fbpx
Now Reading
Tular Dakwaan Lelaki Ugut Jurujual Keturunan Dayak Hanya Kerana Syiling RM0.50, Ini Respon Menteri Perpaduan

Tular Dakwaan Lelaki Ugut Jurujual Keturunan Dayak Hanya Kerana Syiling RM0.50, Ini Respon Menteri Perpaduan

Menteri Perpaduan Negara menggesa agar pihak polis segera menjalankan siasatan berhubung kejadian jurujual wanita Dayak dimaki dan dilemparkan kata-kata kesat berbaur perkauman oleh pelanggan di Central i-City Shah Alam baru-baru ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sejak belakangan ini, ada sahaja isu yang dilihat boleh menjejaskan keharmonian antara kaum di Malaysia.

Pada 24 Mac lalu, kecoh pula di media sosial dakwaan seorang jurujual berketurunan Dayak yang berasal dari Miri, Sarawak diugut dan dimaki hanya kerana salah faham dalam transaksi jual beli.

Jurujual wanita itu dikatakan meminta syiling 50 sen dari seorang pelanggannya bagi memudahkan urusan pembayaran seorang pelanggan lelaki bersama isteri dan anaknya yang memesan aiskrim.

Namun, jurujual berkenaan mendakwa telah dilemparkan kata kesat dan berbaur perkauman oleh lelaki tersebut serta turut mengugut mangsa.

Insiden itu nyata mendapat perhatian hingga ramai yang mengecam tindakan lelaki terbabit dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya.

Foto: Facebook
Foto: Facebook

Menteri Perpaduan Gesa Polis Jalankan Siasatan

Terbaharu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menggesa agar pihak polis segera menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan yang berlaku di Central i-City Shah Alam baru-baru ini.

Tegas beliau, tindakan sewajarnya harus diambil kepada si pelaku memandangkan perbuatan itu disifatkan berbaur perkauman dan tidak bertamadun.

Malah, ia juga bertentangan dengan prinsip Rukun Negara serta perlu ditangani secara serius.

“Insiden seperti ini (melibatkan perkataan berbaur perkauman) tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

“Setiap individu berhak untuk dihormati tanpa mengira latar belakang etnik, agama, atau status sosial mereka.

“Kementerian Perpaduan Negara tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penghinaan terhadap mana-mana kaum di negara ini,” katanya.

Rakyat Malaysia Perlu Jaga Keharmonian & Perpaduan Negara

Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan negara.

“Setiap individu mempunyai peranan penting dalam memastikan negara ini terus maju dengan penuh kasih sayang, hormat-menghormati dan saling memahami antara satu sama lain,” tulisnya lagi.

Jurujual Wanita Didakwa Telah Buat Laporan Polis

Berdasarkan hantaran terbaharu di Facebook Persatuan Anak Borneo Semenanjung, jurujual wanita yang menjadi mangsa insiden terbabit telah membuat laporan polis di Balai Polis Shah Alam.

Difahamkan, dia membuat laporan polis berkenaan kira-kira jam 8.42 malam semalam (25 Mac).

Mangsa yang dikatakan masih trauma dengan kejadian berkenaan berbuat demikian kerana mahu memastikan dirinya dilindungi dan menuntut tindakan tegas terhadap individu terlibat.

Jelas mangsa yang kini sedang bercuti, kejadian tersebut bukan sahaja memalukan dirinya malam mendatangkan trauma.

Baca Artikel Berkaitan: Penjual Jagung Tampal Notis Berbaur Perkauman Sudah Minta Maaf – Menteri Perpaduan Negara

Baca Artikel Berkaitan: Keluar Kenyataan Berbaur Perkauman, Bekas Pemain Badminton Guang Yik Tampil Mohon Maaf [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.