fbpx
Now Reading
Tindakan Remaja Lelaki Tarik Kaki Jemaah Sedang Solat Hingga Jatuh Tertiarap Buat Ramai Tergamam [Video]

Tindakan Remaja Lelaki Tarik Kaki Jemaah Sedang Solat Hingga Jatuh Tertiarap Buat Ramai Tergamam [Video]

Berdasarkan perkongsian di media sosial, ada yang mendakwa remaja berkenaan dikatakan mahu mengusik rakannya namun tersilap dan rupa-rupanya dia menarik kaki datuk kawannya sendiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Meskipun sudah sampai ke penghujung bulan Ramadan, namun ramai yang masih tidak melepaskan peluang menunaikan solat jemaah di masjid.

Malah, kebanyakan individu khususnya ibu bapa juga tidak ketinggalan membawa anak-anak mereka untuk turut serta.

Namun, ada segelintir kanak-kanak atau remaja lelaki dilihat tidaklah menunaikan solat bersama-sama sebaliknya hanya bermain dan bergurau senda dengan rakan mereka sendiri.

Kadangkala, ada segelintir daripada golongan ini dilihat bertindak melampaui batas bergurau dengan cara yang tidak sepatutnya.

Remaja Lelaki Selamba Tarik Kaki Jemaah Sedang Solat Sampai Jatuh Tertiarap

Baru-baru ini, tular di media sosial tindakan seorang remaja lelaki yang dilihat selamba menarik kaki seorang lelaki ketika mangsa sedang menunaikan solat jemaah.

Menerusi video tular yang dikongsikan di Facebook dan Instagram Penang Kini, remaja lelaki yang berbaju Melayu berwarna biru dilihat masuk ke ruang solat jemaah bersama tiga orang rakannya.

Apa yang menjadi perhatian adalah dia dilihat dengan selamba menarik kaki jemaah lelaki itu ketika mangsa sedang sujud dan terus berlari.

Disebabkan perbuatan remaja berkenaan, jemaah itu dilihat tertiarap dan tidak meneruskan solatnya.

Malah, mangsa dilihat keluar dari ruang tersebut dipercayai bagi mencari si pelaku.

Tular Dakwaan Remaja Tersilap ‘Mangsa’ Ingatkan Rakan Sendiri & Dah Buat Permohonan Maaf

Berdasarkan perkongsian di media sosial, ada yang mendakwa remaja berkenaan dikatakan mahu mengusik rakannya namun tersilap dan rupa-rupanya dia menarik kaki datuk kawannya sendiri.

Malah, remaja berkenaan juga dipercayai telah membuat permohonan maaf kepada mangsa.

“Seorang remaja cuba mengusik kawannya dengan menarik kakinya ketika sujud, tetapi tersilap menarik kaki datuk kepada kawannya yang memakai baju serupa. Pakcik itu hilang keseimbangan dan tertiarap, lalu bangun dengan marah.

“Menyedari kesilapannya, remaja itu segera melarikan diri tetapi pakcik tersebut terus meligan dia di luar masjid.

“Remaja tersebut sudah membuat permohonan maaf kepada pakcik tersebut,” kongsi pentadbir di ruangan kapsyen.

Ramai Luah Rasa Geram, Anggap Tindakan Remaja Sebagai Biadap

Video yang telah mendapat lebih 291,000 tontonan nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan remaja lelaki berkenaan walaupun dia sudah meminta maaf.

Malah, ada yang menyifatkannya sebagai perbuatan yang tidak beradab dan biadab apatah lagi menganggu jemaah yang sedang solat meskipun niat asalnya hanya untuk bergurau dengan rakannya.

Tidak hanya itu, ada yang berpendapat remaja lelaki tersebut seharusnya ‘diajar’ disebabkan tindakannya itu.

Ini antara komen pengguna Facebook:

“Memang Biadap, Patut Tahu Tempat Mana Boleh Bergurau, Mak Ayah Tolong La Ambil Tindakan Anak Macam ini”

“Seriusla Adik Oi, Orang Tengah Solat, Tak Kisahla Kawan Ke, Budak Lagi Muda Dari Kau Ke, Jangan La Buat Macam Tu”

“Kesian Pak Cik Tu”

“Nak Melawak Tak Kena Tempat, Patut Bangun, Tampar Sedas Sorang, Orang Tengah Solat Bukan Tengah Rileks”

“Tak Kisah Salah Orang Atau Tidak, Tapi Memang Kurang Adab Ganggu Orang Solat, Sendiri Tak Solat Tak Payahlah Buat Macam Tu Dalam Masjid”

“Ini Bukan Kelakar, Tetapi Kurang Ajar, Bab Solat Jangan Dibuat Main, Mana Adab & Akhlak?”

Baca Artikel Berkaitan: Video Budak Perempuan Gurau Depan Pintu & Halang Jemaah Solat Cetus Perdebatan

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Setuju Tindakan Emcee Tegur Ibu Bapa Untuk Awasi Anak Agar Tak Ganggu Majlis Perkahwinan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.