepas beberapa kali gagal mengeluarkan tangan dari mulut lelaki itu, wanita tersebut kemudian cuba mendapatkan rawatan selanjutnya di hospital.
Doktor yang melihat insiden tersebut awalnya berasa pelik dengan pasangan berkenaan sebaik mendengar cerita mereka. Wanita itu turut memaklumkan wajah teman lelaki perlahan-lahan menjadi merah selepas mereka cuba untuk menarik tanggannya dari mulut tidak berjaya.
Bukan hanya itu, perkara itu turut menyebabkan air liur teman lelakinya keluar secara berterusan disebabkan ia tidak boleh ditutup selain kerongkong turut mengeluarkan bunyi.
Apa yang lebih membimbangkan, gigi lelaki itu juga tertutup di bahagian pergelangan tangan disebabkan otot yang mengecut.
“Air liur pengalir ke pergelangan tangan saya hingga ke sikut. Rasanya tangan saya seperti tersangkut dalam mesin pengisar daging,” kata wanita berkenaan.
Rasa sakit menyebabkan rahang teman lelaki wanita lebih sukar untuk dibuka
Doktor, Zhang Mingyuan yang mengendalikan kes tersebut mengatakan tangan wanita tersebut tersekat disebabkan otot pada bahagian mulut teman lelaki kejang dan menghalangnya daripada membuka mulut.
Perkara ini mendatangkan bahaya, kerana semakin sakit ia akan membuatkan rahang lelaki itu lebih ketat dan sukar dibuka.
Bagi menyelesaikan masalah itu, pihak hospital cuba untuk menenangkan pesakit dengan memberinya mendengar muzik yang tenang untuk mengelakkan lelaki itu tercekik atau muntah.
Mereka kemudian memasukkan alat khas bagi membuka mulut lelaki berkenaan lebih luas untuk ototnya di beberapa kawasan lebih relax.
Doktor beri amaran jangan paksa rahang dibuka luas, boleh beri kesan buruk
Selepas sekitar 20 minit, doktor kemudian memusingkan perlahan-lahan pergelangan tangan wanita terbabit untuk mengeluarkannya dari rahang lelaki terbabit.
Susulan daripada insiden itu, doktor turut memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak memaksa rahang seseorang terbuka kerana ia boleh mengakibatkan kerosakan saraf atau rahang terkehel.